Assalamualaikum.. nahmaduhu wanusolli a'la rasulihilkarim..amma ba'du.
Cuma nak kongsi sedikit apa yang aku fahamtentang isu kalimah Allah. Sebelum tu, moh le kita kenal dulu apa itu agama samawi.. Agama samawi adalah agama yang datang dari langit contohnya agama Islam, nasrani dan yahudi. Walaubagaimanapun agama yahudi dan nasrani dah tak leh digunakan lagi. Allah swt telah mansuhkan dengan agama Islam. Allah bagi tau Sesungguhnya agama yang Aku redhai adalah Islam. Allah swt juga bagi tau dalam surah al-baqarah ayat 177 mengenai hal Nasrani dan Yahudi. Korang baca lah sendiri terjemahan tersebut sambil-sambil baca ayat quran sebagai ibadat.Jadi persamaannya adalah tuhan mereka pada masa tu adalah sama dengan tuhan orang Islam. Mereka yakin , bahwa Allah ciptakan langit , bumi, matahari, siang malam dan lain-lain yang ada dalam kepala korang. Jadi disini, penggunaan perkataan Allah, boleh dipakai oleh semua agama.
Walaubagaimanapun, bila mana perkataan Allah digunakan dalam kitab mereka yakni yang kitab yang wujud sekarang, perkataan Allah itu tidak boleh digunakan dalam kitab tersebut kerana :_
1. Allah itu Maha Esa.
2. Bilamana mereka guna kepada perkataan Allah (tuhan) mereka telah syirik pada Allah. Bagi agama kristian tuhan bagi mereka adalah trinity( 3 in 1 and 1 in 3). Jadi ini adalah salah kerana Allah itu adalah tidak beranak dan tidak diperanakkan (surah al-ikhlas) . Agama Yahudi pula mereka mendakwa Uzair itu anak Allah. Ini juga mereka telah syirikkan Allah.
Jadi itu je lah yang aku faham. Allah swt maha penyayang. Pernah dengar kisah satu orang yang sembah berhala 70 tahun. Tp satu ketika dia telah mengantuk dan tersasul dari sebut Ya Sanam(nama berhala) kepada Ya Samad (Yang Maha Baik), maka Allah swt telah menyahut , labbaik ya abdi ( Aku datang wahai hambaKu). Malaikat telah tanya, " Wahai Allah, dia cuma tersasul saja sebut nama Kau, mengapa Kau sahut panggilan dia?" Allah swt beritahu malaikat, andai aku Yang Maha Baik ini tidak sahut panggilan hambaku, siapa lagi yang akan sahut panggilan hambaKu?
Jadi, kita jangan dok marah sangat orang bukan Islam nak sebut Allah tetapi kita perlu banyak doa dan menangis kerana salah saya dan kita semua yang tak ajak mereka , tak tunjuk pada mereka akhlak yang mana jadi asbab hidayat untuk mereka kenal Allah. Mereka baik dengan kita, belajar sama-sama, banyak tolong kita tapi kita tak balas mereka. Mereka mati masuk neraka selamanya. Moga Allah beri taufiq untuk saya dan semua amal dan sampaikan.Wallahua'alam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semoga lepas ni banyak lagi post2.....