twitter rss

letih..

 seronoknya jadi budak kecik..

Penat  adalah norma kehidupan seorang manusia yang bukan superman macam aku, that's why i'm not wearing brief outside, because i'm normal...like u too.. Penat, letih dan lesu; berlainan istilah tetapi membawa erti yang lebih kurang sama iaitu keadaan diri yang tidak bermaya atau tidak bertenaga...
    Asbab kepenatan, maka wujudlah resepi untuk kurangkan penat oleh pengeluar makanan kesihatan, contohnya tongkat alif  ali, ginseng dan ntah ape nama yang aku tak berapa minat yang menyebabakan aku tak berapa kenal.. bukan maksud aku kenal tongkat ali sebab aku minat, tapi aku ada member nama ali jadi aku pun kenal..hehe..tp sedap le jugak  tongkat ali..rasa kopi...uhuk..
    Apa-apa pun, penat  bukanlah penyakit. Ia lebih kepada simptom atau gejala kepada masalah lain seperti, pemakanan yang tidak sempurna, terlalu kuat bekerja, kurang atau terlebih bersenam, insomnia atau tabiat tidur tidak sempurna, gangguan perubatan yang spesifik seperti sindrom prahaid bagi kaum wanita... (bila pulak aku amik biologi??).
     Kebanyakan orang berasa letih kerana stress, runsing atau berasa cemas, depresi atau imuniti rendah dan jangkitan kronik. Ia berkait dengan penyakit kencing manis, tiroid atau ketidakseimbangan kelenjar adrenal; penyakit jantung, hati atau buah pinggang. Tapi hakikatnya semua dari Allah...kenapa? tak percaya?..
    Ada orang badan sasa, tapi cepat penat..ada yang keping, lambat penat..ada yang bulat , kuat lari..ada yang ramping , cepat pancit.. dan macam-macam ada...

 bukan saja tidur, tapi letih...

    Jadi, untuk membuktikan aku ni normal, aku pun  rasa penat jugak.. Dan ada la tips yang aku baca untuk dikongsi kepada pembaca.. moga manfaat la untuk kalian yang aku rindui dan ingin ku jumpai...jiwang la plak ayat aku sehari dua ni...

Tips

*Tidur sebentar kira-kira 20 minit pada tengah hari (sebelum Zuhur) atau selepas kerja. Tapi jangan lupa memasang jam loceng: tidur lebih lama akan menganggu waktu tidur pada sebelah malam.
* Jangan abaikan sarapan.
* Ketika hampir waktu tidur, elakkan makanan berat, berlemak, atau minuman berkafein (seperti kopi, teh, koko).
* Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
* Tidurlah sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.
* Bergiatlah selalu. Senaman yang sederhana boleh mengurangkan rasa  penat.
* Jangan bergantung kepada makanan pemberi tenaga atau bergula. Sebaliknya makanlah karbohidrat kompleks (pasta, bijirin dan kekacang) dan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika lesu berlanjutan.

(Koleksi Anis)..

ntah buku sape la aku baca.. hehe..


dah penat sangat, rehat la pulak.... 

“Sesungguhnya, kematian itu kerehatan bagi orang mukmin”. 

jom tidur...bismikallah humma ahya waamutuh..


  1. Jangan risau, syurga adalah sebaik-baik tempat berehat.. (",)

  1. insyaallah..moga kita semua masuk syurga firdaus Allah..

  1. erm..tidur sebelum zohor telah lama diamalkan di Barat. anak-anak mereka diajar untuk tidur sebentar sebelum zohor.

  1. -mereka amalkan kebaikan yang telah diajar oleh nabi kita, tapi kita amalkan kebaikan kerana kajian mereka,, ruginya kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...