twitter rss

Jom belajar Doa Istikharah.







Terjemah doa istikharah: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan [yang tepat] kepada Engkau dengan ilmu [yang ada pada]-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu [untuk menyelesaikan urusanku] dengan kudrat-Mu.

Dan aku memohon kepada-Mu sebagian karunia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Mahakuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Mahatahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.

Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih baik pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini.

Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih buruk pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku ridha menerimanya.


perkara yang merosakkan hati


Hati ni satu benda yang penting pada jasad . Ada pendapat yang kata, akal terletak di kepala, dan banyak kepala pada badan kita seperti kepala lutut dan ada yang kata, akal terletak dihati.  Korang pandai-pandai la tentukan sendiri.

Kalau hati tu baik, maka baiklah seluruhnya. Kalau tak baik, tak baiklah seluruhnya. Jadi kene jaga hati.Sebab hati ni banyak penyakit. penyakit yang tak seronok dialami adalah  sakit hati, makan hati, patah hati terguris dan sebagainya Tapi, aku suka pada satu penyakit hati  ni iaitu jatuh hati. Penyakit ni boleh jadikan rasa  macam  terbang pun ada. Sengeh sorang-sorang pun kadang-kadang berlaku..hehe.. seronok-seronok.. Mungkin korang pernah alami sakit camni.. korang hurailah sendiri..

Aku bukan nak cerita pasal jatuh hati, tapi cerita pasal perkara yang boleh merosakkan hati.

1. berbahas dengan orang yang jahil

Orang yang jahil ni takkan faham apa  yang korang maksudkan. Maka mereka akan pertahankan apa yang mereka telah pertahankan walaupun itu bukan kebenarannya.

2.Melakukan dosa

Bila buat dosa, satu titik hitam akan tumbuh kat hati . Jadi , hati jadi gelap. Bila gelap, susah cahaya nak tembus. Biar kulit gelap, hati jgan gelap..

3. Banyak bergaul dengan yang bukan mahram.

Ni memang merosakkan hati. Kalau aku lelaki, maka yang  bukan mahram aku adalah perempuan.
 Dengan senyum pun bleh cair. Apatah lagi kalau bukan senyum..

4.Sering duduk dengan orang yang mati.

Maksudnya, orang kaya yang sombong kerana hartanya.



Nabi bagi tau, lebih kurang mafhumnya, satu daging dalam badan yang mana baiknya ia, baiklah segalanya, buruknya ia, buruk lah segalanya. Ia adalah hati..

Ciri-ciri lelaki



Assalamualaikum, salam satu ummat.. Musim cuti ni ramai yang kawin. Lagi-lagi  bebudak yang baru lpas graduate. Ni ade beberapa ciri idaman  yang aku copy dari web Islamik yang mana ciri-ciri  ini ditulis oleh orang pompuan. Memang ciri-ciri yang boleh menyebabkan cirit bagi laki-laki.  Nasib baik aku lambat lagi..haha..
Kepada yang mengimpikan ciri-ciri  ni, aku cadangkan korang kurangkan la sikit ciri-ciri tu. Kesian  kat budak laki. Banyak sangat tu kak. Asbab pada permintaan yang tinggi, hasilnya matlamat tak sampai. Sape yang rugi nanti? Orang laki rilek je, cuma nak empat je ciri. Boleh rujuk sendiri..




Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas dan bersih.
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.









kejapnya..





Dah  tiga tahun rupanya duk blajar kat johor. Pikir -pikir balik rasa sekejap je.. Macam semalam rasanya baru beli nasi lemak dengan umi untuk dibawa bekal ke tadika sambil menunggu van datang menjemput. Dengan menaiki van ntah berapa kuasa kuda yang memuaskan budak seumur lingkungan  aku  sambil tingkap dibuka  luas-luas  sebagai laluan angin waktu pagi yang kurang bercampur dengan asap kereta zaman itu. Budak -budak sibuk masing- masing dengan cerita mereka .Ntah ape punya cerita. Ntah power rangers zaman bila. Dengan jam boy londonnya, jam ribenanya dan bekal sarapan masing-masing.   aku yang selalu diusik oleh drebar van yang memasangkan aku ntah dgn sape budak  itu... Sambil aku tersengeh tak berapa paham cakap pakcik itu. Dalam pikiran aku , waktu rehat nanti aku dapat menikmati nasi lemak tadi dan pulang dapat main beskal. Malam -malam tengok wrestling dan tidur dalam kelambu. tu je yang aku pikir dulu-dulu. Baca buku?? jauh  sama sekali nak pikir .. kalau disuruh baca, menangis dulu la bai, sungguh-sungguh punya nangis..

 Sekejap je dunia ni.. Korang rasa lama ke?  Andai dunia ni, keseluruhannya diisi dengan pasir..
semuanya pasir , takde benda lain dan penuh dengan pasir, Kemudian Allah ciptakan satu ekor burung yang mana umurnya aku pun tak tahu sampai bila, tapi burung ni ada kerja. Kerjanya untuk kutip pasir yang ada kat bumi ni dan pindahkan ke satu tempat yang lain. Yang mana burung ni akan kutip sebiji pasir je sekali kutip.Kemudian seribu tahun lagi dia akan datang kutip sebiji lagi sampai pasir kat dunia ni abis, maka pasir yang ada kat dunia ni akan abis.. iye dok? Lama jugok rasanya pasir kat dunia ni abis kalo gitu gamoknya.. tapi  idok le abis kehidupan akhirat gitu rupa.. kehidupan akhirat itu selama-lamanya.. berjaya kat akhirat berjaya selama-lamanya. Tapi guane pulok kalo oghang yang dok berjaye? gagal selamanya, duka cita selamanya..masuk neraka tanpa hisab.. Sampai bila? sampai bila-bila.. doakan aku supaya jadi orang yang berjaya selama-lamanya. Kesian kat aku, dah le amal sikit. Amal yang ada pun belum tentu diterima. Ape cerita nanti kat sana..
 mati mahu ucap lailahaillallah..

Dulu tak de la nak susah-susah pikir pasal tugasan, pasal kerja, pasal rumah dan ntah ape-ape lagi.. Hari ni dah mula kene pikir pasal benda tersebut. Tu yang seronok jadi bebudok ni. Saidina abu bakar r.a satu ketika tengah duduk  dan melihat pada rumput dan berkata. " beruntunglah kau rumput, kau mati tak kene hisab.." Ni bukan tanda tak bersyukur syeikh, ni la risau namanya. Abu-bakar r.a ni seafdal-afdal manusia selepas nabi.  Di akhirat nanti, waktu hari penghisaban tiba., maka kemurkaan Allah meningkat setingginya sehingga seluruh  makhluk dalam keadaan takut. Lalu Allah tanya Nabi saw, siapa yang dihisab dahulu ? Nabi saw jawab Abu Bakar..Lalu kemarahan Allah swt mula reda mendengarkan nama Abu Bakar r.a..
Bukan nama alifzikri syeikh,. Abu Bakar r.a .. Orang yang macam ni pun punya risau keadaan mati dia, apatah lagi manusia macam kita yang jauh sangat dengan mereka dalam apa jua segi... Pikir le sediri, mau nangis hari-hari ni pikir pasal benda ni. Jangan kesah kalo orang kata tak macho kalo  nangis ni.. Apa ada hal diorang dengan mati dan kehidupan akhirat kita?? jom le pikir sesama-sesama.. seketika fikir tentang kehidupan akhirat, lebih baik dari 60, 70 tahun ibadat sunat. InsyaAllah azam mahu mati dapat ucap laillahaillah ..





Ape cite ye?

Assalamualaikum semua..

Selamat hari raya dan maaf zahir batin..
 Lama tak update blog rasanya.. Entah-entah tuan empunya blog dah pergi..
mati itu pasti, hidup insyaAllah..
sebenarnya tgh kluar 40 hari, beraya di Langkawi.. 2 hb baru wapsi..

Sempena raya ni, biasanya orang kita suka maaf dan memaafkan..
Aku pun gitu jugak..
Satu hadith bagi tau lebih kurang mafhumnya, satu orang yang menahan marahnya sedangkan dia mampu utntuk membalasnya, maka Allah swt akan bangkitkan dia dihadapan seluruh makhluk diakhirat nnti dengan Allah bertanya padanya, pilihlah mana-mana bidadari yang kamu suka..

erm..kat dunia ni, kalau dapat kuli  ketua bidadari pun jadi lah..hehe..


pantun untuk mak ayah.. kalau korang nak pun boleh, cuma tukar  perkataan ananda kepada hamba.


Salahkah jika ibu dodoikan,
Tidurkan anak atas pangkuan,
Salah dan silap ananda lakukan,
Ampun maaf ananda pohonkan.

p/s: betul ke eja ananda tu?..lupa la.. biasa guna kanda , dinda dan anakonda je..hehe..




Berhenti sekejap  makan ketupat,
Hasrat sebenar pergi ke pekan,
Hendak bersua tidak sempat,
Beberapa pantun hamba sembahkan.




Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang .


ceh...


Bangun pagi gosok  gigi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.




Khidmat taam masak beriyani,
Beriyani dimakan bersama  kari,
Cukup rasanya setakat ini,
Izinkan hamba mengundur diri..




salam semua.. selamat bercuti dan selamat berkuliah kembali..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...