twitter rss

kalau malas study..


        Entri kali pasal study...  dalam dunia ni banyak jenis orang.. ade yang malas dan ada yang rajin..
bagi yang rajin ni kira ok la.. sebab ada keinginan nak study... kurang2 pegang le jugak buku tu,.. biar pun baru baca satu page pastu lelap...hehehe..
      Penting sebenarnya study ni.. ada yang study sikit dah boleh ingat. dan ade yang study berjam2 tapi skit je masuk dalam kepala otak.. nasib le.. hati bersih cepat le masuk... kalau yang jenis study skit pastu mula nak wat bende lain ni,, susah jugak..biarpun otak mereka ni pick-up tapi, rugi dalam penggunaan masa yang betul....jadi, bleh la guna bende camni untuk memastikan orang jenis ni menggunakan masa yang betul untuk study...hehhehe
         Benda ni berat dia lebih kurang 9.5 kilogram bersamaan 20.95 pound... alat ni boleh disetkan masanya sehingga untuk 4 jam... tapi untuk orang yg jenis memang tak nak study, buat la macam mana pun..ada je la helah dia...selamat mencuba...

p/s: kalau aku, aku nak gunakan untuk main game.. nanti boleh bagi alasan supaya tak yah jemur kain..hehehe

bianatang bernama huraisy


Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia. 



p/s: yang no. 5 susah nak elakkan... haissh... moga diampunkan...

solat ?


p/s: jagalah sembahyang... bila dah sembahyang,. niat kene betul beb.. nnti salah niat, tak de pahala pulak..( buat dakwah pentingnya solat jemaah selalu..)

pentingnya usuli

usuli ni satu perkara yang penting selepas berjaya taskil seseorang.. tanpa usuli umpama mensia-siakan tasykil yang dibuat.. usuli patut dilakukan sebelum seseorang untuk keluar jalan Allah, segala usaha yang dilakukan selama ini seperti dakwah,khidmat, ikram dan doa perlu diteruskan sehingga seseorang itu dipilih untuk keluar jalan Allah.. sebaik-baiknya sehingga dia dipilih Allah untk kekal dalam usaha hingga akhir hayat...
                                                                gmbar hiasan



usuli ni juga satu cara untuk Allah pilih kita keluar lagi dan lagi... 


bab-bab usuli ni yang aku tak reti sangat.. lagi2 kalo nak usuli orang yang lagi tua atau orang karkun rehat...
silap2 aku kene balik.. haissh..moga Allah permudahkan.. azam 10 hari cuti sem...

Bidadari untuk Umar r.a.


           Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf dika'bah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang waro', ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqoroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Karena kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an lainnya.
            Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi'raj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan surga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman surga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.". Pernah suatu hari ia membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Karena sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

p/s:satuhadith bg tau, lbih kurang kisahnya, sape nak dapat bidadari, kene la banyakkan berthajud..menangis malam..  selalunya terkezut bukn tahjud..huhuhu




Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit

P

Sedikit tips dari amalan Rasullah SAW untuk panduan kita semua.

Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit - "Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)"

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir,melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah(dedaun).

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam),banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.

Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullai (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak
membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.

Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rusaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan
yang memberatkan badan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...