twitter rss

Kisah korban

Petikan bayan  jemaah UK.
Nahmaduhu wanusolli a'la rasulihilkarim..

    Alhamdulillah, Allah s.w.t telah beri taufiq kepada kita untuk tunaikan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah. Nabi s.a.w telah beritahu sahabat, tahukah kamu apakah amalan paling baik selepas iman? Sahabat r.a bertanya apakah amalan yang lebih baik selepas iman? Nabi s.a.w beritahu bahawa solat pada waktunya.
     Kita juga perlu syukur pada Allah kerana pertemukan kita untuk ingat pada Allah s.w.t di akhirat, ada golongan yang datang dari kaum yang berbeza dan tempat yang berbeza tetapi mereka berkumpul untuk mengingati Allah s.w.t, maka mereka akan duduk diatas mimbar dari mutiara sedangkan orang lain sedang terseksa akibat azab dipadang mahsyar, yang mana lantainya dari tembaga, jika seorang wanita mengandung mereka akan gugurkan kandungannya, ibu yang menyusukan anaknya akan membiarkan anaknya, orang yang dibangkitkan muda akan menjadi putih rambutnya dan ada golongan yang tenggelam dalam peluh masing-masing. Ada setakat kaki, paha dan mulut. Mereka akan berkata " Wahai Allah, jika Kau takdirkan kami ini ahli neraka maka masukkan kami kedalam neraka.." (nauzubillahiminzalik). Ini semua kerana mereka tidak mampu bertahan atas azab di padang mahsyar.
     Allah s.w.t perintah untuk korban untuk agama tetapi Allah s.w.t tidak perlu pengorbanan tersebut. Seperti mana Allah s.w.t perintah nabi Ibrahim a.s untuk dakwah Namrud laknatullah sehingga nabi Ibrahim sanggup untuk dicampak dalam api. Begitu juga bila mana Nabi Ibrahim a.s telah berkahwin dengan Hajar  dan dikurniakan anak Ismail a.s, Allah perintah Ibrahim a.s untuk tinggalkan mereka di Mekah yang mana tiada penduduk. Maka bila sampai disana Allah perintah Ibrahim jangan berkata apa-apa pada mereka melainkan isyarat dengan anggukan. Bila sampai di Mekah , Ibrahim a.s yang tidak turun dari untanya mula beransur untuk pergi, maka Hajar a.s telah tanya, " kemana abang hendak pergi?" Sambil nabi Ibrahim a.s terus menunggang untanya tanpa menjawab pertanyaan Hajar a.s. Hajar terus mengejar sehingga tiga batu jauhnya dan timbul dihatinya pertanyaan " adakah ini perintah Allah?" , maka Ibrahim a.s berhenti dan cuma mengangguk untuk membenarkan pernyataan Hajar. Hajar beritahu, " jikalau ini perintah Allah, maka abang tidak perlulah risau kepada kami. Abang terus pergi tunaikan perintah Allah". Maka Ibrahim a.s terus pergi ke Syam(Syria) untuk dakwah. Berbeza dengan kita hari ini, kita keluar  4 bulan, 40 hari atau sebagainya kita telah beritahu isteri kita, duit ada disekian-sekian, jika nak pergi pasar beritahu isteri amir sab untuk bawa ke pasar , makanan abang sediakan dalam peti dan sebagainya.
     Ketika Hajar di Mekah, lama kelamaan bekalan makanan  telah habis, susu di dada mulai kering sedang Ismail a.s lapar. Hajar telah pergi ke bukit Safa untuk lihat mana tau ada pertolongan dan pergi ke Marwah untuk lihat sebarang pertolongan. Setelah tujuh kali ulang alik antara Safa dan Marwah, Hajar telah palingkan  matanya ke langit berharap pada Allah s.w.t. Allah s.w.t hantar malaikat Jibril a.s untuk ketuk tanah yang dihentak oleh Ismail a.s. Maulana Umar beritahu, Allah s.w.t nak guna Ismail a.s, Allah jadikan kakinya menghentak permukaan tanah. Maka air zam-zam telah keluar yang mana tidak pernah habis sampai kiamat berkat pengorbanan Nabi Ibrahim, Hajar dan Ismail a.s. Bahkan air zam-zam ini, jika satu orang lapar kemudian minum air zam-zam makan hilang laparnya, orang yang dahaga hilang dahaganya, orang yang sakit akan hilang sakitnya dan jika orang berdoa dengan air zam-zam, Allah tunaikan hajatnya.
    Setelah 11 hingga 13 tahun nabi Ibrahim a.s  buat dakwah di Syam, maka dia pulang kepada keluarganya di Mekah. Tanpa turun dari tunggangannya dia suruh Hajar a.s untuk persiapkan Ismail a.s. Kemudian  mereka berdua pergi. Iblis telah menjelma menjadi seorang tua datang kepada Hajar dan beritahu," Wahai Hajar, kamu tahukah kemana Ibrahim bawa anak kamu? Allah perintah dia untuk sembelih Ismail . Kenapa kamu biarkan?". Hajar a.s satu orang yang faham agama dan solehah telah jawab," Jikalau ini perintah Allah, bukan setakat Ismail, 70 Ismail pun aku sanggup korbankan untuk Allah s.w.t".
     Ibrahim a.s telah membawa Ismail a.s ke satu tempat. Ismail a.s telah tanya pada ayahnya,
" ke mana kita mahu pergi?"
" Allah s.w.t perintah aku untuk sembelih kamu wahai anakku"
"wahai ayahku jikalau begitu ketika kamu hendak sembelih aku, kamu tutuplah mata dan muka agar tiada rasa kasihan dihatimu padaku, kemudian ikatlah kaki dan tanganku agar aku tidak bergerak-gerak dan terbalikkan badanku agar aku tidak mencederakanmu". Tetapi Allah telah gantikan nabi Ismail dengan kibas. Jadi inilah kesan korban ayah yang pergi buat dakwah Allah s.w.t sendiri telah didik Ismail a.s jadi anak yang soleh. Maulana Umar beritahu ketika bayan masturat di U.K tahun 1983 , bahawa syaitan juga akan berbisik pada kaum ibu supaya khuatir siapa akan didik anak-anak jika ayah keluar jalan Allah. Seperti mana Allah didik Ismail a.s menjadi soleh, begitu juga Allah s.w.t akan didik anak yang ditinggalkan untuk keluar jalan Allah.
   Setiap nabi-nabi bila mana mereka selesai urusan dakwah mereka maka Allah s.w.t akan kurniakan kepada mereka satu doa yang khusus. Nabi Nuh a.s, setelah selesai dakwah 950 tahun, beliau telah berdoa, "wahai Allah selama 950 tahun buat dakwah, sebilangan kecil sahaja yang beriman. Aku khuatir sebahagian kecil ini juga akan terpengaruh dengan golongan yang tidak beriman. Maka, Kau hapuskanlah orang yang tidak beriman". Allah s.w.t telah kabulkan doanya dan telah turunkan banjir yang besar yang memusnahkan orang yang tidak beriman. Begitu juga nabi Ibrahim a.s telah doa " wahai Allah, kurniakan dari zuriatku orang yang buat dakwah seperti mana aku". Allah s.w.t telah lahirkan Nabi Muhammad s.a.w dari zuriat nabi Ibrahim a.s, bahkan bukan setakat nabi Muhammad boleh buat dakwah, ummat  nabi saw juga diberi kerja dakwah. Nabi saw sendiri juga diberikan doa yang khas, tetapi nabi saw telah simpan doa tersebut sebagai syafaat untuk selamatkan umat dari neraka Allah.
    Jadi tuan-tuan kita juga kena belajar untuk korban sepeti  mana di UK sewaktu masa dahulu tahun 80-an cuma ada sebuah sahaja masjid hasil sumbangan puteri raja Bhopal. Sekarang alhamdulillah telah ada 1500 hingga 2000 masjid di seluruh UK. Kami juga mahu bertemu pelajar Malaysia yang belajar di UK, kerana asbab dari mereka telah buat usaha agama, ramai generasi muda telah dapat kenal agama. Sekarang ada 11 miftahul ulum di seluruh UK dan tiga madrasah khusus untuk perempuan. Begitu juga bila tiba solat tarawih pada bulan ramadhan, setiap saf pertama di setiap masjid, dipenuhi oleh  para hafiz. Di Cambridge dan Oxford juga ada pelajar Islam yang pergi kuliah dengan berpakain sunnah yang menarik perhatian ramai orang. Akhir sekali dia tasykil majma' untuk beri nama untuk keluar jalan Allah.Wallahua'lam..


kisah tak faham

salam semua  ..

seorang kawan bertanya mahmud:-
aku pelik la mahmud, hari ni, bila sesuatu berlaku pada negara Islam, semua seluruh orang Islam seluruh dunia, laki perempuan, adik kakak, tua muda buat solat hajat pada negara tersebut.. macam -macam doa mereka mintak, dipendekkan ceritanya doa untuk keselamatan dan kesejahteraan negara tersebut.. Hasilnya belum nampak lagi. Dengan sangka baiknya Allah simpan doa untuk akhirat kot..

Tetapi aku pelik la Mahmud, sahabat  doa tak abis, tapi dah maqbul. Contohnya macam kisah kemarau zaman saidina umar r.a.. Sedang dia sedang doa mintak hujan, tangan belum diturunkan (belum selesai doa) , hujan pun turun..
dan aku bertambah-tambah pelik dengan sahabat nabi saw, kesan doa dan perbuatan mereka samapai kiamat. Contohnya,
1-gempa bumi nak berlaku, saidina umar hentak kaki, sampai sekarang takda gempa bumi di madinah dan       makkah..
2- solat hajat mintak makanan, kisar gandum berputar, jika tak angkat kisar gandum, samapi kiamat ia berputar.
3- hazrat tamindari halau lava gunung berapi, sampai ini jam takde letusan gunung berapi..
4-sahabat mintak bintang keluar dari hutan sebab nak bermalam, binatang pun takda dalam hutan sampai sekarang..

aku tak faham la mahmud..
sifat sahabat lagi aku tak faham.. diri nak mati dahaga air, tapi bagi air kat orang lain dulu sehingga diri sendiri tak dapat minum air, orang yang dia bagi pun tak sempat minum air.. semua yang nak air mati syahid..

                                 gmbar orang baca novel kot..huhu..takde sangka baik langsung..

6 pesanan untuk kaum wanita

salam..
dunia kuch nahi, akhirat hamisha..

Enam pesanan khusus untuk wanita..

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.

betul kata cicak

Assalamualaikum , salam satu ummat..

~dimana akan ku cari ganti,
serupa denganmu,
tak sanggupku berpisah dan berhati patah,
keluh gelisah..~  haisshh.... menyanyi pulak mamat ni..

A: ko ni kenape? sedih semacam je..
B: mana ada, aku nyanyi je la.. sedap ape lagu tu, lagu raihan nyanyi..
A: habis kenape ko nyanyi lagu tu? lagu lain kan ada lagi ..selalunya nyanyi lagu 'qalbi nadak'.. katanya lirik lagu   qalbi nadak tu seronok sangat..hari tu punya la jiwang,..hari ni lagu sedih pulak..
B: alah.. tu pun nak kecoh.. weh..ni air milo suam , ambil la..
A: ok, letak situ dulu,.nanti aku ambik..bro, tolong buka page untuk daftar OSHA jap, aku nak daftar..
B: jap.. nah, guna la laptop aku.. duduklah..
A: thanks..
B: elok-elok sikit, nanti tumpah air tu..

prangg!! bunyi kole besi terbalik..

B: wowowow..perghhh....ko ni.. aku dah cakap tadi, habis baju pagoda aku ni.. warna koko dah..
A: sorry.. aku tersiku tadi..nanti aku basuh baju ko.. kain basah ada? aku nak lap milo ni..
B: takpela, nnti aku cari ..ko guna la laptop tu dulu..
A: ok..ni yang sayang ko lebih ni.. hehe..
B: erm..betul kata cicak..cakcakcak(sambil geleng kepala),..baju putih bila kene kotor sikit je,
    mudah je nampak.. macam tu la,    kalau orang yang baik,
    tiba-tiba dia wat jahat, selama mana kebaikan yang dia buat, orang dah tak pandang dah..
    orang akan pandang kejahatan yang dia.. sampai bila? aku pun tak tau..
A:alah..baju hitam pun sama jugak, kalau ada tompok putih dekat baju hitam tu,
   orang akan pandang kat       tompok putih tu jugak..kontra warna kan..
B:betul tu, sama la dengan orang yang jahat tiba-tiba dia wat baik, orang akan pandang kebaikan dia..
   apa orang akan kata" dia ni jahat tapi baik jugak" , tapi kalo orang baik, buat jahat, orang akan kata "
   dia   ni   macam baik, rupanya jahat "..
A: hmmm..untunglah kalau orang jahat buat baik, dan rugi lah sangat-sangat orang baik buat jahat..
B:ermmmm...

tak lama kemudian, bunyi cengkerik kedengaran mematikan perbualan A dan B..






 

solat zohor

assalamualaikum dan salam satu ummat..
1 suasana berlaku di sebuah surau dalam kampus..
allahuakbar, allahuakbar ..lailahaillallah...
jemaah yang hadir ada yang  sedang berlenggang , dan ada yang terus mencari saf  pertama yang banyak fadhilat.. kelihatan imam kolej sedang melurut-lurut kain  pelikatnya. Mungkin kain pelikat saiz XL,  yang menyebabkan kelonggaran yang kerap.. mungkin kain pelikat tiada penyangkut untuk disangkut tali pinggang kulit berkepala crocodile.. tapi dengan kebiasaan , kemahiran dan kecekapan imam memakai kain pelikat, masalah dapat diselesaikan..
sedang imam selesai masalah kain pelikat, seseorang lelaki yang jarang kelihatan meluru ke sejadah imam.. mungkin kolej lain..
"lurus dan rapatkan saf"
imam terkebil-kebil melihat jawatan yang disandang telah dirampas.. ada jelingan yang berbara disitu , agak tajam.. tapi pasrah..
selang beberapa lama kemudian salam diberi, dan lelaki tadi mewiridkan beberapa zikir dan berdoa..
makmum mengaminkan dan bersalam dengan jemaah berhampiran..solat jemaah selesai.
lelaki tadi menunaikan solat sunnat.. sambil diperhatikan oleh seorang budak hingusan yang bersandar didinding.. lelaki tadi menjeling ke arah budak itu.. budak itu perasan dan cuba memerhatikan kembali..
selang beberapa saat kemudian, pemerhatian budak itu disambut dengan jelingan oleh lelaki yang sedang solat itu..
budak itu membalas. "peace" sambil sengih dan diangkat dua jari  ke arah lelaki itu..
 hmmm...

kita dan orang


kita rasa kita dah kuat tapi orang lain lagi kuat




kita rasa kita lah paling banyak masalah tapi orang lain lagi bnyak masalah




kita rasa gedeber nya kita, tapi orang lain lagi gedeber




kita sibuk tengok buruk orang lain, rupanya kita pun buruk jugak




kita rasa kita lah susah rupanya orang lain lagi susah 




yang patut kita buat,
1-orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan sabar
2- ada masalah, mengadu dekat Allah. selain dari Allah tak leh wat ape2..makhluk kuch nahi
3-belajar kasih sayang pada sume orang, muliakan alim ulama , hormat orang tua dan sayang kanak2..
4-belajar untuk baik sangka pada sume orang.
5-belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada.Insyaallah tak lama, Allah tambah ..

















pekse tu penting ke?



Musim pekse memang waktunya sekarang  bagi kebanyakan ipt di seluruh Malaysia. Aku pun sama la jugak kene amik peperiksaan. Penting sangat ke pekse ni ? Penting la bai..
Bila umur  meningkat, maka peperiksaan atau ujian  makin susah , makin kualiti , makin berasap kepala , makin bnyak masa diperlukan untuk ulangkaji  ye dak? bila peperiksaan yang kualiti makin tinggi maka kesan dari kejayaan atau kegagalan dalam pekse tersebut pun makin besar . Dulu masa amik upsr, rasa macam senang je periksa akhir tahun sekolah randah. Bila dah masuk sekolah menengah, rasa senang je UPSR tu.. rugi plak tak skor.. Begitu jugak dgn spm, rasa senang je PMR.. dan seterusnya smpai lah korang pekse bahagian  professional, specialize atau sebagainya dalam bidang masing-masing, pekse yang lepas-lepas rasa senang je..ye dok?
Bila berjaya dalam pekse, kesannya ada rasa gembira, dapat tawaran masuk institusi, tawaran bekerja di syarikat tertentu yang masyhur , dapat biasiswa dan sebagainya.. Tp bila gagal, rasa menyesal tu memang confirm la.. pastu ada rasa macam nak duk sorang-sorang  dan nangis puas-puas ye dak? benda yang lagha baru la mula perasan, tp waktu lepas tak perasan pulak benda tu lagha ye dak? ada jugak yang rasa nak delete fesbuk, nak potong line internet, nak jual lptop dan sebagainya yang menyumbang kepada perkara lagha..(aku pun tak delete lg ni..huhu..masih rasa manis)
tapi perasan itu sume  la nikmat sebenarnya, rasa bersyukur mula datang. dapat masuk ipt pun dah alhamdulillah la kan?  orang lain PMR pun tak lepas, tak dapat masuk ipt ..keje pun tak menentu nak minta anak orang pun susah.

ada satu waktu, aku praktikal kat kilang. ramai orang melayu yang memang kat ic tulis beragama islam.. kebanyakan mereka ni operator pengeluaran  dan yang bawah-bawahan.. tp tu tak penting bahagian posisi tu.. tapi yang sedih, ramai yang tinggal semayang. walhal sanggup untuk overtime bila disuruh manager , tp tak le sanggup untuk tunai perintah Allah.. mereka salah faham ke?  Dapat Allah, dapat segala-galanya, hilang Allah , hilang segala-galanya. dan Allah adalah lebih baik dari segala-galanya. Sepatutnya mau ada sifat-sifat orang beriman. Orang beriman ni gembira bila dapat taat perintah Allah, ikut cara nabi saw. Biarlah kene buang kerja, dipulaukan orang , dicemuh asalkan hidup menggembirakan Allah dan rasul. kan3??

balik cite pekse,macam kehidupan jugak, makin besar iman, makin tinggi ujian. Darjat pun makin tinggi kalau berjaya.. Macam pekse akademik la, darjat yg lepas upsr tak sama ngan yang lepas spm.. Ujian Allah diberi mngikut iman seseorang.. Soklan kejuruteraan tak di beri kepada budak darjah enam..  dan tujuannya untuk naikkan darjat seseorang, yang lepas, darjat naik la skit..

Berbalik pada cerita gagal dalam pekse,tapi kegagalan tu sume kecik punya hal je sis & bro.  Benda besar tu alam akhirat.. Berjaya dalam akhirat, berjaya selama-lamanya. Sampai bila? sampai bila-bila.. Bayangkan bila gagal di akhirat, gagal selama-lamanya, sedih selama-lamanya, seksa selamanya, menangis selamanya, menyesal dan lain-lain yang menyedihkan ye dak? rugi kan ? Bila keadaan tu datang , mula la berkata 

"wahai tuhan kami, kami telah lihat, kami telah dengar , pulangkanlah kami , kami nak  melakukan amal soleh. Sesungguhnya kami telah yakin"

tp dah tak bleh dah waktu tu.. tak dapat byngkan keadaannya. keadaan yang penuh kedahagaan. 
Minta air untuk hilang dahaga, tp diberi air jus nanas nanah dan darah. Tak hilang dahaga pun, bahkan makin azab. Diberi buah zaqqum , telah je gugur kulit sebab azab.. nauzubillah..

Keadaan sebaliknya bagi yang berjaya, sekurang -kurangnya 70 puluh bidadari.^^, comel tu bai, mata mereka macam jeli dan  bulat, manja , lemah lembut dan lain-lain..Nikmat-nikmat lain yang tak pernah terbayang dimata dan terlintas di hati.. Satu kaki persegi di syurga, lebih bernila dari dunia dan seisinya..
Jadi kene berubah dan minta Allah ubah diri  supaya dalam ketaatan dan menyukakan Allah. Supaya dengan itu, Allah kesiankan kita, rahmati kita dan masukkan dalam syurga.. doa kene nangis, risau diri dan umat..minta hidayat.. insyaAllah ea sume...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...