twitter rss

betul ke ni??

Salam.. kembali menulis entri yang dah lama tak ditulis. Terima kasih kerana sudi membaca dan
memberi komen yang menaikkan semangat untuk menulis kembali.Entri kali ni adalah untuk
menyatakan hipotesis bahawa perilaku manusia ketika kecil adalah berbeza diwaktu besar.
Pernah tak anda perasan mengenai orang disekeliling anda ataupun diri anda sendiri bahawa perilaku
dan sifat waktu kecil berbeza sewaktu dewasa.? Sebagai contoh, aku pada waktu kecil adalah seorang yang periang dan banyak cakap, tetapi bila membesar , aku semakin kurang bercakap dan menjadi pemalu..hehe..contoh je...sewaktu kecil suka merayau, tetapi sewaktu besar terperap dirumah dan sebaliknya.. banyak lagi contoh-contoh lain yang korang boleh perhatikan orang disekeliling korang....
Bagi aku, ini adalah normal kerana dunia ini yang bersifat sementara dan sifat manusia itu juga dunia dan bersifat sementara..Sampai masanya, manusia akan jemu dengan perkara yang dilakukannya jika tiada pembaikan..

 bukan tulisan aku

Aku pernah terbaca tulisan dalam buku kisah Sultan Muhammad Al-Fateh yang mana mengisah waktu kecil beliau adalah seorang yang nakal, suka bermain dan tidak menumpukan pada pelajaran. Hal itu menyebabkan ayahnya berasa risau dengan tingkah laku anaknya yang mana dikemudian hari akan mewarisi takhta kerajaan milik ayahnya. Namun, bila meningkat dewasa, peribadi beliau berubah sehingga menjadi pemuda yang disebut Nabi saw tentang tentera yang baik yang dipimpin oleh pemimpin terbaik untuk membuka Contantinople..( betul ke ni?? aku keliru tentang tempat yang ditawan..maklumlah, tak pernah sampai.).




 Jadi ,kita kene risau , takut-takut berubah kepada
keburukan..Yang baik itu kekalkan, yang buruk itu tinggalkan..Orang alim beritahu, jika kita tak memilih untuk kebaikan, maka keburukan .Jadi adakah hipotesis aku diterima?. Korang lah tentukan..lagi satu, aku bukanlah orang yang baik-baik, tapi aku suka orang yang baik-baik. Kalian doakanlah aku menjadi orang yang baik-baik..

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Semua umat ku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Baginda ditanya: “Siapakah yang enggan?” Baginda bersabda: “Sesiapa yang mematuhi perintahku (dia ingin) masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan (masuk syurga).” [1952] Sahih Bukhari..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...