twitter rss

kerja dan tak kerja..

Suatu malam, aku tengah bosan bukak buku sebab otak dah tepu..., main laptop pun takde 
ape kat laptop aku.. nak chatting, takde marka..hehe.. nak chatting ngan mak, mak pulak takde ym..
aku pun melangkahkan kakiku ke bilik member-member yang lebih kurang kepala otak sama macam aku...
Dari luar banyak selipar, dalam hati kata "mamat mana pulak ni pakai selipar kaler gini.." Aku pun masuk. Mula-mula aku wat muka tak bersalah, pastu duduk atas katil yang colourful tu..
Dengar la dorang citer ape..Lepas beberapa minit, aku dah tau sinopsis dan plot citer dorang..huhuhu..Tapi , cerita yang mula-mula ni aku takde pengalaman, tapi cerita yang kedua ni tak perlu pengalaman..Apa-apa pun boleh diimpikan dan dilakukan.. Aku pun menyampuk la apa lagi....hehe..i like menyampuk..=)


A: aku nak cari yang tak keje la B, senang sikit..
B:abis kalau yang nak keje, ko nak wat ape?                           
A:mula-mula, bagi la dia keje dulu..nnti dah kawin berhenti la..hehe
C:ak nak suh bini aku keje la..
B:ek eleh, tak keje la elok ..  ko ni pelik la C.. orang lain sume nak yang tak keje..ko plak lain
D:ntah..taste ko ni pelik betul..ak kata lawa, ko kata tak lawa,.
A:nnti kalo dia keje susah C, nnti dia balik, dia penat.. tak sempat nak masak , nak mesra-mesra.. malam tidor awal esok keje..
B:betul ooo.. kalau aku, tak suka kalau bini aku gi keje..
D: erm betul3..nnti kat tmpat keje, ntah sape ngorat dia.. karang dia sngkut kat org lain pulak..  baru tau..cemburu gila aku..
C:ala..diakan kerja, normal la..
D:normal ape, karang sangkut menyesal pulak ko..kan bagus walaupun jadi surirumah tapi berphD....
C: mak aku keje jugak, tp ok je,, masak sume ikut time..
D: aku cakap je.. nnti cakap lebih-lebih kene kat aku pulak.. ikut masing-masing kot..
     tpi better yg tak keje..depend masing-masing kot..hehe..

jaga anak kat pejabat..macam unifi..,mantap..!!
begitulah sedikit dialog kami, pandai-pandailah korang simpulkan..samaada ada yang mati kene tndang ke, ada yang menangis tak berlagu atau lain-lain..
sebenarnya, bagi aku banyak kelebihan isteri jadi surirumah ni..  korang boleh la google kelebihan wanita berbanding lelaki..insyaallah jumpa.. cerita diatas cuma berdasarkan harapan watak-watak tersebut.. tiada kena mengena dgn siapa-siapa,..kat bawah ni antara kelebihannya..banyak lagi..

  -"Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya".
-"Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa".
-"Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab."
-"Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi".
-hadith-
terdapat di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadhus Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat.

p/s: entri untuk memenuhkan post je.. keputusan ditangan masing-masing..jangan emosi pulak,..nama watak dirahsiakan..=)


belajar amal 7 sunnah nabi saw..

Assalamualaikum..
ermmm..tak silap aku, artikel ni aku dapat dari kawan lepas aku tanya dia untuk bagi nasihat kat aku masa  awal-awal aku berada di universiti...Aku pun tak tau,mcam mana bleh tahan lama dalam laptop aku.. Gambar kenangn muda-muda pun tak tahan smpai camni..hehe..Maklumlah, banyak kali 'format' laptop.. Rezeki  korang kot dapat baca..aku copy dan paste terus je... selamat membaca...
 *************************************************************************

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah SWT yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah SWT menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib k.w, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah SWT.



p/s:moga dapat amal dan sampaikan..

soalan sahabat dan jawapan nabi saw

 Sahabat ni amat sayang pada nabi..apa yang nabi buat dan nabi suruh , mereka 
akan ikut 100 %... nabi bg tau, sahabatku umpama bintang-bintang dilangit. siapa 
yang ikut salah satu dari bintang itu, tak kan sesat..




Sahabat bertanya..bagaimana nk jadi org yg kaya..
Nabi jwb..bersifat qanaah,merasa ckup dgn apa yg ada

Sahabat bertanya..bagaimana utk mendptkan keberkatan dlm rezki
Nabi jwb..sentiasa dlm berwudhu'

Sahabat bertanya..bagaimana utk menjadi terhormat
Nabi jwb..jgn mengadu masalah atau hajat kpd manusia

Sahabat bertanya..bagaimana utk menjadi unggul
Nabi jwb..bykkan berzikir

Sahabat bertanya..bagaimana utk menjadi kuat
Nabi jwb..sentiasa bertawakkal

Sahabat bertanya..bagaimana utk mendptkan doa yg makbul
Nabi jwb..jauhi dosa/maksiat 


p/a: moga dapat amal dan sampaikan..

kisah anak dulu dan anak sekarang..

      kisah ni ada ustaz yang cerita kat aku, kisah nya bila ustaz ni pergi makan di kedai makan
di kota bharu bersama isterinya yang tercinta. Isterinya sedang sarat mengandung.. Orang kata, kalau nak anak lawa, kene selalu tengok wajah budak-budak yang lawa dan comel.. Dipendekkan cerita, datang satu keluarga yang ada beberapa anak-anak kecik, ayah dan mak... Ustaz ni seronok melihat seorang budak yang baru masuk tadi,, comel sungguh... jadi pergi lah keluarga  ni memilih makanan..
Setelah makanan tiba dimeja makan, ayah budak yang lingkungan 4 tahun ni tanya pada budak tersebut.
"make lah abe,..cepat make.."
" tokse"
"Abih nak make gapo?"
"tokse make sini, nok make kat lain"
"toksoh caro la, make-make cepat la..belagu ni.."
"tokse,..."
"kakak..!!, bawa adik masuk keto nuh.."
berjalan la kakak nya memimpin adik nya masuk ke kereta,, tiba dipintu kereta tu, budak tadi menjerit pada ayahnya...."GILOOOO(gila)!!!!"
semua yang ada kat kedai mkan memandang budak tersebut, dan ayah budak tu makan sambil tutup muka...hehehe..malau la tu kot,,,
Jadi , tu la kisah budak zaman sekarang,,,
ustaz tu cakap, biarpun ayah guru silat ada anak murid beratus ke, misai melenting macam penyangkut baju,..tak de nye nak takut kat ayah diorang...ayah marah, dia jelir lidah...
 kamus: make=makan , gilo=gila,.keto=kereta ,belagu=ngada-ngada..

lain pulak kisahnya dengan budak dulu-dulu...
disuatu petang asar, datang lah seorang ayah dan anak ke surau kampung yang kecil untuk solat berjemaah..
jadi selepas azan dilaungkan, tiba lah dua beranak itu ke surau  dan iqamat dilaungkan..budak kecil itu bersolat disisi ayahnya sebagai makmum,, Tiba waktu imam tengah sujud, terpandanglah budak itu pada kain imam yang terselit.. disebabkan prihatinnya budak itu, dia menarik kain imam yang terselit tadi..dan imam bergerak-gerak sikit tanda selesa agaknya..hehe... terpandang budak itu pada ayahnya yang sedang merenungnya dengan kerutan.. Disebabkan   takut akan ayahnya, dia mencucuk semula kain pak imam supaya terselit semula dengan anggapan ayahnya tak marah lagi....akibatnya ,melompatlah   pak imam akibat cucukan maut tadi....batal lah solat asar jemaah hari tu...hehe
gmbar hiasan


tu la beza budak dulu dan sekarang, yang lebih hormat pada orang tua mereka,,,tenungan mata ayah pun dah menakutkan bg anak zaman dahulu..erm..kita macam mana?budak  zaman dulu ke zaman sekarang?.

moral: .kalau nak anak hormat kat kita, kita kene belajar horamat kat ibubapa kita dulu..

Warkahku untuk sahabatku yg telah pergi dahulu..

entri ni sebenar dah lama aku tulis masa 26 mac 2010 lg, tp masa tulis tu  belum ada blogspot, cuma aku ltak kat blog profile yahoo aku je.. tpi ok la kalau korang nak baca, sebagai tanda blog ku diupdate..hehe..selamat membaca...



Ak masih ingat pada waktu pertama kali aku mendaftar ke sekolah asrama itu, selepas pendaftaran..ak lihat ramai abang-abang berehat dalam surau kerana penat bermain bola..ak menyangka mreka tingkatan 5.. tetapi hakikatnya, mereka tingkatan 2.. ak bg salam smbil menanya tingkatan 5 ke? tak sekolah hari ni?....dan aku masuk semula ke dorm  untk mengemas barang.. umi dan abah tolong mengemaskan barang-barang dalam loker aku..abah tanya,,ada yg tak cukup lg ?. Sabun,hanger sume ada? Kita gi kuar kjap la ea..beli barang-barang…makan tgh hari skali..
Selepas keluar beli barang dan makan tengah hari, abah hntr semula ke asrama dan mengeluarkan sedikit wang sebagai wang belanja aku di asrama..  saat umi dan abah pulang aku mula rasa sayu tetapi bersemangat baru kerana itu pertama kali aku tinggal diasrama..
Pada malamnya, sesi perkenalan antara pelajar tingkatan satu dengan seluruh warga asrama.. kami disuruh berdiri dihadapan mengenalkan nama dan melaungkan azan…Masa tu, warden aku  encik sukarno..baik orangnya.. lpas selesai sesi, kami duduk sebentar sambil menunggu waktu isyak.. Maka,di saat itulah ak mengenali dirimu yg hadir bersama rakan-rakanmu tingkatan 2 yg lain yg  bertanyakan nama,duk mana….anak ke berapa.. lalu  aku dan rakan yg sebaya dengan ku yg tak  tau cara duk asrama menanya kembali nama senior tingkatan 2 itu..nama sape? Ada lah brother tu yg kenalkan kat kitorang..ak Zaim, ni hop, ni afiq , ni tenang..oi bukan tenang lah, ikhwan ..ni hapiz mahe.. smbil tuannya tersenyum..ni haikal..,ni udin..
******************************************************************************
Hari telah berlalu, hubungan aku ngan kau makin rapat.. sebelum turun maghrib,aku gi duk bilik kau dulu..bersembang-sembang.. kadang-kadang kita gi awal.. pergi bermain kat padang sebelum maghrib tiba.. Main baling batu,sapa jauh dia menang.. main lompat jauh…main baling selipar.. main lumba lari..  jalan-jalan pusing sekolah.. tingkatan satu la katakan..
Ada satu masa pulak, warden merombak dorm..pelajar tingkatan satu tinggal ngan tingkatan 2.. masa tu la aku lebih mengenali kau.. bila waktu kau lapar, kau akan buka tin biskut kau, dan 'open' ramai-ramai.. malah kawan kau pun mintak kat kau bile lapar.. kadang-kadang senior-senior pun mintak kat kau…dan kau bagi pada mereka... Ak blajr kat situ supaya jgn kedekut dngan org..
Masa 'first time' outing, aku tak  tau nak gi mana… aku dngan member kluar beli biskut je.. masa 'first time' tu la gi kfc.. maklumlah form 1.. sume nak try apatah lagi kfc depan skolah..
 Masa outing yg lain..  aku masih ingat masa ak mula-mula  blajar main game counter strike ngan orang yang pro...memng sayur la aku  kene tembak.. pastu ko dtg ajar ak menembak ngan beli senjata dngn cepat..
Kadang-kadang ko ajak ak gi Klang..jalan jauh skit.. member-member ada yg nak beli kasut,, beli baju,, time tu popular la kasut ngan bju skate ni..nak naik bas pun ak tak reti.. kau lah yg  settlekan problem tu..
*****************************************************************************
Masa kat skolah kau la ajar ak melipat baju, gosok baju, melipat cadar yg besar.. pakai sampin..basuh baju…
Kadang-kadang kitorang ada  kerja skolah seni ko datang..dengan bakat ko yg pandai melukis,,ko ajar kami nak buat asement seni .

Waktu malam lpas isyak waktu tu la waktu berlari paling laju utk rebut barisan ambil makanan .. waktu tu makan biskut ngan roti je..memang bersepah…tp meja kau  kemas je..pastu ko tunjuk kat ak cmne nak 'karate' biskut supaya tak bersepah… lepas makn 'supper', kita main gayut-gayut tiang asrama.. time tu ak kecik lagi..lompat pun tak sampai.. kau ngan geng memang smpai la.. waktu giliran aku, kau  la yg  tolong angkat ak..”1,2 ,3 lompat”…”ye..."..ak dpat gengam palang tiang disebabkan kau angkat ak...ak pun bergayut selama mungkin.tp tgn tak kuat.. kejap je la… main gayut siapa pling lama… bila ltih lepas la..pastu gelak sama-sama..memang sronok…
Pastu kene plak  'prep'.. time tu bilik prep  tak kemas lg..prep kat dlm dorm je…kalau warden keluar asrama, time tu la bdak-bdak pasang lagu.. “udin pasang la walkman ko din..”  maka waktu tu la macam-macam suara yg tak hensem kedengaran,,, memang lawaklah kalo ingat balik.. kalo senior form 3 ngan form 4 dtg, sume lintang pukang buka buku….watak kau yg pendiam tetapi suka senyum tu la menyebabkan ramai suka kawan ngan kau..
Ak ingat lg waktu 'parent' kau dtg.. time tu ak nak gi mandi… lpas blik mndi ak nmpak bebrapa bijik kotak pizza dalam dorm..sume ngah berkumpul..ak tnye sapa bawak? Kau rupanya.. bnyknye.. memang best la mkan ramai-ramai..  kau jgak la yg ajar ak dressing utk annual dinner.. segala kreativiti kau ak telah gunakan dan ak jadi seorang yg agak kreatif drpd tak kreatif lngsung… gi skolah sama-sama..Cuma beratur lain-lain..sebab aku form 1 ko form 2... waktu skolah..ada kelas bahasa arab, senior form 2 suka la lalu depan kelas aku.. kadang menyakat budak-budak ni,,
Masa makin lama berlalu..ak lebih mengenali kau..sebab ape nama ko dari hafiz jd mahe.. pastu ak tengok majalah sekolah..nmpak plak gmbar ko amik hadiah sebagai pelajar terbaik tahun satu..br ak tau kau jgak cemerlang dlm pelajaran.. masa tu la ko jd role model ak.. belajar kene bersungguh.. smpai skarang la ak ada smangat blajar..
Masa  ak  tingkatan 3, kau tingkatan 4..sume batch tingkatan 4 asrama  pindah skolah sebab tak tahan ngan perangai warden baru yg suka menghukum..ada yg gi sbp..ada gi sm teknik..ada gi mrsm.. waktu tu la ak agak kesedihan.. waktu tu mana ada henset lg..jd ak tak de nombor nak contact kau… waktu tu pun ak tak de email lg.. apatah lg frienster...facebook pun tak wujud lg..
Dah 5 thun jgak la ak tak penah jumpa ko sjak saat itu.. ak  cuma tahu beberapa org je melalui frienster,,tu pun masa aku dah kat matrikulasi..mulalah hubungan aku ngan senior sekolah rapat balik..tp ak tak jumpa frienster kau..tp ada member ak ckap..kau dah masuk UTEM skali ngan  dia.. ak tny la..hensem lg  tak kau skarang? Member ak jawab, muka tak lah berubah, Cuma  ada jnggut skit.. owh..aku  sngt berharap dpt jumpa ngan ko lg.. aku bg tau dia, kirim salam la kat kau  kalau dia jumpa..
Waktu telah berlalu..selpas lebih  kurang 6 bulan ak menanya perihal kau..cerita ko smpai lg.. mulanya ak ngah study ,tp laptop terbukak..ak pun bukak la member ak  punya blog yg br di update....pastu nmpak pulak muka senior pompuan  sekolah dulu..ak bukak la blog dia..pastu ak nmpak muka kau,,,tjuknya post khas: tak dijangka...kau pergi sebab demam panas..kau pergi secara mengejut ....ak tau sume dtg dr Allah...aku pun membacanya..semakin lama ak membaca,,hati ak tak keruan..ak jd  tak tentu hala..sedihnya tak tergmbar.. padahal ak ada test malam tu.. ak rasa macm ak ni..ntahla tak reti nak sebut.. bila terbayang wajah kau..aku rasa sedih sngt....aku pun ada rasa marah jgak kat member ak yg satu U ngan kau…sebab tak bg tau.kau dah pergi masa 14 mac hr tu lg.. dia kata dia lupa..tak pe lah ak tak kisah sngt pasal tu..kalo dia bg tau 14 mac, minggu tu ,ak lg bnyk test,, ak tak tau nak wat ape.. jd ak pun layan perasaan sorang-sorang...jalan kaki gi tmpat test sorang-sorang.. patut la, ada hri tu ak mimpi pasal kau..mugkin  ini petandanya.. waktu tidur pun kluar air mata..sedar-sedar bntal basah..hati tersedu sedu...tengok gmbar  ko je..  kluar air mata .. sedih rasanya ..bukan ak tak redha dngn pemergian ko..cuma ak rasa ak  tak sempat nak balas jasa kau....bnyk sngt jasa ko kat ak..tu yg wat ak jd tak tentu hala dua tiga hari ni...atuk ngan nenek ak meninggal pun ak tak sedih macm ni....menangis pun tak..kalau ak ada abg, ak nak abg yg macam kau.. kau tak penah sisihkan ak dlm apa-apa  waktu dan keadaan.... walaupun ak tulis ni, ko  dah tak leh baca lg..tp sbg pengajaran utk org lain supya jd kawan yg baik.. bila pergi org akan menangisi pemergian kita..biarlah tulisan ini yg akan mengingatkan ak bahawa ak ada sahabat mcm kau..kalo ak pun sedih ak pun tak tau la mcm mana sedihnya family kau atas pemergian kau..innalillah hi wainna ilaihirajiun…al fatihah kepada mohd hafiz abbas (orang yg ditujukan) dan huzaifah huzazi (rakan sekelas dari form 4).. kepada rakan-rakan yg  membaca, aku memohon maaf jika ada perkataan perbuatan dan caraku yg menyinggung perasaan..harap di maafkan..                                            


p/s: betul ke , orang baik mati awal...?

muslim idol?

Assalamualaikum… entry kali ni pasal idola la pulak… Biasanya aku  selalu dengar orang  
 muslim cakap, saya punya idola adalah nabi saw..bagus la macam tu.. Betul dah tu..
jangan tukar-tukar lagi..
Kita tinggalkan pasal idola sebenar kita kejap..  Melalui pengalamanaku, kalau  nak tahu siapa idola yang ada dalam hati kita, tengok la amalan dan perbuatan serta percakapan kita.. kalau hari-hari cakap pasal perempuan, maka perempuan lah.. kalau selalu  ikut style artis, artis la.. kalau nabi sebagai idola, maka cara hidup nabi la..betul tak?? 

gambar hiasan


Kalau nak lihat baiknya seseorang tu pada pandangan Allah taala , adalah melalui cara mati seseorang tu… Kalau matinya keadaan  baik, maka baiklah orang tersebut.. dan sebaliknya.. persoalan kat otak aku, ramai orang muslim suka pada artis.. Walhal kita pun tak tau macam mana mati seseorang artis itu..
                Mungkin pada pandangan kita, dia nampak baik. Pada pandangan Allah siapa tahu.. Jadi dekat sini, aku nak tekankan, bahawa kurangkanlah kita  suka  sangat pada manusia yang belum mati lagi ni .. sebaliknya, jadikan lah orang yang telah mati sebagai satu  cara untuk kita mati dalam redha Allah.. Kan ramai dah contoh orang-orang  yang mati dalam keadaan baik ni.. Mati tengah solat, mati tengah keluar jalan Allah,mati syahid dan lain-lain.. Macam mana diorang boleh mati macam tu?? Siapa idola mereka?? Aku cakap untuk diri aku sebenarnya ...Aku pun  ramai la jugak kenalan  yang telah mati dalam keadaan baik ni,.. Aku pulak tak tau aku mati macam mana.. Doa la mati keadaan baik( husnul khatimah ) macam diaorang atau lebih baik dari diorang…
 Jadi, untuk kita dapat cinta dari nabi yang beerti kita orang baik maka belajar la amalkan sunnah nabi.. Hadith bagi tau, 
“Barang siapa yang amal sunnahku, bereerti dia kasih padaku..
Barang siapa yang kasih padaku, akan masuk syurga bersama aku..” –hadith-

Insyaallah kawan...Aku pun nak try belajar amal sunnah ni..Doakan la untuk aku untuk istiqomah amal sunnah.. Kalian orang yang baik, doa kalian makbul.. insyaallah..

Coober Pedy, Kota Di Bawah Gurun Australia



Coober Pedy merupakan sebuah kota yang terletak di bagian utara Australia Selatan dan dikenal sebagai ibukota opal dunia, kerana hampir 95 persen dari pasukan opal dunia berasal dari lombong tersebut. Kota kecil ini dengan penduduk sekitar 3000 memiliki cara hidup yang unik - hampir setengah dari mereka hidup di bawah tanah.


Pada tahun 1916 ketika orang-orang pindah ke Coober Pedy untuk melombong opal, suhu musim panas yang keras mengusir mereka ke dalam gua-gua yang digali di lereng bukit. Ketika suhu di luar melebihi dari 40 derajat Celcius, suhu di bawah tanah tetap nyaman dan hampir terus-menerus sepanjang tahun. Bahkan saat ini, orang kota ini  lebih memilih untuk membangun rumah mereka di gua-gua bawah tanah. Bahkan, banyak dari rumah yang ditinggalkan sekarang adalah sisa dari jajaran  lombong opal.




Membangun rumah baru di Coober Pedy jauh lebih murah dan lebih cepat dibandingkan dengan kaedah pembangunan konvensional. Rumah moden bukan seperti dalam gua seperti yang korang bayangkan namun digali di sisi bukit. Pintu masuk biasanya di tepi jalan, dan bilik digali jauh kedalam   bukit.




Ada lapangan golf lokal - kebanyakannya  bermain di malam hari dengan lampu menyala, untuk menghindari suhu panas siang hari. Ini benar-benar bebas dari rumput dan pemain golf mengambil sepotong kecil "rumput" di gunakan untuk teeing off. Kurangnya rumput tidak mematahkan semangat mereka untuk memasang tanda ini di lapangan golf.



 
 
 
ni la rupanya opal sebelum dipotong-potong menjadi hiasan..

kalau bagi pompuan, hari-hari dia masak untuk korang...hehe





p/s: sebenarnya buat rumah dalam bukit ni, zaman nabi Saleh a.s  dah ada... bila sejuk kat luar, dalam jadi panas, bila panas diluar, dalam jadi sejuk... Tapi kehebatan mereka buat rumah ni takde kejayaan.. sebab kejayaan dalam agama, taat perintah Allah, ikut cara nabi saw..




bosan naik kapcai..

 kuda merah baru lepas mandi..

Ingat dulu masa beli kuda(motor) baru.. Hari-hari lepas semayang subuh aku gi 'start' enjin motor aku..Ape pekdah pun aku tak tau.. bukan aku nak gi jalan mana2 pun.. kadang-kadang bila geram sangat, aku gosok-gosok seat kuda aku, pastu aku tilik depan belakang, pulas 'trottle' sikit,..pastu  aku letak kaki kat pedal...bila kaki kat pedal, mula la aku nak  tunggang.. Nafsu-nafsu...haissh..

Dah tu, aku bawak pi jalan2... kalau kat umah, pusing kampung...kalau kat u..pusing utm.. hirup  udara segar kononnya..Bila dah puas ngan kuda tu, aku mula la modified skit..kononnya nak tambah power...tp sebenarnya tak le power mana..cicir jugak kalau main dengan  kereta...


Bila nak cuti je, aku jadi excited nak balik naik moto.. Balik kampung sorang-sorang naik motor pun aku tak kisah,,Asalkan motor ku ada di rumah bersama...(sweetnya  ^.^.) Tp tu crite masa mula-mula beli  dulu..Mula2 tu memang le manis rasanya..Bila dah lama,jemu dan bosan pulak..

Bila banyak kali  balik lalu highway yang mengambil masa 5 jam, rasa macam sengal pulak naik moto..dah la tak laju..takde bumbung..sakit belakang pulak tu,,dan macam-macam alasan seperti takde aircond, radio dan lain -lain..Kadang-kadang penumpang kete pandang-pandang , aku wat 'peace' smbil senyum...ada masa, kereta nak ajak racing ngan aku..hehe..perasan je kot..
Banyak songeh pulak aku ni rasanya..Patut kena pikir ikut kemampuan, sebagai student ,tu yg  termampu guna la dulu..

Dan bila aku pikir balik, aku patutnya bersyukur, nabi pakai unta je,, tak banyak komplen pun..Aku pakai motor ni kira laju la tu... Siapa yang bersyukur, Allah akan tambah... =)

p/s:ermmm....kalau sekarang kapcai, kalau aku bersyukur, pasni superbike la.. tak pun nissan 350z  ...hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...