twitter rss

subuh rempit

hi. salam 1 umat. tak kira dimana anda berada.

ape khabar iman? ape khabar amal? meningkat ke menurun? kalu bertambah alhamdulillah, kalau berkurang cepat2 la tingkatkan ye.


aku nak cerita pasal solat subuh berjemaah

sebab utama remaja tak pegi subuh di masjid adalah TIDUR. mengikut kajian, orang muda sangat susah nak tidur awal. lain dengan org tua2. warga tua pukul 9 dah penat dan ngantuk. diorang tak suka lepak malam2. bila tidur awal, pukul 5 tu dah cargas.dah puas. hilang habis kepenatan semalam.

kita ni pulak masaalah. lagi2 yg berkawan. pukul 10 nak tido, memang kena. kalau sek2 rempit lebih kurang gini la bunyinya.

"der, ape barang tido awal. mcm awek la. malam masih muda ni der.."

kalau budak2 dota cenggini.

"noob gile sial pukul 10 dah ngantuk. agak2 r doh. malam ni tanak try map baru ke??"

camtu la lebih kurang. tahukah kita, rasulullah sangat marah pada org yg terlajak tidur sampai terlepas subuh. ini salah satu dalil.

Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud: “Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.” (Muttafa Alaih)

tahukah kita, nikmat solat subuh berjemaah di masjid adalah kenikmatan yg sangggat dasyat. ketenangan. kesegaran yg fresh.oke. meh aku bagi solution pada masalah ini.

1. kita tukar ayat dia. sebenarnya org yg bangun lambat la yg sebenarnyanoob/baby/nerd/cam awek. amacam? lepas tu sape yg boleh bangun seblom subuh, siap mandi dulu, tahajud pulak 2 rakaat. pastu pegi masjid solat jemaah haaaa ini baru namanya lelaki sejati. baru betul..

2. set alarm untuk tido. set pukul 10 . bunyi je, terus tinggal kerja2 yg sdang dibuat, member2 yg bersembang mahupun hero kesayangan. masuk bilik. kosongkan pikiran dan tidur.

3. kalau ada masalah susah nak tidur awal, senang je. mula2 bangun awal pagi. pastu pastikan anda tidak sekali2 tidur lagi sampai lepas isyak. haaaaaa kompom mengantuk tahap gaban.

okey. itu dulu. sebelum beredar, renung2la sabdaan Rasulullah saw ini,

“Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat separuh malam. Dan barang siapa solat Subuh berjemaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam sepanjang malam.” (HR Muslim).
bukan motor aku...

p/s: biar muka tak hensem, tp tak pekak dengar azan subuh.
`aku kutip  dari nobita yg  seorang kawan...

kisah awak dan saya..

Awak, awak ingat tak dulu awak selalu dipanggil bodoh, saya lah yang buat awak pandai..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu sedih kene ejek bodoh, tp sayalah yang buat awak gembira.
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu dipulaukan rakan, tp syalah buat awak bahagia..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu merungut susah ,tapi saya yang bagi awak harta..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu gagal,tapi saya yang jadikan awak berjaya..
 Awak, awak ingat tak dulu awak selalu kelaparan sebab miskin, tapi saya yang bagi awak makanan..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu disuruh macam kuli, tapi saya bagi awak kedudukan..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu sunyi tak berawek,tapi saya bagi awak cinta dari seorang isteri..
Awak, sayalah yang selalu beri perhatian pada awak, cinta awak dan sayang awak..



bukan aku yg jatuh cinta,...







 Tapi bila saya bagi semua itu, awak makin lupa pada saya.,awak makin jauh dari saya, saya suruh awak tak buat pun,,.Walaupun begitu, saya tak berharap sikit pun pada awak, awak yang mengharap pada saya.. Lupakah awak, siapa saya..Saya lah tuhan awak..Allah swt..sombongnya awak.. Awak tak ingat ke saya pesan,
"katakanlah (Muhammad) jika kamu mencintai aku(Allah) ,ikutilah aku, Niscaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu" -ali-imran ayat 31-



p/s: kejayaan hanya dgn taat perintah Allah, ikut cara nabi saw..


maafla..entri macam salah dan jiwang2 berlendir sikit ..

lelaki kalah dengan perempuan..

     
mungkin yang ini..

Satu kisah diceritakan padaku oleh seorang pakcik yg agak  muda berbanding usianya.
Diberitahu bahawa dia mempunyai seorang jiran india yang agak gangster lagi kaki pukul disamping
kerisauan penduduk kmpung akan kegiatan jenayah tak bermoral si gangster. Mukanya sudah menggerunkan mata yang melihat.Mungkin terdapat parut di wajahnya  kesan pergaduhan,luka torehan pisau cukur atau parut jerawat yang dipicit dengan  sadis dan geramnya. Disebabkan keotaian  gangster ni, maka pergaulan pakcik ni tidaklah semesra dengan pergaulan jiran tetangga yang lain yang  mungkin boleh suap -menyuap ataupun picit memicit sambil main ketuk2 kepala dan sebagainya.
      Agak lama rasanya memendam rasa malu  takut pada gangster ni walaupun pakcik tu sendiri bekas gangster. Jadi, tibalah masa, si pakcik keluar apabila sampai nisab khuruj 40 hari beliau. Sepanjang40 hari yang penuh susah payah dan ujian atas maksud belajar buat kerja agama maka, hilanglah ingatan beliau terhadap jirannya yang gangster itu.
     Setelah selesai keluar khuruj, pulanglah si pakcik ini dengan rasa senang hati dan sedikit peningkatan  dalam fikir risau atas ummat ini. Disamping pulang dengan disambut si isteri  umpama pengantin baru dan anak-anak yang merindukan tunggangan motor bersama si ayah . Maka, kerja harian dilakukan seperti kebiasan, ke pasar, menebas dan lain-lain.
     Hari-hari telah berlalu pergi, maka teringatlah pakcik ini akan jirannya yang ganster itu akibat lama tidak kelihatan dan rasa yang agak aman dari kegiatan dan ancaman gangster . Timbullah rasa rindu dan risau si pakcik  pada manusia gangster itu . Bertanyalah pakcik ini pada jirannya yang mesra tetangga  mengenai kemana pergi menghilang gansgter itu. Dijawab jirannya, bahawa si gangster telah mati. Dibenak fikirannya hanya terlintas bahawa gangter itu mati akibat pergaduhan ataupun otak bersepai ditembak . Namun demi kepastian, bertanya lagi si pakcik akan sebab kematiannya. Maka dijawab jiran itu adalah disebab bunuh diri kerana putus cinta.. Ketawa la pakcik itu  akan kejambuan hati si gangster tersebut.. Biarpun ganster, tp dalam hati ada taman bunga..

p/s: kisah ini kisah benar, cuma ayat diolah..



        

kenapa cantik bertudung?


     Entri saja-saja, pepagi sebelum gi toilet...baik la baca  dulu.,  

1.Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??sebab..DIA AKAN TUTUP  AURAT

2. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA AKAN JAGA MARUAH PADA DIRI DIA

3. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA CANTIK

4. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA TAK AKAN TUNJUKAN KECANTIKAN PADA ORANG LAIN

5. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA ANAK SOLEHAH

6. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA PATUH PERINTAH ORANG TUA DAN SAUDARI-SAUDARANYA

7. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA MENGHORMATI ORANG LAIN

8. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI JILBAB ORANG AKAN LIHAT DIA CANTIK.DAN ADA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA INGIN JAUH DARI FITNAH

10. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA TAK AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA AKAN DAPAT PAHALA

12. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... SUPAYA DIA DAPAT MENJADI CONTOH PADA PEREMPUAN LAIN

14. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN SAJA YANG SUKA DIA

15. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA DENGAR SERUAN RASULULLAH

16. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... RAMBUT PEREMPUAN ADALAH MAHKOTABAGINYA.., JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA DITUNJUKKANNYA DIA AKAN TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA TAK AKAN RAMBUTNYA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [QS An-Nur (24):31].

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

p/s: Duhai calon penghuni syurga... untukmu yang paling bahagia karena agama dan akhlakmu.. meski tanpa permata, berlian dan emas yang menghiasi melainkan berkat akhlak karimahmu yang selalu engkau jaga menjadikanmu sebagai wanita yang anggun..

Duhai calon yang akan dicemburui oleh para bidadari syurga... bersegeralah untuk memakai jilbab or tudung kepala dengan sempurna karena akan terlihat lebih cantik apabila kamu memakainya. Kalau engkau memakai jilbab or tudung, sesungguhnya Allah teramat suka dan cinta terhadap hamba-Nya yang mahu mengikuti perintah-Nya..

Duhai calon perhiasan dunia-akhirat.. ku ucapkan selamat bagimu yang telah memakai jilbab dan ku do'akan semoga jilbab yang kita kenakan ini dapat melindungimu. Bagi yang belum semoga secepatnya akan mengenakannya karena SUNGGUH ENGKAU SANGAT CANTIK DENGAN BERBALUT JILBAB


 bukan aku punya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...