twitter rss

dikejar anjing

Aku masih teringat peristiwa pertama kali aku dikejar anjing. Ketika itu aku berusia 10 tahun.
Sewaktu tamat sesi pagi persekolahan sekolah agama rendah, aku bercadang ke rumah rakanku Zahid untuk bermain video game. Lagipun ibunya bekerja, jadi eloklah juga kalau aku menemaninya tanpa segan silu bermain game dirumahnya.
Aku menunggang basikal bersaingan  dengan basikal zahid. Penat la juga mengayuh  kerumahnya yang terletak bersebelahan dengan Lapangan  Terbang Subang.  Namun impian untuk bermain video game menghilangkan rasa penat tersebut. Maklumlah, budak-budak. Aku bukannya takde video game, tapi video game aku rosak dan ayahku tidak mahu membaikinya. Jadi , aku melepaskan rindu pada video game di rumah zahid.
Dalam perjalanan, Zahid bagi tau, rumahnya banyak anjing liar .Aku mengangguk tanda faham . Basikal ku di  letak jauh dari rumah Zahid, kerana terdapat  parit yang lebar namun titi yang halus. Dirumah Zahid aku bermain game sepuasnya sebelum waktu pergi sekolah. Sedang aku bermain, Zahid bersiap ke sekolah.
Aku berhenti bermain, setelah Zahid sudah siap berpakain sekolah.
"Zahid, mana kunci grill ko? aku nak bukak grill ni"
"Kat situ, erm..ada anjing tak kat luar?"
"Takde pun..Selamat, selamat..."
walaupun aku mengambil kunci grill rumahnya, tp bukan aku yang menguncinya semula..Tiba-tiba,."Alip, anjing lip.." aku menoleh kearah yang ditunjuk.. Memang benar ada anjing  duduk didepan rumah Zahid.. Aku dengan lintang pukang lari mengikut Zahid yang terlebih dahulu memecut.. memang cuak la rasanya..lebih kurang 100meter kami berlari dan menaiki tangga sebuah rumah besar..Aku menarik beg Zahid kerana tak larat nak naik..Zahid tertinggal sedikit.. Namun kami masih berlari di koridor rumah itu dan Zahid menoleh ke arah anjing sambil menyebut "kit man"..akibatnya anjing telah berhenti mengejar..fuhh..selamat..
Lepas aku lihat anjing dah berhenti mengeejar, kami berjalan untuk menuruni tangga. Sambil berbual-bual pasal perkataan yang Zahid sebut.. hampir kaki aku nak menuruni tangga aku tergelincir jatuh berguling masuk ke dalam longkang yang dalamnya  separas dahiku .. Memang tepat aku berdiri dalam longkang tu tanpa melibatkan perlanggaran kepala aku dengan sisi longkang..Zahid bimbang, "aliph, ko ok ke tak ni".. aku yang pening-pening tak jawab..Beberapa saat kemudian baru aku jawab..."ok-ok".. alhamdulillah  takde cedera apa-apa..
Kemudiannya, kami berjalan ke sekolah, Zahid ke sekolah dan aku ke rumahku yang dekat dengan sekolah untuk tukar mandi dan tukar baju sekolah..Namun dalam fikiranku masih memikirkan mengenai bila masa pulak anjing datang, mula-mula aku bukak pintu rumah Zahid  tiada  kelihatan anjing.?? sebab tu aku kata selamat untuk keluar rumah..bila pikir balik, laju jugak ak lari ..hehe..anjing tak dapat gigit pun.. Bila dua kali pikir balik, seronok pulak kene kejar anjing ni..macam masuk lumba lari pecut pulak rasanya.. Dah lama tak berlari pecut..erm... korang macam mana? pernah kene kejar anjing?




p/s: ada sahabat nabi saw yang umur 10 tahun waktu  tu ,yang berlari lagi laju pada kuda yg ditunggang perompak yang dikejar..subhanallah..
  1. naya tu kalau kene gigit..=)

  1. biasanya, semua sempat lari.. budak kecik je yg kurang larat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...