twitter rss

tak masuk hati lagi.

Pagi tu Faiz  membawa anaknya bersiar-siar menaiki kereta . Dalam kereta, Aiman melazimkan surah-surah yang diajar uminya hari-hari, sambil adiknya yang mulut berisi botol susu  mencuit-cuit abangnya yang tengah mengaji. Abahnya cuma mendengar sambil sekali -sekala melihat telatah anaknya.

"abang, nanti abang dah besar skit, abah hantar gi tahfiz nak?"

"apiz tu pe? tak mo la abang. abang nak jadi kulish(polis)"

 "adik nak di  wang we mok( orang spray nyamuk)"

"apiz tu , orang hafal quran. sape hafal quran masuk syurga, dapat selamatkan ahli keluarga dia."

"selamat canne tu, cam supermeng ea?. kalo gitu, abang jadi supermeng la.. leh tebang. bleh bawa umi gi kedai, bawa abah gi mesjid"

"adik nak ben 10"

"lebih kurang macam supermeng le jugok, tapi ni selamatkan dari api neraka bang"

"okok, abang jadi apiz"

******
Kereta diperlahankan masuk ke stesen minyak dan diparking tepi pam minyak. Faiz berpesan kepada anaknya.

"abang ngan adik duk dalam kete tau, abah gi bayar jap. jangan keluar. kete abah tak kunci"

"ok, abang duk dalam kete ngan adik". jawab aiman kepada abahnya


Di dalam kedai, ketika  Faiz sedang beratur menunggu giliran untuk membayar, Aiman sambil memimpin adiknya masuk ke dalam kedai menuju ke Faiz. Aiman menarik baju Faiz.
"abah,  beli coklat"

"eh, nape abang kuar? kata nak duk dalam. kete sape jaga?". dengan nada risau Faiz bertanya pada Aiman.

"Allah la jage kete. sape lagi. kan  Abah sebut hari-hari kat umah "

Faiz terpaku diam, dalam hatinya berkata" adoi, aku kene la plak, betul jugak cakap anak aku. aku sebut hari-hari tapi tak masuk lagi yakin pada Allah. Kene tambah korban ni."


p/s:-budak -budak ni, hati bersih. Apa yang dia lihat, dia dengar, dia cakap mudah masuk dalam hati mereka. Bila anak diajar tentang kebesaran Allah, maka kebesaran Allah masuk dalam hati, jika selain dari Allah yang diajar. maka selain dari Allah la masuk hati..













hari bahagia



     Hari yang ditunggu telah tiba. Hari yang memisahkan gelaran 'bujang' dari diriku. Boleh dikatakan hari bahagia bagi semua orang yang merasainya. Apa yang bahagia?, mungkin makan  nasi minyak itu bahagia, mungkin tengkolok atas kepala itu bahagia atau  pertama kali tangan  dicium isteri itu bahagia , aku tak berapa pasti kat mana letak rasa bahagia hari itu.

   Aku seperti hari-hari biasa bangun pukul 5.30 pagi untuk semayang subuh. Pintu  'grill' tak berkunci . Abah dah bertolak dulu gamaknya. "aiseh, terlepas teh tarik hari ni, kalau tak abah belanja kalau naik sekali"getus hatiku. Grill  dibuka perlahan supaya  tak mengganggu mimpi  orang sekeliling. Motorsikalku di sorong perlahan keluar pagar . Kaki yang sejuk dipagi hari dikuatkan untuk 'menyetat' motor usang itu. Enjin dibiarkan berapa lama sebelum motor bergerak. Agak-agak secukup rasa bujangku, aku bergerak dengan trottle dipulas agak kuat menyebabkan tayar depan terangkat buat beberapa ketika. Semangat bujang terasa sebentar.  Permulaan hari yang seronok bagiku.

    Imam membaca surah As-Sajadah pagi itu, mungkin hendak melakukan sujud sejadah agaknya. Rakaat kedua disambung dengan surah Al-Insan. Selepas salam ,sedikit wirid dan doa. Kemudian aku berganjak ke sudut tiang masjid untk mendengar bacaan ta'alim. Mataku agak mengantuk waktu itu, tapi aku tahan jugak supaya dapat dilepaskan kat rumah nnti.

   *********

Selepas waktu Isyraq, aku pulang mencari bilikku  untuk tidur beberapa ketika dan bangun untuk membeli sarapan. Tiba-tiba aku ditanya umi.
"Bila nak bertolak ke rumah pengantin perempuan?"
"pukul 10 kot, sempat la nak siap-siap. bukan kenduri lagi hari ni. cuma akad nikah je kan?"
"Hari ni hari jumaat, kene cepat sikit. takut kadi nak cepat semayang jumaat. Rumah perempuan pun jauh jugak"
"Okey, nanti kita gerak awal sikit "

************
Suasana di depan rumah itu agak sibuk. Ramai kelihatan dihadapan rumah, dengan kereta bersusun . Ntah kenapa orang ramai, apa adahal dengan mereka  aku tak pasti. Aku terus memandu Volkswagen GT ku menuju ke rumah itu.
************
     Calon isteriku didepan mata, dikelilingi keluarga dan sanak saudara dia.Aku terasa mengigil melihat bakal isteriku. Mungkin sebab 'first time' bertentang mata. Dalam hatiku berkata "Ramai jugak geng minah ni. Aku pun ada geng aku sendiri, kira boleh tanding la ramainya". Bakal bapa mertua di sebelah kananku selaku tok kadi hari tu. Dengan janggutnya dan misai yang nipis, meredhakan rasa cuak dalam hatiku. Aku teringat waktu aku di belajar dulu, bersembang dengan seorang  kawan . Cerita pasal hari akad nikah, selepas akad nikah terus mintak balik dulu tak payah nak bergambar-gambar. Aku bercadang nak lakukan seperti apa yang aku sembangkan pada waktu itu. Majlis dimulakan...

"Aku nikahkan kau dengan bla bla bla binti bli bli (rahsia), dengan mas kahwin RM 300 ringgit tunai"
"Aku terima nikah bla bla bla binti bli bli dengan mas kahwin RM 300 ringgit tunai"
"Sah, sah, sah?" sambil wajah tok kadi memandang sekeliling.
"sah.." jawab orang yang dipandang tok kadi.Doa dibacakan..
"amiin"

aku bertanya pada bapa mertua ku selepas cium tangannya
"dah selesaikan ayah? kalau gitu, alip mintak diri  dulu la, cuti pun sehari je ni. nnti kita jumpa la lagi . Saya bawa bla bla bla balik dulu. " sambil punggung diangkat dan tanganku menarik tangan bini untuk diajak blah.. Tiba-tiba, bahuku di tepuk umi aku.

"eh,  sabar la dulu, majlis tak habis lagi.."
"ayah kata dah selesai , balik la apa lagi . ada kerja skit..hihi, sambil menguntum  sengeh yang lebar "

mata orang keliling majlis tertumpu pada aku dan bini aku. Aku pandang muka bini aku yang cute tertunduk malu. Sempat aku mengenyit mata padanya . Merah jugak muka bini aku melihat gelagat aku. Aku dengan muka selamba saja. Aku ingatkan boleh berkelakuan  begitu.. aiseyh.!, kene tunggu dulu.. Aku menutup maluku dengan berkata

"Nak pi semayang jumaat, bukan nak gi mana-mana.".

tiba-tiba satu suara memekik seolah-olah marah berbunyi.

"abanglong!!!!"
"apahal la plak dia ni.."
"bangun-bangun, hantar adik pergi sekolah"

baru ku sedar, aku cuma bermimpi di dalam tidur selepas isyraq tadi.. T.T..











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...