twitter rss

sembang bujang



suatu petang di kedai makan..
"makan ape? minum?"

" nasi goreng daging masak merah satu, nasi goreng ayam masam manis satu. Pastu teh 'O' ais dan sirap ais


sementara menunggu menu sampai..


A: "aku rasa ko kawin dulu la  Mat"

B: "aisshh, mana ade, ko dulu la.. ko dah ada calon, ak takde lagi"

A:"aku boleh tolong carikan untuk ko.."

B:"mana bleh..., nnti ko kebas, taste ko ngan ak kan lebih kurang"

A:"takdenya..takkan la cmtu.."

B:"ak nak lambat skit la.. nak pakai superbike..hehe"

A:"rempit apenya lagi..?"

B:"ustaz kata, moto bleh naik selalu, bini ada hari tak leh naik.."

A:"hahaha.. kentut la lu..nmpak pompuan pun dah kelam kabut."

"hehe.. pompuan ni bahaya bai, muka memang nampk tak cun dari jauh.. cuba duk sebelah ko, bleh 'cramp' ko nanti.. aisshh.!. wali pun karam, ni kan pulak kuali macam aku.."

"tu la ko kene kawin awal, 'cramp' ngan bini tak pe ..., bleh bergurau senda, cubit-cubit , kejar-kejar.."

"kalau aku lempang je yang aku reti ..lutut pun ok gak...hihi"

"kejam sehh kau , mesti ko tak sanggup pnya, lagi-lagi  kalau kene ngan 'taste' "

"aku gurau je la.. ko cite lebih-lebih, terbayang plak aku.. erm, kalau kene ngan taste memang terbaik la.. kene yang dengar cakap,kalau suruh dia  angguk je.. terbaik!"

"tu la untung Mat, gi shopping naik moto pun takpe, seronok je.. bila nak balik, bawak barang banyak bleh suruh dia pegangkan, bukan dia kisah pun , tak demand bnyak, tak banyak ragam.. dia pun faham"

"betul jugak tu.. cakap macam ni.. "honey, barang banyak ni. boleh pegangkan, abang nak bawak moto. honey ada lesen moto? tak de kan? kalau macam tu, biar abang bawak motor, letak barang dalam raga sikit, yang lebih honey pegang . boleh ? kalau dia kata ada lesen, cakap macam ni plak.."kalau ada lesen, honey bawak la moto tu, abang duk belakang, pastu barang pun honey bawak." "abis, abang bawak ape? " "abang tak biasa la naik moto pegang barang,biasa pegan handle je..erm.. abang pegang honey je la gitu..^.^"

"haha, tinggi imaginasi ko .. , mesti dia tarik muka punya, waktu tu rasa nak cubit pipi tu..kawin la Mat apalagi"

"aigoo.~! ada jodoh , ada la tu.. tak yah risau.. bahagia kan datang dari Allah, bukan nya siti,aisyah, bini , mak, moto  atau harta yang bagi bahagia. Kawin pun niat untuk ikut sunnah nabi saw"

"betul la tu Mat, lg satu, orang kata  tambah kepak sebelah lagi la Mat"

"ye la, nanti la aku pikir,tp  ko la kawin dulu.."

"dah...Mat, baca doa makan.."

pak imam dan pak bilal



Ramai yang suka jadi imam, dan kurang ramai yang suka jadi bilal. I don't know why.. Ramai yang bangga
mendapat menantu, suami, abang dan sebagainya imam, tp kurang pula yang berbangga  dapat suami , menantu  dan lain jadi bilal.
Dengan kata lain,

"aku inginkan suami yang menjadi imam kepada diriku dan anak-anakku" pelik pulak kalau bunyi camni

"aku inginkan suami yang menjadi bilal kepada diriku dan anak-anakku"

Bunyi panggilan  imam nampak macam popular sikit berbanding bilal ,ye dak? Bunyi imam macam banyak ilmu sikit dari bilal, banyak menghafal dan sebagainya tapi itu bukanlah kenyataan sebenarnya .buktinya wujudnya realiti televisyen imam muda dan tak ada pulak nak wujudkan bilal muda.

Rasa macam kalau jadi imam, mesti bacaan sedap(boleh makan?), merdu mendayu-dayu. Dalam sembahyang ada yang terlintas ,

"uishh..sedapnya dia mengaji, macam sheikh saad al-ghamidi la.."

kalau bilal pulak,

"ni mesti tiru azan mekah ni, ingat sama  la tu.. waklu lah sama..."

Ramai jugak tak puas hati kalau tak dapat jadi imam, dalam hati,

" ek ele mamat ni, ntah mana-mana datang main jadi imam , baca dah la tak sedap , bukan muka orang sini plak tu.. baru sekali datang surau nak kerek, tak tau adab ke dia ni?.. bg kaki kang baru tau hakikat bau kaki cagu"

tapi tak ramai cemburu kalau tak dapat jadi bilal, dalam hati,

" fuhhh.. lega, dah ada org azan, hihi..bleh la jadi imam lpas ni. ..yeay!"

bila dapat jadi imam, dalam hati akan rasa ,
"memang layak la aku jadi imam , bleh dapat jawatan tetap lepas ni"

tapi bila imam  jadi bilal ada yang berasa,

"lepas ni, kene lewat sikit, baru boleh jadi imam, datang awal kene azan plak nnti"

jarang sekali dilihat orang yang selalu jadi imam akan azan , tapi orang yang selalu jadi bilal jarang pulak nak jadi imam kalau imam takde. Tanda seseorang itu merasa dia layak jadi imam adalah dia yang selalu jadi imam tanpa diberi peluang pada orang lain.


bila sudah iqamat, imam tak  naik lagi, dalam hati , ramai yang  rasa layak jadi imam. Tak perlu dijemput pasti sudah ada yang naik jadi imam. berlainan pula  dengan bilal, perlu dijemput dicuit dan sebagainya supaya azan. Selalunya, orang yang benar-benar alim dan layak jadi imam dengan tawadu' tunduk agar tidak dipilih untuk jadi imam.Adakah dengan kurang menjadi imam dapat mendidik hati dari sifat-sifat buruk?

Di kolej ku ada seorang hafiz al-quran, tapi bila aku cuit dia supaya jadi imam, dia akan menolak tawaran itu. aku pun tak faham. Jauhlah sangat  jika dibandingkan dengan orang yang mengaji pun tak berapa betul tajwid untuk menjadi imam.


 Rasanya  tak pernah mendengar hadis yang menjanjikan apa-apa mengenai kelebihan menjadi imam solat ni. Tetapi mengenai tanggunjawab atas imam atau pemimpin ada la didengar. Antara kelebihan menjadi bilal pula


Daripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berdoa untuk yang berdiri di saf pertama. Para muazzin pula akan diampunkan sebanyak mana suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakansolat bersamanya”. (H.R Al-Nasai).
Kelebihan ini untuk mereka yang melakukan dengan ikhlas.  Menjadi bilal bergaji dan imam bergaji lain le pulak ceritanya,tapi siapa yang tahu hati  manusia dan aku dua-dua bukan, aku cuma pengkritik je. . Allah yang mengetahui niat baik buruk seseorang. wallahua'lam.


kesan fikir

 

  alhamdulillah,  Allah pilih aku kuar empatpuluh hari pada cuti lepas. Sebenarnya aku takda niat pun nak kuar empatpuluh  hari waktu tu sebab aku ada praktikal sepuluh minggu,  ditambah jika keluar akan beraya di jalan Allah. Jadi, keputusannya ramailah karkun batch aku yang tak kuar cuti waktu tu. Aku ingat ramai yang kuar sebab masa praktikal, aku dengar ada mintak abis praktikal awal dan sebagainya. Aku memang tak kisah mula-mula pasal mintak awal ngan tak mintak abis awal praktikal, sebab mmang niat tak nak kuar dan aku bukan josh!. Waktu jurd akhir sem pun aku tulis praktikal. Waktu orang tanya, aku cakap praktikal . Kalau orang tanya lebih sikit ,kuar ke tak, aku kata tak kuar. Nasib baik karkun yang tnya, tak lah dia tnya bnyak. Bak  kata Bai Wahab,' kio nahi hei' yang maksudnya tiada kenapa-kenapa.
       Cuma, aku buat je la lima amal kat surau kolej aku(kolej perdana)walaupun kadang-kadang 'miss'. Jadi aku merasakan asbab buat lima amal, Allah beri hadiah empatpuluh hari disamping doa jemaah empat bulan jalan kaki yang datang ke UTM untuk jurd kolej 10 . Memang patah hati bai kalau kene tasykil ngan orang lama yang josh ni, jemaah Osman Simpul tu yang taskil aku. Allah punya kerja waktu jurd tu aku duduk belakang skali supaya tak kene target untuk ditasykil. Memang waktu tasykil tu aku tak bagi nama pun nak kuar. Yang bagi nama budak-budak yang cuti empat bulan, budak yang takde praktikal dan beberapa budak master yang jugak cuti empat bulan. Dalam hati aku kata" selamat tak kene terget" . Jadi aku duduk la smpai habis doa lepas bayan, tiba-tiba ada ahli jemaah jalan kaki pusing, terus sembang dengan aku.  Dalam hati, memang jammed la aku.
       Lepas ditasykil yang merobekkan hati, yang membuatkan aku tak lena tidur dan tak lalu makan ditambah resah dalam hati aku ditanya oleh karkun kolej aku.

"alif, this actually jurd for college 10 only".

"it is for college 10 only? my friend informed me to come. I thought for all  UTM student, that's why I came"

baru aku tau, tu jurd untuk kolej 10 je. Cmne aku boleh datang ni? Allah punya kerja  la bai.. Abis praktikal, aku duk rumah satu hari dah terus pegi ke Sri Petaling. Ayah aku hantar tu, walaupun tak karkun  lagi kira ok la dok? Jadi kat sri petaling , masa pembentukan jemaah, cuma ada tiga jemaah je. Maklumlah dah lepas 15 Syaaban, tak ramai yang nak kuar . Hajat  aku nak kuar ngan budak madrasah, tapi bukan rezeki aku. Keluar dengan yang baki-baki Syaaban je. Dalam jemaah aku ada empat orang uzur. Dua dari mereka lumpuh dan yang lain dah tua.
       Nak dipendekkan cerita, aku dapat keluar kat Langkwi. Jadi Langkawi ni banyak foreign tak kira la kulit gelap ke tak kulit gelap. Kat sana dapat tiga route, route yang terakhir dekat dengan pntai. Jalan depan surau tu jalan pelancong ulang alik ke chalet. Kat situ ada satu orang tempatan tapi bukan karkun lagi,dia cite la yang dulu ada jemaah Arab datang, jadi dia jadi rahaba untuk ghast(ziarah). Masa ziarah dia terpikir tentang perempuan jadi kesan fikir tersebut tak lama lepas tu lima orang foreign pompuan datang kat dia. Maklumlah dia pun bekas gangster, kat langkawi tu biasa je . Alhamdulillah  dia selamat dari dosa zina. Jadi lepas pada tu, dia tak  wat ghast lagi sebab takut pikir yang bukan-bukan. Sebab tu la orang-orang tua tertibkan untuk buat adab ghast sebelum ghast, sebab kesan ghast ni besar dan seluruh alam.Tu je ceritanya, yang atas tu cuma introduction je lebih. Lagi satu, doakan aku untuk gi ipb plak , walaupun banyak masalah lagi tak selesai, tp Allah punya kerja, apa-apa pun boleh jadi. Oghang ganu kate Allah kuase  makhluk dok kuase. Moga asbab gi ipb, Allah kekalkan aku dalam usaha sampai kiamat, dan matikan aku dalam usaha dan jadi asbab hidayat seluruh alam.

tak masuk hati lagi.

Pagi tu Faiz  membawa anaknya bersiar-siar menaiki kereta . Dalam kereta, Aiman melazimkan surah-surah yang diajar uminya hari-hari, sambil adiknya yang mulut berisi botol susu  mencuit-cuit abangnya yang tengah mengaji. Abahnya cuma mendengar sambil sekali -sekala melihat telatah anaknya.

"abang, nanti abang dah besar skit, abah hantar gi tahfiz nak?"

"apiz tu pe? tak mo la abang. abang nak jadi kulish(polis)"

 "adik nak di  wang we mok( orang spray nyamuk)"

"apiz tu , orang hafal quran. sape hafal quran masuk syurga, dapat selamatkan ahli keluarga dia."

"selamat canne tu, cam supermeng ea?. kalo gitu, abang jadi supermeng la.. leh tebang. bleh bawa umi gi kedai, bawa abah gi mesjid"

"adik nak ben 10"

"lebih kurang macam supermeng le jugok, tapi ni selamatkan dari api neraka bang"

"okok, abang jadi apiz"

******
Kereta diperlahankan masuk ke stesen minyak dan diparking tepi pam minyak. Faiz berpesan kepada anaknya.

"abang ngan adik duk dalam kete tau, abah gi bayar jap. jangan keluar. kete abah tak kunci"

"ok, abang duk dalam kete ngan adik". jawab aiman kepada abahnya


Di dalam kedai, ketika  Faiz sedang beratur menunggu giliran untuk membayar, Aiman sambil memimpin adiknya masuk ke dalam kedai menuju ke Faiz. Aiman menarik baju Faiz.
"abah,  beli coklat"

"eh, nape abang kuar? kata nak duk dalam. kete sape jaga?". dengan nada risau Faiz bertanya pada Aiman.

"Allah la jage kete. sape lagi. kan  Abah sebut hari-hari kat umah "

Faiz terpaku diam, dalam hatinya berkata" adoi, aku kene la plak, betul jugak cakap anak aku. aku sebut hari-hari tapi tak masuk lagi yakin pada Allah. Kene tambah korban ni."


p/s:-budak -budak ni, hati bersih. Apa yang dia lihat, dia dengar, dia cakap mudah masuk dalam hati mereka. Bila anak diajar tentang kebesaran Allah, maka kebesaran Allah masuk dalam hati, jika selain dari Allah yang diajar. maka selain dari Allah la masuk hati..













hari bahagia



     Hari yang ditunggu telah tiba. Hari yang memisahkan gelaran 'bujang' dari diriku. Boleh dikatakan hari bahagia bagi semua orang yang merasainya. Apa yang bahagia?, mungkin makan  nasi minyak itu bahagia, mungkin tengkolok atas kepala itu bahagia atau  pertama kali tangan  dicium isteri itu bahagia , aku tak berapa pasti kat mana letak rasa bahagia hari itu.

   Aku seperti hari-hari biasa bangun pukul 5.30 pagi untuk semayang subuh. Pintu  'grill' tak berkunci . Abah dah bertolak dulu gamaknya. "aiseh, terlepas teh tarik hari ni, kalau tak abah belanja kalau naik sekali"getus hatiku. Grill  dibuka perlahan supaya  tak mengganggu mimpi  orang sekeliling. Motorsikalku di sorong perlahan keluar pagar . Kaki yang sejuk dipagi hari dikuatkan untuk 'menyetat' motor usang itu. Enjin dibiarkan berapa lama sebelum motor bergerak. Agak-agak secukup rasa bujangku, aku bergerak dengan trottle dipulas agak kuat menyebabkan tayar depan terangkat buat beberapa ketika. Semangat bujang terasa sebentar.  Permulaan hari yang seronok bagiku.

    Imam membaca surah As-Sajadah pagi itu, mungkin hendak melakukan sujud sejadah agaknya. Rakaat kedua disambung dengan surah Al-Insan. Selepas salam ,sedikit wirid dan doa. Kemudian aku berganjak ke sudut tiang masjid untk mendengar bacaan ta'alim. Mataku agak mengantuk waktu itu, tapi aku tahan jugak supaya dapat dilepaskan kat rumah nnti.

   *********

Selepas waktu Isyraq, aku pulang mencari bilikku  untuk tidur beberapa ketika dan bangun untuk membeli sarapan. Tiba-tiba aku ditanya umi.
"Bila nak bertolak ke rumah pengantin perempuan?"
"pukul 10 kot, sempat la nak siap-siap. bukan kenduri lagi hari ni. cuma akad nikah je kan?"
"Hari ni hari jumaat, kene cepat sikit. takut kadi nak cepat semayang jumaat. Rumah perempuan pun jauh jugak"
"Okey, nanti kita gerak awal sikit "

************
Suasana di depan rumah itu agak sibuk. Ramai kelihatan dihadapan rumah, dengan kereta bersusun . Ntah kenapa orang ramai, apa adahal dengan mereka  aku tak pasti. Aku terus memandu Volkswagen GT ku menuju ke rumah itu.
************
     Calon isteriku didepan mata, dikelilingi keluarga dan sanak saudara dia.Aku terasa mengigil melihat bakal isteriku. Mungkin sebab 'first time' bertentang mata. Dalam hatiku berkata "Ramai jugak geng minah ni. Aku pun ada geng aku sendiri, kira boleh tanding la ramainya". Bakal bapa mertua di sebelah kananku selaku tok kadi hari tu. Dengan janggutnya dan misai yang nipis, meredhakan rasa cuak dalam hatiku. Aku teringat waktu aku di belajar dulu, bersembang dengan seorang  kawan . Cerita pasal hari akad nikah, selepas akad nikah terus mintak balik dulu tak payah nak bergambar-gambar. Aku bercadang nak lakukan seperti apa yang aku sembangkan pada waktu itu. Majlis dimulakan...

"Aku nikahkan kau dengan bla bla bla binti bli bli (rahsia), dengan mas kahwin RM 300 ringgit tunai"
"Aku terima nikah bla bla bla binti bli bli dengan mas kahwin RM 300 ringgit tunai"
"Sah, sah, sah?" sambil wajah tok kadi memandang sekeliling.
"sah.." jawab orang yang dipandang tok kadi.Doa dibacakan..
"amiin"

aku bertanya pada bapa mertua ku selepas cium tangannya
"dah selesaikan ayah? kalau gitu, alip mintak diri  dulu la, cuti pun sehari je ni. nnti kita jumpa la lagi . Saya bawa bla bla bla balik dulu. " sambil punggung diangkat dan tanganku menarik tangan bini untuk diajak blah.. Tiba-tiba, bahuku di tepuk umi aku.

"eh,  sabar la dulu, majlis tak habis lagi.."
"ayah kata dah selesai , balik la apa lagi . ada kerja skit..hihi, sambil menguntum  sengeh yang lebar "

mata orang keliling majlis tertumpu pada aku dan bini aku. Aku pandang muka bini aku yang cute tertunduk malu. Sempat aku mengenyit mata padanya . Merah jugak muka bini aku melihat gelagat aku. Aku dengan muka selamba saja. Aku ingatkan boleh berkelakuan  begitu.. aiseyh.!, kene tunggu dulu.. Aku menutup maluku dengan berkata

"Nak pi semayang jumaat, bukan nak gi mana-mana.".

tiba-tiba satu suara memekik seolah-olah marah berbunyi.

"abanglong!!!!"
"apahal la plak dia ni.."
"bangun-bangun, hantar adik pergi sekolah"

baru ku sedar, aku cuma bermimpi di dalam tidur selepas isyraq tadi.. T.T..











Jom belajar Doa Istikharah.







Terjemah doa istikharah: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan [yang tepat] kepada Engkau dengan ilmu [yang ada pada]-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu [untuk menyelesaikan urusanku] dengan kudrat-Mu.

Dan aku memohon kepada-Mu sebagian karunia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Mahakuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Mahatahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.

Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih baik pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini.

Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih buruk pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku ridha menerimanya.


perkara yang merosakkan hati


Hati ni satu benda yang penting pada jasad . Ada pendapat yang kata, akal terletak di kepala, dan banyak kepala pada badan kita seperti kepala lutut dan ada yang kata, akal terletak dihati.  Korang pandai-pandai la tentukan sendiri.

Kalau hati tu baik, maka baiklah seluruhnya. Kalau tak baik, tak baiklah seluruhnya. Jadi kene jaga hati.Sebab hati ni banyak penyakit. penyakit yang tak seronok dialami adalah  sakit hati, makan hati, patah hati terguris dan sebagainya Tapi, aku suka pada satu penyakit hati  ni iaitu jatuh hati. Penyakit ni boleh jadikan rasa  macam  terbang pun ada. Sengeh sorang-sorang pun kadang-kadang berlaku..hehe.. seronok-seronok.. Mungkin korang pernah alami sakit camni.. korang hurailah sendiri..

Aku bukan nak cerita pasal jatuh hati, tapi cerita pasal perkara yang boleh merosakkan hati.

1. berbahas dengan orang yang jahil

Orang yang jahil ni takkan faham apa  yang korang maksudkan. Maka mereka akan pertahankan apa yang mereka telah pertahankan walaupun itu bukan kebenarannya.

2.Melakukan dosa

Bila buat dosa, satu titik hitam akan tumbuh kat hati . Jadi , hati jadi gelap. Bila gelap, susah cahaya nak tembus. Biar kulit gelap, hati jgan gelap..

3. Banyak bergaul dengan yang bukan mahram.

Ni memang merosakkan hati. Kalau aku lelaki, maka yang  bukan mahram aku adalah perempuan.
 Dengan senyum pun bleh cair. Apatah lagi kalau bukan senyum..

4.Sering duduk dengan orang yang mati.

Maksudnya, orang kaya yang sombong kerana hartanya.



Nabi bagi tau, lebih kurang mafhumnya, satu daging dalam badan yang mana baiknya ia, baiklah segalanya, buruknya ia, buruk lah segalanya. Ia adalah hati..

Ciri-ciri lelaki



Assalamualaikum, salam satu ummat.. Musim cuti ni ramai yang kawin. Lagi-lagi  bebudak yang baru lpas graduate. Ni ade beberapa ciri idaman  yang aku copy dari web Islamik yang mana ciri-ciri  ini ditulis oleh orang pompuan. Memang ciri-ciri yang boleh menyebabkan cirit bagi laki-laki.  Nasib baik aku lambat lagi..haha..
Kepada yang mengimpikan ciri-ciri  ni, aku cadangkan korang kurangkan la sikit ciri-ciri tu. Kesian  kat budak laki. Banyak sangat tu kak. Asbab pada permintaan yang tinggi, hasilnya matlamat tak sampai. Sape yang rugi nanti? Orang laki rilek je, cuma nak empat je ciri. Boleh rujuk sendiri..




Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas dan bersih.
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.









kejapnya..





Dah  tiga tahun rupanya duk blajar kat johor. Pikir -pikir balik rasa sekejap je.. Macam semalam rasanya baru beli nasi lemak dengan umi untuk dibawa bekal ke tadika sambil menunggu van datang menjemput. Dengan menaiki van ntah berapa kuasa kuda yang memuaskan budak seumur lingkungan  aku  sambil tingkap dibuka  luas-luas  sebagai laluan angin waktu pagi yang kurang bercampur dengan asap kereta zaman itu. Budak -budak sibuk masing- masing dengan cerita mereka .Ntah ape punya cerita. Ntah power rangers zaman bila. Dengan jam boy londonnya, jam ribenanya dan bekal sarapan masing-masing.   aku yang selalu diusik oleh drebar van yang memasangkan aku ntah dgn sape budak  itu... Sambil aku tersengeh tak berapa paham cakap pakcik itu. Dalam pikiran aku , waktu rehat nanti aku dapat menikmati nasi lemak tadi dan pulang dapat main beskal. Malam -malam tengok wrestling dan tidur dalam kelambu. tu je yang aku pikir dulu-dulu. Baca buku?? jauh  sama sekali nak pikir .. kalau disuruh baca, menangis dulu la bai, sungguh-sungguh punya nangis..

 Sekejap je dunia ni.. Korang rasa lama ke?  Andai dunia ni, keseluruhannya diisi dengan pasir..
semuanya pasir , takde benda lain dan penuh dengan pasir, Kemudian Allah ciptakan satu ekor burung yang mana umurnya aku pun tak tahu sampai bila, tapi burung ni ada kerja. Kerjanya untuk kutip pasir yang ada kat bumi ni dan pindahkan ke satu tempat yang lain. Yang mana burung ni akan kutip sebiji pasir je sekali kutip.Kemudian seribu tahun lagi dia akan datang kutip sebiji lagi sampai pasir kat dunia ni abis, maka pasir yang ada kat dunia ni akan abis.. iye dok? Lama jugok rasanya pasir kat dunia ni abis kalo gitu gamoknya.. tapi  idok le abis kehidupan akhirat gitu rupa.. kehidupan akhirat itu selama-lamanya.. berjaya kat akhirat berjaya selama-lamanya. Tapi guane pulok kalo oghang yang dok berjaye? gagal selamanya, duka cita selamanya..masuk neraka tanpa hisab.. Sampai bila? sampai bila-bila.. doakan aku supaya jadi orang yang berjaya selama-lamanya. Kesian kat aku, dah le amal sikit. Amal yang ada pun belum tentu diterima. Ape cerita nanti kat sana..
 mati mahu ucap lailahaillallah..

Dulu tak de la nak susah-susah pikir pasal tugasan, pasal kerja, pasal rumah dan ntah ape-ape lagi.. Hari ni dah mula kene pikir pasal benda tersebut. Tu yang seronok jadi bebudok ni. Saidina abu bakar r.a satu ketika tengah duduk  dan melihat pada rumput dan berkata. " beruntunglah kau rumput, kau mati tak kene hisab.." Ni bukan tanda tak bersyukur syeikh, ni la risau namanya. Abu-bakar r.a ni seafdal-afdal manusia selepas nabi.  Di akhirat nanti, waktu hari penghisaban tiba., maka kemurkaan Allah meningkat setingginya sehingga seluruh  makhluk dalam keadaan takut. Lalu Allah tanya Nabi saw, siapa yang dihisab dahulu ? Nabi saw jawab Abu Bakar..Lalu kemarahan Allah swt mula reda mendengarkan nama Abu Bakar r.a..
Bukan nama alifzikri syeikh,. Abu Bakar r.a .. Orang yang macam ni pun punya risau keadaan mati dia, apatah lagi manusia macam kita yang jauh sangat dengan mereka dalam apa jua segi... Pikir le sediri, mau nangis hari-hari ni pikir pasal benda ni. Jangan kesah kalo orang kata tak macho kalo  nangis ni.. Apa ada hal diorang dengan mati dan kehidupan akhirat kita?? jom le pikir sesama-sesama.. seketika fikir tentang kehidupan akhirat, lebih baik dari 60, 70 tahun ibadat sunat. InsyaAllah azam mahu mati dapat ucap laillahaillah ..





Ape cite ye?

Assalamualaikum semua..

Selamat hari raya dan maaf zahir batin..
 Lama tak update blog rasanya.. Entah-entah tuan empunya blog dah pergi..
mati itu pasti, hidup insyaAllah..
sebenarnya tgh kluar 40 hari, beraya di Langkawi.. 2 hb baru wapsi..

Sempena raya ni, biasanya orang kita suka maaf dan memaafkan..
Aku pun gitu jugak..
Satu hadith bagi tau lebih kurang mafhumnya, satu orang yang menahan marahnya sedangkan dia mampu utntuk membalasnya, maka Allah swt akan bangkitkan dia dihadapan seluruh makhluk diakhirat nnti dengan Allah bertanya padanya, pilihlah mana-mana bidadari yang kamu suka..

erm..kat dunia ni, kalau dapat kuli  ketua bidadari pun jadi lah..hehe..


pantun untuk mak ayah.. kalau korang nak pun boleh, cuma tukar  perkataan ananda kepada hamba.


Salahkah jika ibu dodoikan,
Tidurkan anak atas pangkuan,
Salah dan silap ananda lakukan,
Ampun maaf ananda pohonkan.

p/s: betul ke eja ananda tu?..lupa la.. biasa guna kanda , dinda dan anakonda je..hehe..




Berhenti sekejap  makan ketupat,
Hasrat sebenar pergi ke pekan,
Hendak bersua tidak sempat,
Beberapa pantun hamba sembahkan.




Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang .


ceh...


Bangun pagi gosok  gigi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.




Khidmat taam masak beriyani,
Beriyani dimakan bersama  kari,
Cukup rasanya setakat ini,
Izinkan hamba mengundur diri..




salam semua.. selamat bercuti dan selamat berkuliah kembali..







betul ke ni??

Salam.. kembali menulis entri yang dah lama tak ditulis. Terima kasih kerana sudi membaca dan
memberi komen yang menaikkan semangat untuk menulis kembali.Entri kali ni adalah untuk
menyatakan hipotesis bahawa perilaku manusia ketika kecil adalah berbeza diwaktu besar.
Pernah tak anda perasan mengenai orang disekeliling anda ataupun diri anda sendiri bahawa perilaku
dan sifat waktu kecil berbeza sewaktu dewasa.? Sebagai contoh, aku pada waktu kecil adalah seorang yang periang dan banyak cakap, tetapi bila membesar , aku semakin kurang bercakap dan menjadi pemalu..hehe..contoh je...sewaktu kecil suka merayau, tetapi sewaktu besar terperap dirumah dan sebaliknya.. banyak lagi contoh-contoh lain yang korang boleh perhatikan orang disekeliling korang....
Bagi aku, ini adalah normal kerana dunia ini yang bersifat sementara dan sifat manusia itu juga dunia dan bersifat sementara..Sampai masanya, manusia akan jemu dengan perkara yang dilakukannya jika tiada pembaikan..

 bukan tulisan aku

Aku pernah terbaca tulisan dalam buku kisah Sultan Muhammad Al-Fateh yang mana mengisah waktu kecil beliau adalah seorang yang nakal, suka bermain dan tidak menumpukan pada pelajaran. Hal itu menyebabkan ayahnya berasa risau dengan tingkah laku anaknya yang mana dikemudian hari akan mewarisi takhta kerajaan milik ayahnya. Namun, bila meningkat dewasa, peribadi beliau berubah sehingga menjadi pemuda yang disebut Nabi saw tentang tentera yang baik yang dipimpin oleh pemimpin terbaik untuk membuka Contantinople..( betul ke ni?? aku keliru tentang tempat yang ditawan..maklumlah, tak pernah sampai.).




 Jadi ,kita kene risau , takut-takut berubah kepada
keburukan..Yang baik itu kekalkan, yang buruk itu tinggalkan..Orang alim beritahu, jika kita tak memilih untuk kebaikan, maka keburukan .Jadi adakah hipotesis aku diterima?. Korang lah tentukan..lagi satu, aku bukanlah orang yang baik-baik, tapi aku suka orang yang baik-baik. Kalian doakanlah aku menjadi orang yang baik-baik..

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Semua umat ku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Baginda ditanya: “Siapakah yang enggan?” Baginda bersabda: “Sesiapa yang mematuhi perintahku (dia ingin) masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan (masuk syurga).” [1952] Sahih Bukhari..

kampung..

Masa kecik-kecik dulu, bila aku dari kampung nak balik rumah, aku akan rasa sedih.. Dalam
perjalanan ke rumah, aku terfikir banyak perkara, antaranya kenapa orang tak buat jalan 'straight' je..?
cepat sikit sampai.. bila nak ada kereta terbang ni? tak payah traffic light.. ambil kompas, pastu setkan terus sampai ke kampung.. senang sikit..bleh bawak selaju-lajunya...
 erm.. tapi tu semua masa aku kecik-kecik punya fikiran.. dan yang anehnya, aku keliru ape itu makna kampung..difikiran ku yang aku faham dan terbayang, kampung itu seperti rumah kayu, dikelilingi dusun buah-buahan atau sawah bendang, bukit bukau, ladang getah , berdekatan dengan sungai dan  berjirankan orang kampung yang selalu tersenyum dan ziarah-menziarahi..dan memang begitu pun kampung aku.. sebaliknya, aku bertanya pada rakan-rakan masa aku sekolah dulu, yang mana aku bersekolah di kawasan agak kurang kemajuan.
"kampung ko kat mana?"..
"kampung aku kat KL"
"oooowh.."..dalam fikiran aku, kenapa pulak kampung dia lagi maju dari kawasan rumah dia..? kampung ke tu? ada ke pokok durian kat situ?pokok getah? tu yang menyebabkan aku keliru..

Menurut ensiklopedia, Kampung atau desa, menurut takrifan universal, adalah sebuah penempatan manusia di kawasan luar bandar. Biasanya ia lebih kecil daripada pekan.
Di Malaysia, istilah "kampung" dirujukkan pada satu wilayah yang penduduknya lebih kurang dari 10,000 sama ada di kawasan subbandar atau sebuah negeri, dan dipimpin oleh Penghulu.

 tak de buaya kat situ..

Jadi tak kesah la apa definisi kampug, asalkan  balik jumpa mak ayah, sanak saudara dan ahli keluarga yang lain. Jangan tak balik sudah..Nanti orang kata sombong plak..Hartamu harta bapamu  jua..jom balik kampung..


letih..

 seronoknya jadi budak kecik..

Penat  adalah norma kehidupan seorang manusia yang bukan superman macam aku, that's why i'm not wearing brief outside, because i'm normal...like u too.. Penat, letih dan lesu; berlainan istilah tetapi membawa erti yang lebih kurang sama iaitu keadaan diri yang tidak bermaya atau tidak bertenaga...
    Asbab kepenatan, maka wujudlah resepi untuk kurangkan penat oleh pengeluar makanan kesihatan, contohnya tongkat alif  ali, ginseng dan ntah ape nama yang aku tak berapa minat yang menyebabakan aku tak berapa kenal.. bukan maksud aku kenal tongkat ali sebab aku minat, tapi aku ada member nama ali jadi aku pun kenal..hehe..tp sedap le jugak  tongkat ali..rasa kopi...uhuk..
    Apa-apa pun, penat  bukanlah penyakit. Ia lebih kepada simptom atau gejala kepada masalah lain seperti, pemakanan yang tidak sempurna, terlalu kuat bekerja, kurang atau terlebih bersenam, insomnia atau tabiat tidur tidak sempurna, gangguan perubatan yang spesifik seperti sindrom prahaid bagi kaum wanita... (bila pulak aku amik biologi??).
     Kebanyakan orang berasa letih kerana stress, runsing atau berasa cemas, depresi atau imuniti rendah dan jangkitan kronik. Ia berkait dengan penyakit kencing manis, tiroid atau ketidakseimbangan kelenjar adrenal; penyakit jantung, hati atau buah pinggang. Tapi hakikatnya semua dari Allah...kenapa? tak percaya?..
    Ada orang badan sasa, tapi cepat penat..ada yang keping, lambat penat..ada yang bulat , kuat lari..ada yang ramping , cepat pancit.. dan macam-macam ada...

 bukan saja tidur, tapi letih...

    Jadi, untuk membuktikan aku ni normal, aku pun  rasa penat jugak.. Dan ada la tips yang aku baca untuk dikongsi kepada pembaca.. moga manfaat la untuk kalian yang aku rindui dan ingin ku jumpai...jiwang la plak ayat aku sehari dua ni...

Tips

*Tidur sebentar kira-kira 20 minit pada tengah hari (sebelum Zuhur) atau selepas kerja. Tapi jangan lupa memasang jam loceng: tidur lebih lama akan menganggu waktu tidur pada sebelah malam.
* Jangan abaikan sarapan.
* Ketika hampir waktu tidur, elakkan makanan berat, berlemak, atau minuman berkafein (seperti kopi, teh, koko).
* Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
* Tidurlah sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.
* Bergiatlah selalu. Senaman yang sederhana boleh mengurangkan rasa  penat.
* Jangan bergantung kepada makanan pemberi tenaga atau bergula. Sebaliknya makanlah karbohidrat kompleks (pasta, bijirin dan kekacang) dan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika lesu berlanjutan.

(Koleksi Anis)..

ntah buku sape la aku baca.. hehe..


dah penat sangat, rehat la pulak.... 

“Sesungguhnya, kematian itu kerehatan bagi orang mukmin”. 

jom tidur...bismikallah humma ahya waamutuh..


subuh rempit

hi. salam 1 umat. tak kira dimana anda berada.

ape khabar iman? ape khabar amal? meningkat ke menurun? kalu bertambah alhamdulillah, kalau berkurang cepat2 la tingkatkan ye.


aku nak cerita pasal solat subuh berjemaah

sebab utama remaja tak pegi subuh di masjid adalah TIDUR. mengikut kajian, orang muda sangat susah nak tidur awal. lain dengan org tua2. warga tua pukul 9 dah penat dan ngantuk. diorang tak suka lepak malam2. bila tidur awal, pukul 5 tu dah cargas.dah puas. hilang habis kepenatan semalam.

kita ni pulak masaalah. lagi2 yg berkawan. pukul 10 nak tido, memang kena. kalau sek2 rempit lebih kurang gini la bunyinya.

"der, ape barang tido awal. mcm awek la. malam masih muda ni der.."

kalau budak2 dota cenggini.

"noob gile sial pukul 10 dah ngantuk. agak2 r doh. malam ni tanak try map baru ke??"

camtu la lebih kurang. tahukah kita, rasulullah sangat marah pada org yg terlajak tidur sampai terlepas subuh. ini salah satu dalil.

Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud: “Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.” (Muttafa Alaih)

tahukah kita, nikmat solat subuh berjemaah di masjid adalah kenikmatan yg sangggat dasyat. ketenangan. kesegaran yg fresh.oke. meh aku bagi solution pada masalah ini.

1. kita tukar ayat dia. sebenarnya org yg bangun lambat la yg sebenarnyanoob/baby/nerd/cam awek. amacam? lepas tu sape yg boleh bangun seblom subuh, siap mandi dulu, tahajud pulak 2 rakaat. pastu pegi masjid solat jemaah haaaa ini baru namanya lelaki sejati. baru betul..

2. set alarm untuk tido. set pukul 10 . bunyi je, terus tinggal kerja2 yg sdang dibuat, member2 yg bersembang mahupun hero kesayangan. masuk bilik. kosongkan pikiran dan tidur.

3. kalau ada masalah susah nak tidur awal, senang je. mula2 bangun awal pagi. pastu pastikan anda tidak sekali2 tidur lagi sampai lepas isyak. haaaaaa kompom mengantuk tahap gaban.

okey. itu dulu. sebelum beredar, renung2la sabdaan Rasulullah saw ini,

“Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat separuh malam. Dan barang siapa solat Subuh berjemaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam sepanjang malam.” (HR Muslim).
bukan motor aku...

p/s: biar muka tak hensem, tp tak pekak dengar azan subuh.
`aku kutip  dari nobita yg  seorang kawan...

kisah awak dan saya..

Awak, awak ingat tak dulu awak selalu dipanggil bodoh, saya lah yang buat awak pandai..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu sedih kene ejek bodoh, tp sayalah yang buat awak gembira.
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu dipulaukan rakan, tp syalah buat awak bahagia..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu merungut susah ,tapi saya yang bagi awak harta..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu gagal,tapi saya yang jadikan awak berjaya..
 Awak, awak ingat tak dulu awak selalu kelaparan sebab miskin, tapi saya yang bagi awak makanan..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu disuruh macam kuli, tapi saya bagi awak kedudukan..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu sunyi tak berawek,tapi saya bagi awak cinta dari seorang isteri..
Awak, sayalah yang selalu beri perhatian pada awak, cinta awak dan sayang awak..



bukan aku yg jatuh cinta,...







 Tapi bila saya bagi semua itu, awak makin lupa pada saya.,awak makin jauh dari saya, saya suruh awak tak buat pun,,.Walaupun begitu, saya tak berharap sikit pun pada awak, awak yang mengharap pada saya.. Lupakah awak, siapa saya..Saya lah tuhan awak..Allah swt..sombongnya awak.. Awak tak ingat ke saya pesan,
"katakanlah (Muhammad) jika kamu mencintai aku(Allah) ,ikutilah aku, Niscaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu" -ali-imran ayat 31-



p/s: kejayaan hanya dgn taat perintah Allah, ikut cara nabi saw..


maafla..entri macam salah dan jiwang2 berlendir sikit ..

lelaki kalah dengan perempuan..

     
mungkin yang ini..

Satu kisah diceritakan padaku oleh seorang pakcik yg agak  muda berbanding usianya.
Diberitahu bahawa dia mempunyai seorang jiran india yang agak gangster lagi kaki pukul disamping
kerisauan penduduk kmpung akan kegiatan jenayah tak bermoral si gangster. Mukanya sudah menggerunkan mata yang melihat.Mungkin terdapat parut di wajahnya  kesan pergaduhan,luka torehan pisau cukur atau parut jerawat yang dipicit dengan  sadis dan geramnya. Disebabkan keotaian  gangster ni, maka pergaulan pakcik ni tidaklah semesra dengan pergaulan jiran tetangga yang lain yang  mungkin boleh suap -menyuap ataupun picit memicit sambil main ketuk2 kepala dan sebagainya.
      Agak lama rasanya memendam rasa malu  takut pada gangster ni walaupun pakcik tu sendiri bekas gangster. Jadi, tibalah masa, si pakcik keluar apabila sampai nisab khuruj 40 hari beliau. Sepanjang40 hari yang penuh susah payah dan ujian atas maksud belajar buat kerja agama maka, hilanglah ingatan beliau terhadap jirannya yang gangster itu.
     Setelah selesai keluar khuruj, pulanglah si pakcik ini dengan rasa senang hati dan sedikit peningkatan  dalam fikir risau atas ummat ini. Disamping pulang dengan disambut si isteri  umpama pengantin baru dan anak-anak yang merindukan tunggangan motor bersama si ayah . Maka, kerja harian dilakukan seperti kebiasan, ke pasar, menebas dan lain-lain.
     Hari-hari telah berlalu pergi, maka teringatlah pakcik ini akan jirannya yang ganster itu akibat lama tidak kelihatan dan rasa yang agak aman dari kegiatan dan ancaman gangster . Timbullah rasa rindu dan risau si pakcik  pada manusia gangster itu . Bertanyalah pakcik ini pada jirannya yang mesra tetangga  mengenai kemana pergi menghilang gansgter itu. Dijawab jirannya, bahawa si gangster telah mati. Dibenak fikirannya hanya terlintas bahawa gangter itu mati akibat pergaduhan ataupun otak bersepai ditembak . Namun demi kepastian, bertanya lagi si pakcik akan sebab kematiannya. Maka dijawab jiran itu adalah disebab bunuh diri kerana putus cinta.. Ketawa la pakcik itu  akan kejambuan hati si gangster tersebut.. Biarpun ganster, tp dalam hati ada taman bunga..

p/s: kisah ini kisah benar, cuma ayat diolah..



        

kenapa cantik bertudung?


     Entri saja-saja, pepagi sebelum gi toilet...baik la baca  dulu.,  

1.Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??sebab..DIA AKAN TUTUP  AURAT

2. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA AKAN JAGA MARUAH PADA DIRI DIA

3. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA CANTIK

4. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA TAK AKAN TUNJUKAN KECANTIKAN PADA ORANG LAIN

5. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA ANAK SOLEHAH

6. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA PATUH PERINTAH ORANG TUA DAN SAUDARI-SAUDARANYA

7. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA MENGHORMATI ORANG LAIN

8. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI JILBAB ORANG AKAN LIHAT DIA CANTIK.DAN ADA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA INGIN JAUH DARI FITNAH

10. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA TAK AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA AKAN DAPAT PAHALA

12. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... SUPAYA DIA DAPAT MENJADI CONTOH PADA PEREMPUAN LAIN

14. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN SAJA YANG SUKA DIA

15. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA DENGAR SERUAN RASULULLAH

16. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... RAMBUT PEREMPUAN ADALAH MAHKOTABAGINYA.., JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA DITUNJUKKANNYA DIA AKAN TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA TAK AKAN RAMBUTNYA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [QS An-Nur (24):31].

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

p/s: Duhai calon penghuni syurga... untukmu yang paling bahagia karena agama dan akhlakmu.. meski tanpa permata, berlian dan emas yang menghiasi melainkan berkat akhlak karimahmu yang selalu engkau jaga menjadikanmu sebagai wanita yang anggun..

Duhai calon yang akan dicemburui oleh para bidadari syurga... bersegeralah untuk memakai jilbab or tudung kepala dengan sempurna karena akan terlihat lebih cantik apabila kamu memakainya. Kalau engkau memakai jilbab or tudung, sesungguhnya Allah teramat suka dan cinta terhadap hamba-Nya yang mahu mengikuti perintah-Nya..

Duhai calon perhiasan dunia-akhirat.. ku ucapkan selamat bagimu yang telah memakai jilbab dan ku do'akan semoga jilbab yang kita kenakan ini dapat melindungimu. Bagi yang belum semoga secepatnya akan mengenakannya karena SUNGGUH ENGKAU SANGAT CANTIK DENGAN BERBALUT JILBAB


 bukan aku punya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...