twitter rss

siling pelbagai fungsi.

assalamualaikum...
          Sambung cerita sikit pasal pengalaman duduk asrama dulu..Asrama aku ada tiga tinggkat, jadi,sebagai junior, aku kene duduk tingkat atas sekali.. bila tingkat atas ni, ada siling.. tingkat bawah takde siling, sebab simen yang fungsi sebagai lantai tingkat atas...
ni wiring sengal, umah sape ntah,,,


        Bila duduk asrama ni, banyak idea yang datang mencurah-curah termasuk la idea kreatif dan gila.. Siling kat asrama aku ni 'multifuntion'.. Bagi junior, diorang gunakan untuk simpan stok makanan diorang.. Maklumlah muka kene 'paw" je mesti junior..Bila simpan atas siling ni, senior malas nak panjat melainkan diorang pegi 'fogging' nyamuk...biasanya diorang setakat 'check' dalam loker je... Kalau diorang panjat, diorang cari benda lain pulak.. Sebab diorang pun ada barang yang nak kene sorok dari warden...
        Kadang-kadang aku  pegi naik atas siling tu...saje nak tengok-tengok keadaan kat atas tu.. Tapi aku takde la simpan biskut atau maggie atas tu.. Aku beli terus habiskan je.. Bila diorang 'check' loker aku, tak payah la aku nak tipu-tipu diorang..hehehe..Sebab aku baru belajar masa kat sekolah dulu, tipu tu dosa.. Kena la aplikasikan ilmu tu..huhu
       Ada sekali aku naik atas siling tu waktu tengah-hari, ..perrgh...berasap badan aku .. Bila tengah hari, siling  akan memerangkap udara panas dari luar supaya tidak masuk dalam bilik . Sebab tu, rumah yang ada siling kurang berbahang berbanding rumah yang takde syiling  direct terus guna zink atau genting macam pondok dalam kebun tu..
     Kalau waktu malam pulak, siling ni memerangkap udara sejuk dari luar untuk masuk..Jadi, rumah yang ada siling pada waktu malam rasa panas..kalau yang takde siling pulak rasa macam duduk kat cameron highland.. Macam rumah nenek aku la..Kalau malam , nak tidur memang kene ade selimut,kelambu dan aku siap pakai stokin lagi.. huhuhu..macam orang bersalin pulak rasanya..
     Masa aku blajar kat MRSM pulak lagi advance  kepala otak diorang ni.. Ada sekali tu warden buat 'spotcheck' sampai kat atas siling warden naik.Ape kes ntah sampai atas siling nak naik..Nak skodeng budak mandi kot ...Apa yang diorang jumpa adalah tilam, kipas,lampu  dan sampah sikit.. Yang 'stylo' nye, budak tu buat wiring kipas sendirik kat atas siling tu..Mantap kot bagi budak yang berumur 16-17 tahun ni.. bukan senang nak buat wiring ni, silap wiring ,'blackout'...Rupanya, kat atas tu  tempat diorang lepak dan melepaskan rindu pada mak kat umah kot..umpama pungguk rindukan bulan..hehe..Tapi,  'founder' port tu tak diketahui sampai sekarang..Ajaib kepala otak yang Allah cipta ni.,hebat Allah taala.....

p/s: korang jangan tiru pulak, nanti jatuh karang.. biarlah luncai terjun dengan labunya..
  1. ehh...cmner leh wiring kipas mcm tu..ahah

  1. ~ad-dien
    wireman bngla yang buat dengar cerita.. tp tu gmbar hiasan je..takde kaitan degan post..

  1. jimat kos kot pasang camtue, org lain xleh nak kuatkan kipas tue law panas.he3

  1. siapa kata? kata mula dah set no. 5, tak jimat pun..hehe..anonymous kene balik..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...