seronoknya jadi budak kecik..
Asbab kepenatan, maka wujudlah resepi untuk kurangkan penat oleh pengeluar makanan kesihatan, contohnya tongkat
Apa-apa pun, penat bukanlah penyakit. Ia lebih kepada simptom atau gejala kepada masalah lain seperti, pemakanan yang tidak sempurna, terlalu kuat bekerja, kurang atau terlebih bersenam, insomnia atau tabiat tidur tidak sempurna, gangguan perubatan yang spesifik seperti sindrom prahaid bagi kaum wanita... (bila pulak aku amik biologi??).
Kebanyakan orang berasa letih kerana stress, runsing atau berasa cemas, depresi atau imuniti rendah dan jangkitan kronik. Ia berkait dengan penyakit kencing manis, tiroid atau ketidakseimbangan kelenjar adrenal; penyakit jantung, hati atau buah pinggang. Tapi hakikatnya semua dari Allah...kenapa? tak percaya?..
Ada orang badan sasa, tapi cepat penat..ada yang keping, lambat penat..ada yang bulat , kuat lari..ada yang ramping , cepat pancit.. dan macam-macam ada...
bukan saja tidur, tapi letih...
Tips
*Tidur sebentar kira-kira 20 minit pada tengah hari (sebelum Zuhur) atau selepas kerja. Tapi jangan lupa memasang jam loceng: tidur lebih lama akan menganggu waktu tidur pada sebelah malam.
* Jangan abaikan sarapan.
* Ketika hampir waktu tidur, elakkan makanan berat, berlemak, atau minuman berkafein (seperti kopi, teh, koko).
* Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
* Tidurlah sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.
* Bergiatlah selalu. Senaman yang sederhana boleh mengurangkan rasa penat.
* Jangan bergantung kepada makanan pemberi tenaga atau bergula. Sebaliknya makanlah karbohidrat kompleks (pasta, bijirin dan kekacang) dan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika lesu berlanjutan.
(Koleksi Anis)..
ntah buku sape la aku baca.. hehe..
dah penat sangat, rehat la pulak....
“Sesungguhnya, kematian itu kerehatan bagi orang mukmin”.
jom tidur...bismikallah humma ahya waamutuh..
4
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)