twitter rss

Perkara yang dahsyat

Segala puji bagi Allah dan selawat atas nabi.

Allah swt bagi tau bahawa Dia telah cipta kita dari air yang hina iaitu air mani.Sama ada orang Islam atau kafir berasa air mani itu hina. Malah pada pandangan kita air mani  lebih hina dari selut, dari tanah, hina lagi dari debu. Kalau baju kita kena selut atau tanah , kita sapu-sapu sampai ada kesan putih-putih kita sanggup lagi pakai bawak pergi makan , jalan- jalan. Tetapi bila air mani yang terlekat pada baju atau mana-mana, siapa sanggup pakai ? Siapa sanggup tunjuk kat orang yang baju dia kena air mani? Mazhab kita mazhab Syafe'i kata, air mani bukan najis. Tanah pun bukan najis tetapi masih ada muka untuk kita pakai. Nak datang sembahyang pun ada lagi rasa sanggup tetapi kalau kena air mani? bukan kata nak datang sembahyang, bahkan nak bawak gi makan, gi main bola pun malu. Itulah hakikat saya dan hakikat tuan-tuan dan hakikat seluruh manusia.
Allah swt cipta kita dari air mani yang hina pada pandangan kita sendiri, apatah lagi dipandangan Allah swt. 



Oleh kerana kita ni diciptakan dengan dahsyat iaitu dari air mani yang hina, oleh itu yang keluar dari badan kita sendiri pun dahsyat. Sehingga kita sendiri tak sanggup hidu dan lihat kedahsyatan barang dahsyat kita itu. Bahan yang keluar jadi manusia menjadi najis , muntah dan darah. Walhal Allah jadikan kita bani adam semulia-mulia makhluk. Jika kita yang dijadikan semulia-mulia makhluk pun tak sanggup untuk lihat, hidu dan bangga dengan barang dahsyat kita, apakah patut jika kita berbangga dengan makluk lain yang lebih hina dari manusia?. Jadi, apakah kejayaan kita boleh ambil dari perkara yang lebih hina dari manusia?


Sama-sama kita fikir-fikirkan...
Kejayaan hanya dalam perintah Allah, ikut cara nabi saw.
Aisyah, mariam, Minho tak boleh bg kebahagiaan, yang bagi kebahagiaan hanyalah Allah swt.

kerja gila kerja

Segala puji kepada Allah dan selawat atas nabi saw.


Kerja kat sini bermaksud kerja untuk pendapatan bukan nya kerja gila macam orang selalu sebut " takda ker gi cari kerja, kan ni padahnya"... Hurm, ramai orang anggap ada kerja, ada la duit. Tiada kerja, tiada duit. Orang malas susah nak dapat kerja. Kalau rajin ada la kerja. Takde kerja nak makan apa? Anak bini kau macam mana kalau kau tak kerja? Diorang tak makan nasi ke? ke makan angin je? ..hurm..Selalunya graduan akan mula fikir pasal kerja. Baguslah ada visi dan target dalam hidup. Takde target, nak 'aim' apa  ye dak? Ada target, ada la usaha..
*****************************************

"lepas graduate nanti, kau nak 'apply' kat mana?"
"rasa macam nak apply kat Intel la.. tp jauh, kat pinang sana"
"rilek la.. gaji masyuk kot kat sana, pointer kau pun OK, terer programming bla bla bla bla"
" zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......krooooooooooohhhhhh...zzzzzzzzzz.... kroooohhhhhhhhhh"
"@.@ !!"

krikk, krikkk.... ( bunyi cengkerik)..........
 *********************************************
tak kira la kat mana orang tu kerja, mereka akan sanggup korbankan masa, tenaga, harta untuk dapatkan kerja. Ada yang pindah rumah sebab dekat dengan kerja. Ada yang tak balik kampung sebab ada kerja. Ada yang mati sebab kerja. Parahnya ada yang tak ingat akhirat sebab kerja. Masyaallah, dalam 'company' dia la paling cemerlang, paling rajin, jadi aset 'company' dan sebgainya tapi tak berapa nak cemerlang lah kalau tak solat. Sepatutnya wajib solat  walaupun tak dapat nak solat awal waktu. Memang jauh beza orang yang solat awal waktu dengan orang yang solat akhir waktu. Macam masuk syurga, tak sama darjat antara orang awal dengan orang akhir. Tapi sekurang-kurang tak la termasuk dalam orang yang dapat azab. Tinggal satu solat fardhu, satu huqub dalam neraka, satu huqub bersamaan dengan lapan puluh tahun akhirat, satu hari akhirat bersamaan seribu tahun dunia. Bila kita jaga perintah Allah, Allah mudahkan urusan kita. Hati tenang, muka hensem bercahaya, akhlak pun boleh berubah sebab jaga perintah Allah. Maka takda la nak mencarut bila stress depan komputer,  takda la nak bunuh diri sebab tekanan kerja.
Rezeki yang berkat bukanlah gaji yang besar, rumah besar, kete besar , bini besar dan gendut tapi rezeki yang berkat bila banyak dapat diagihkan, bila sikit mencukupi. Ada juga ketenangan dalam rezeki yang kita dapat. Mulai sekarang kita ubah diri kita, perbaiki iman , diri dan amal.. Insyaallah..

p/s: nak kerja baca bismillah dan doa, habis kerja ucaplah alhamdulillah..





isu kalimah Allah..

Assalamualaikum.. nahmaduhu wanusolli a'la rasulihilkarim..amma ba'du.

   Cuma nak kongsi sedikit apa yang aku fahamtentang isu kalimah Allah. Sebelum tu, moh le kita kenal dulu apa itu agama samawi.. Agama samawi adalah agama yang datang dari langit contohnya agama Islam, nasrani dan yahudi. Walaubagaimanapun agama yahudi dan nasrani dah tak leh digunakan lagi. Allah swt telah mansuhkan dengan agama Islam. Allah bagi  tau Sesungguhnya agama yang Aku redhai adalah Islam. Allah swt juga bagi tau dalam surah al-baqarah ayat 177 mengenai hal Nasrani dan Yahudi. Korang baca lah sendiri terjemahan tersebut sambil-sambil baca ayat quran sebagai ibadat.Jadi persamaannya adalah tuhan mereka pada masa tu adalah sama dengan tuhan orang Islam. Mereka yakin , bahwa Allah ciptakan langit , bumi, matahari, siang malam dan lain-lain yang ada dalam kepala korang. Jadi disini, penggunaan perkataan Allah, boleh dipakai oleh semua agama.
   Walaubagaimanapun, bila mana perkataan Allah digunakan dalam kitab mereka yakni yang kitab yang wujud sekarang, perkataan Allah itu tidak boleh digunakan dalam kitab tersebut kerana :_
1. Allah itu Maha Esa.
2. Bilamana mereka guna kepada perkataan Allah (tuhan) mereka telah syirik pada Allah. Bagi agama kristian tuhan bagi mereka adalah trinity( 3 in 1 and 1 in 3). Jadi ini adalah salah kerana Allah itu adalah tidak beranak dan tidak diperanakkan (surah al-ikhlas) . Agama Yahudi pula mereka mendakwa Uzair itu anak Allah. Ini juga mereka telah syirikkan Allah. 
  Jadi itu je lah yang aku faham. Allah swt maha penyayang. Pernah dengar kisah satu orang yang sembah berhala 70 tahun. Tp satu ketika dia telah mengantuk dan tersasul dari sebut Ya Sanam(nama berhala) kepada Ya Samad (Yang Maha Baik), maka Allah swt telah menyahut , labbaik ya abdi ( Aku datang wahai hambaKu). Malaikat telah tanya, " Wahai Allah, dia cuma tersasul saja sebut nama Kau, mengapa Kau sahut panggilan dia?" Allah swt beritahu malaikat, andai aku Yang Maha Baik ini tidak sahut panggilan hambaku, siapa lagi yang akan sahut panggilan hambaKu? 
Jadi, kita jangan dok marah sangat orang bukan Islam nak sebut Allah tetapi kita perlu banyak doa dan menangis kerana salah saya dan kita semua yang tak ajak mereka , tak tunjuk pada mereka akhlak yang mana jadi asbab hidayat untuk mereka kenal Allah. Mereka baik dengan kita, belajar sama-sama, banyak tolong kita tapi kita tak balas mereka. Mereka mati masuk neraka selamanya. Moga Allah beri taufiq untuk saya dan semua amal dan sampaikan.Wallahua'alam..

Kisah korban

Petikan bayan  jemaah UK.
Nahmaduhu wanusolli a'la rasulihilkarim..

    Alhamdulillah, Allah s.w.t telah beri taufiq kepada kita untuk tunaikan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah. Nabi s.a.w telah beritahu sahabat, tahukah kamu apakah amalan paling baik selepas iman? Sahabat r.a bertanya apakah amalan yang lebih baik selepas iman? Nabi s.a.w beritahu bahawa solat pada waktunya.
     Kita juga perlu syukur pada Allah kerana pertemukan kita untuk ingat pada Allah s.w.t di akhirat, ada golongan yang datang dari kaum yang berbeza dan tempat yang berbeza tetapi mereka berkumpul untuk mengingati Allah s.w.t, maka mereka akan duduk diatas mimbar dari mutiara sedangkan orang lain sedang terseksa akibat azab dipadang mahsyar, yang mana lantainya dari tembaga, jika seorang wanita mengandung mereka akan gugurkan kandungannya, ibu yang menyusukan anaknya akan membiarkan anaknya, orang yang dibangkitkan muda akan menjadi putih rambutnya dan ada golongan yang tenggelam dalam peluh masing-masing. Ada setakat kaki, paha dan mulut. Mereka akan berkata " Wahai Allah, jika Kau takdirkan kami ini ahli neraka maka masukkan kami kedalam neraka.." (nauzubillahiminzalik). Ini semua kerana mereka tidak mampu bertahan atas azab di padang mahsyar.
     Allah s.w.t perintah untuk korban untuk agama tetapi Allah s.w.t tidak perlu pengorbanan tersebut. Seperti mana Allah s.w.t perintah nabi Ibrahim a.s untuk dakwah Namrud laknatullah sehingga nabi Ibrahim sanggup untuk dicampak dalam api. Begitu juga bila mana Nabi Ibrahim a.s telah berkahwin dengan Hajar  dan dikurniakan anak Ismail a.s, Allah perintah Ibrahim a.s untuk tinggalkan mereka di Mekah yang mana tiada penduduk. Maka bila sampai disana Allah perintah Ibrahim jangan berkata apa-apa pada mereka melainkan isyarat dengan anggukan. Bila sampai di Mekah , Ibrahim a.s yang tidak turun dari untanya mula beransur untuk pergi, maka Hajar a.s telah tanya, " kemana abang hendak pergi?" Sambil nabi Ibrahim a.s terus menunggang untanya tanpa menjawab pertanyaan Hajar a.s. Hajar terus mengejar sehingga tiga batu jauhnya dan timbul dihatinya pertanyaan " adakah ini perintah Allah?" , maka Ibrahim a.s berhenti dan cuma mengangguk untuk membenarkan pernyataan Hajar. Hajar beritahu, " jikalau ini perintah Allah, maka abang tidak perlulah risau kepada kami. Abang terus pergi tunaikan perintah Allah". Maka Ibrahim a.s terus pergi ke Syam(Syria) untuk dakwah. Berbeza dengan kita hari ini, kita keluar  4 bulan, 40 hari atau sebagainya kita telah beritahu isteri kita, duit ada disekian-sekian, jika nak pergi pasar beritahu isteri amir sab untuk bawa ke pasar , makanan abang sediakan dalam peti dan sebagainya.
     Ketika Hajar di Mekah, lama kelamaan bekalan makanan  telah habis, susu di dada mulai kering sedang Ismail a.s lapar. Hajar telah pergi ke bukit Safa untuk lihat mana tau ada pertolongan dan pergi ke Marwah untuk lihat sebarang pertolongan. Setelah tujuh kali ulang alik antara Safa dan Marwah, Hajar telah palingkan  matanya ke langit berharap pada Allah s.w.t. Allah s.w.t hantar malaikat Jibril a.s untuk ketuk tanah yang dihentak oleh Ismail a.s. Maulana Umar beritahu, Allah s.w.t nak guna Ismail a.s, Allah jadikan kakinya menghentak permukaan tanah. Maka air zam-zam telah keluar yang mana tidak pernah habis sampai kiamat berkat pengorbanan Nabi Ibrahim, Hajar dan Ismail a.s. Bahkan air zam-zam ini, jika satu orang lapar kemudian minum air zam-zam makan hilang laparnya, orang yang dahaga hilang dahaganya, orang yang sakit akan hilang sakitnya dan jika orang berdoa dengan air zam-zam, Allah tunaikan hajatnya.
    Setelah 11 hingga 13 tahun nabi Ibrahim a.s  buat dakwah di Syam, maka dia pulang kepada keluarganya di Mekah. Tanpa turun dari tunggangannya dia suruh Hajar a.s untuk persiapkan Ismail a.s. Kemudian  mereka berdua pergi. Iblis telah menjelma menjadi seorang tua datang kepada Hajar dan beritahu," Wahai Hajar, kamu tahukah kemana Ibrahim bawa anak kamu? Allah perintah dia untuk sembelih Ismail . Kenapa kamu biarkan?". Hajar a.s satu orang yang faham agama dan solehah telah jawab," Jikalau ini perintah Allah, bukan setakat Ismail, 70 Ismail pun aku sanggup korbankan untuk Allah s.w.t".
     Ibrahim a.s telah membawa Ismail a.s ke satu tempat. Ismail a.s telah tanya pada ayahnya,
" ke mana kita mahu pergi?"
" Allah s.w.t perintah aku untuk sembelih kamu wahai anakku"
"wahai ayahku jikalau begitu ketika kamu hendak sembelih aku, kamu tutuplah mata dan muka agar tiada rasa kasihan dihatimu padaku, kemudian ikatlah kaki dan tanganku agar aku tidak bergerak-gerak dan terbalikkan badanku agar aku tidak mencederakanmu". Tetapi Allah telah gantikan nabi Ismail dengan kibas. Jadi inilah kesan korban ayah yang pergi buat dakwah Allah s.w.t sendiri telah didik Ismail a.s jadi anak yang soleh. Maulana Umar beritahu ketika bayan masturat di U.K tahun 1983 , bahawa syaitan juga akan berbisik pada kaum ibu supaya khuatir siapa akan didik anak-anak jika ayah keluar jalan Allah. Seperti mana Allah didik Ismail a.s menjadi soleh, begitu juga Allah s.w.t akan didik anak yang ditinggalkan untuk keluar jalan Allah.
   Setiap nabi-nabi bila mana mereka selesai urusan dakwah mereka maka Allah s.w.t akan kurniakan kepada mereka satu doa yang khusus. Nabi Nuh a.s, setelah selesai dakwah 950 tahun, beliau telah berdoa, "wahai Allah selama 950 tahun buat dakwah, sebilangan kecil sahaja yang beriman. Aku khuatir sebahagian kecil ini juga akan terpengaruh dengan golongan yang tidak beriman. Maka, Kau hapuskanlah orang yang tidak beriman". Allah s.w.t telah kabulkan doanya dan telah turunkan banjir yang besar yang memusnahkan orang yang tidak beriman. Begitu juga nabi Ibrahim a.s telah doa " wahai Allah, kurniakan dari zuriatku orang yang buat dakwah seperti mana aku". Allah s.w.t telah lahirkan Nabi Muhammad s.a.w dari zuriat nabi Ibrahim a.s, bahkan bukan setakat nabi Muhammad boleh buat dakwah, ummat  nabi saw juga diberi kerja dakwah. Nabi saw sendiri juga diberikan doa yang khas, tetapi nabi saw telah simpan doa tersebut sebagai syafaat untuk selamatkan umat dari neraka Allah.
    Jadi tuan-tuan kita juga kena belajar untuk korban sepeti  mana di UK sewaktu masa dahulu tahun 80-an cuma ada sebuah sahaja masjid hasil sumbangan puteri raja Bhopal. Sekarang alhamdulillah telah ada 1500 hingga 2000 masjid di seluruh UK. Kami juga mahu bertemu pelajar Malaysia yang belajar di UK, kerana asbab dari mereka telah buat usaha agama, ramai generasi muda telah dapat kenal agama. Sekarang ada 11 miftahul ulum di seluruh UK dan tiga madrasah khusus untuk perempuan. Begitu juga bila tiba solat tarawih pada bulan ramadhan, setiap saf pertama di setiap masjid, dipenuhi oleh  para hafiz. Di Cambridge dan Oxford juga ada pelajar Islam yang pergi kuliah dengan berpakain sunnah yang menarik perhatian ramai orang. Akhir sekali dia tasykil majma' untuk beri nama untuk keluar jalan Allah.Wallahua'lam..


kisah tak faham

salam semua  ..

seorang kawan bertanya mahmud:-
aku pelik la mahmud, hari ni, bila sesuatu berlaku pada negara Islam, semua seluruh orang Islam seluruh dunia, laki perempuan, adik kakak, tua muda buat solat hajat pada negara tersebut.. macam -macam doa mereka mintak, dipendekkan ceritanya doa untuk keselamatan dan kesejahteraan negara tersebut.. Hasilnya belum nampak lagi. Dengan sangka baiknya Allah simpan doa untuk akhirat kot..

Tetapi aku pelik la Mahmud, sahabat  doa tak abis, tapi dah maqbul. Contohnya macam kisah kemarau zaman saidina umar r.a.. Sedang dia sedang doa mintak hujan, tangan belum diturunkan (belum selesai doa) , hujan pun turun..
dan aku bertambah-tambah pelik dengan sahabat nabi saw, kesan doa dan perbuatan mereka samapai kiamat. Contohnya,
1-gempa bumi nak berlaku, saidina umar hentak kaki, sampai sekarang takda gempa bumi di madinah dan       makkah..
2- solat hajat mintak makanan, kisar gandum berputar, jika tak angkat kisar gandum, samapi kiamat ia berputar.
3- hazrat tamindari halau lava gunung berapi, sampai ini jam takde letusan gunung berapi..
4-sahabat mintak bintang keluar dari hutan sebab nak bermalam, binatang pun takda dalam hutan sampai sekarang..

aku tak faham la mahmud..
sifat sahabat lagi aku tak faham.. diri nak mati dahaga air, tapi bagi air kat orang lain dulu sehingga diri sendiri tak dapat minum air, orang yang dia bagi pun tak sempat minum air.. semua yang nak air mati syahid..

                                 gmbar orang baca novel kot..huhu..takde sangka baik langsung..

6 pesanan untuk kaum wanita

salam..
dunia kuch nahi, akhirat hamisha..

Enam pesanan khusus untuk wanita..

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.

betul kata cicak

Assalamualaikum , salam satu ummat..

~dimana akan ku cari ganti,
serupa denganmu,
tak sanggupku berpisah dan berhati patah,
keluh gelisah..~  haisshh.... menyanyi pulak mamat ni..

A: ko ni kenape? sedih semacam je..
B: mana ada, aku nyanyi je la.. sedap ape lagu tu, lagu raihan nyanyi..
A: habis kenape ko nyanyi lagu tu? lagu lain kan ada lagi ..selalunya nyanyi lagu 'qalbi nadak'.. katanya lirik lagu   qalbi nadak tu seronok sangat..hari tu punya la jiwang,..hari ni lagu sedih pulak..
B: alah.. tu pun nak kecoh.. weh..ni air milo suam , ambil la..
A: ok, letak situ dulu,.nanti aku ambik..bro, tolong buka page untuk daftar OSHA jap, aku nak daftar..
B: jap.. nah, guna la laptop aku.. duduklah..
A: thanks..
B: elok-elok sikit, nanti tumpah air tu..

prangg!! bunyi kole besi terbalik..

B: wowowow..perghhh....ko ni.. aku dah cakap tadi, habis baju pagoda aku ni.. warna koko dah..
A: sorry.. aku tersiku tadi..nanti aku basuh baju ko.. kain basah ada? aku nak lap milo ni..
B: takpela, nnti aku cari ..ko guna la laptop tu dulu..
A: ok..ni yang sayang ko lebih ni.. hehe..
B: erm..betul kata cicak..cakcakcak(sambil geleng kepala),..baju putih bila kene kotor sikit je,
    mudah je nampak.. macam tu la,    kalau orang yang baik,
    tiba-tiba dia wat jahat, selama mana kebaikan yang dia buat, orang dah tak pandang dah..
    orang akan pandang kejahatan yang dia.. sampai bila? aku pun tak tau..
A:alah..baju hitam pun sama jugak, kalau ada tompok putih dekat baju hitam tu,
   orang akan pandang kat       tompok putih tu jugak..kontra warna kan..
B:betul tu, sama la dengan orang yang jahat tiba-tiba dia wat baik, orang akan pandang kebaikan dia..
   apa orang akan kata" dia ni jahat tapi baik jugak" , tapi kalo orang baik, buat jahat, orang akan kata "
   dia   ni   macam baik, rupanya jahat "..
A: hmmm..untunglah kalau orang jahat buat baik, dan rugi lah sangat-sangat orang baik buat jahat..
B:ermmmm...

tak lama kemudian, bunyi cengkerik kedengaran mematikan perbualan A dan B..






 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...