twitter rss

tak masuk hati lagi.

Pagi tu Faiz  membawa anaknya bersiar-siar menaiki kereta . Dalam kereta, Aiman melazimkan surah-surah yang diajar uminya hari-hari, sambil adiknya yang mulut berisi botol susu  mencuit-cuit abangnya yang tengah mengaji. Abahnya cuma mendengar sambil sekali -sekala melihat telatah anaknya.

"abang, nanti abang dah besar skit, abah hantar gi tahfiz nak?"

"apiz tu pe? tak mo la abang. abang nak jadi kulish(polis)"

 "adik nak di  wang we mok( orang spray nyamuk)"

"apiz tu , orang hafal quran. sape hafal quran masuk syurga, dapat selamatkan ahli keluarga dia."

"selamat canne tu, cam supermeng ea?. kalo gitu, abang jadi supermeng la.. leh tebang. bleh bawa umi gi kedai, bawa abah gi mesjid"

"adik nak ben 10"

"lebih kurang macam supermeng le jugok, tapi ni selamatkan dari api neraka bang"

"okok, abang jadi apiz"

******
Kereta diperlahankan masuk ke stesen minyak dan diparking tepi pam minyak. Faiz berpesan kepada anaknya.

"abang ngan adik duk dalam kete tau, abah gi bayar jap. jangan keluar. kete abah tak kunci"

"ok, abang duk dalam kete ngan adik". jawab aiman kepada abahnya


Di dalam kedai, ketika  Faiz sedang beratur menunggu giliran untuk membayar, Aiman sambil memimpin adiknya masuk ke dalam kedai menuju ke Faiz. Aiman menarik baju Faiz.
"abah,  beli coklat"

"eh, nape abang kuar? kata nak duk dalam. kete sape jaga?". dengan nada risau Faiz bertanya pada Aiman.

"Allah la jage kete. sape lagi. kan  Abah sebut hari-hari kat umah "

Faiz terpaku diam, dalam hatinya berkata" adoi, aku kene la plak, betul jugak cakap anak aku. aku sebut hari-hari tapi tak masuk lagi yakin pada Allah. Kene tambah korban ni."


p/s:-budak -budak ni, hati bersih. Apa yang dia lihat, dia dengar, dia cakap mudah masuk dalam hati mereka. Bila anak diajar tentang kebesaran Allah, maka kebesaran Allah masuk dalam hati, jika selain dari Allah yang diajar. maka selain dari Allah la masuk hati..













  1. mungkin kena diajar konsep tawakkal pulak.. sepertimana binatang tunggangan diikat di pokok agar tidak lari, kemudian baru boleh berkata, "aku telah berusaha selebihnya aku serahkan pada Allah swt..."

    bagus budak2 ni.. hati yg bersih mmg mudah dibentuk.. sgt rugi kalau dari kecik tak diajar ttg kebaikan agama..

  1. kanak-kanak umpama mutiara yg digilap agar terus bersinar..

  1. lama dah takde yg mengkomen..hihi

    fuad ansari
    fuad dah ada buadk2? budak2 fuad plak camne? cecite2..

    cimOt
    bidadari umpama mutiara tersimpan rapi..

  1. anak2 penyambung usaha yang di tinggalkan.. benar cara didikkan maka benarlah ia..(",)..

    p/s: terpancung si ayah kerna cakap si anak.. (",)

  1. budak2 pancung tak rasa..
    mereka pancung dgn ikhlas..

  1. sikap kanak2 terbentuk drp sikap ibu bapa., klu ibu bapa selalu bertawakal dan terapkan intipati tauhid percaya kpd Allah, InsyaAllah mereka akan sentiasa terapkan pemikiran berlandaskan syariat.:-)

  1. kene cari ibu yang terbaik dari ladang. baru dapat hasilkan ternakan yang terbaik dari ladang.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...