twitter rss

tak reti makan..



Perkara ni perkara biasa kita dengar..Ingat  masa kecik-kecik dulu, mak ayah selalu pesan, "makan sampai licin.."..Aku masa kecik tak faham sebab ape diorang cakap macam tu..Kadang-kadang tak abis pun makan.. menyusahkan mak aku je sediakan makanan dan hidangkan untuk aku..
   Rupa-rupanya, makan sampai licin ni sunnah nabi saw.. Ada hadith pasal perkara ni dalam kitab riyadhus solihin.. Dalam makanan yang kita makan tu, kita pun tak tau mana satu yang berkat makanan tu..mungkin butir nasi yang terakhir atau suapan yang terakhir,
 hadith:-
إنَّكُم لا تَدْرُونَ في أَيِّها الْبَرَكَةُ
“ Sesungguhnya kamu tidak mengetahui di mana terdapatnya keberkatan pada makanan kamu.”

  Jadi kita perlu habiskan sampai licin dan tak membazir.., dan lepas makan, jilat jari..
Jilat jari ni pun sunnah nabi saw jugak..lagi satu sunnah nabi, adalah kutip makanan yang terjatuh dari pinggan, bersihkan dan makan..Makan kene guna saprah.. Makanan yang dikutip tu dalam lingkungan saprah(alas pinggan)..Biasanya surat khabar la jadi saprah.. Kalo kat bilik amik kertas periksa past year la..hehe
hadith:-
“ Apabila makanan yang disuapkan terjatuh, maka hendaklah kamu ambil semula dan buangkan kekotoran yang ada padanya kemudian hendaklah kamu makan.”
( Diriwayatkan oleh Muslim)
Jadi, style makan yang tinggalkan sisa-sisa tu bukanlah fesyen tapi sebenarnya adalah cara yahudi dan kristian makan.. Rugi la makan cara diorang, tak dapat pahala dan membazir, membazir tu kawan siapa ea?
  Lagi satu, nabi saw makan guna tangan kalau yang berkuah tu lain cerita..Menurut satu kajian di Jerman, bila kita cuci tangan betul-betul sebelum makan, bakteria ditangan akan hilang akibat daripada sentuhan antara tapak tangan..Allah swt cipta macam tu dan nabi makan guna tangan..
   Sebaliknya, bila makan pakai sudu, tak tahu siapa yang guna  sudu tersebut, mungkin orang kafir. Dan alatan besi macam sudu  ni perlu di sterilkan pada suhu yang tinggi untuk menghapuskan kuman pada alatan tersebut. Macam kat hospital la, radicare amik tanggungjawab untk sterilkan alatan hospital tu..Tapi kalau kat kedai makan, ada la pulak menatang steril ni... Biasanya cincai-boncai je basuh.. Letak sabun dalam besen, pastu celup dan bilas...Senangkan?? hehe..
Tak salah nak pakai sudu, cuma pilihlah yang terbaik dikalangan yang terbaik.. Aku pun selalu jugak pkai sudu, lepas ni aku azam guna tangan pulak..  Mana tau bertemu jodoh bila guna tangan..huhu..gatal2..

bukan anak aku..hehe


p/s: moga dapat amal dan sampaikan..(^.^)..

siling pelbagai fungsi.

assalamualaikum...
          Sambung cerita sikit pasal pengalaman duduk asrama dulu..Asrama aku ada tiga tinggkat, jadi,sebagai junior, aku kene duduk tingkat atas sekali.. bila tingkat atas ni, ada siling.. tingkat bawah takde siling, sebab simen yang fungsi sebagai lantai tingkat atas...
ni wiring sengal, umah sape ntah,,,


        Bila duduk asrama ni, banyak idea yang datang mencurah-curah termasuk la idea kreatif dan gila.. Siling kat asrama aku ni 'multifuntion'.. Bagi junior, diorang gunakan untuk simpan stok makanan diorang.. Maklumlah muka kene 'paw" je mesti junior..Bila simpan atas siling ni, senior malas nak panjat melainkan diorang pegi 'fogging' nyamuk...biasanya diorang setakat 'check' dalam loker je... Kalau diorang panjat, diorang cari benda lain pulak.. Sebab diorang pun ada barang yang nak kene sorok dari warden...
        Kadang-kadang aku  pegi naik atas siling tu...saje nak tengok-tengok keadaan kat atas tu.. Tapi aku takde la simpan biskut atau maggie atas tu.. Aku beli terus habiskan je.. Bila diorang 'check' loker aku, tak payah la aku nak tipu-tipu diorang..hehehe..Sebab aku baru belajar masa kat sekolah dulu, tipu tu dosa.. Kena la aplikasikan ilmu tu..huhu
       Ada sekali aku naik atas siling tu waktu tengah-hari, ..perrgh...berasap badan aku .. Bila tengah hari, siling  akan memerangkap udara panas dari luar supaya tidak masuk dalam bilik . Sebab tu, rumah yang ada siling kurang berbahang berbanding rumah yang takde syiling  direct terus guna zink atau genting macam pondok dalam kebun tu..
     Kalau waktu malam pulak, siling ni memerangkap udara sejuk dari luar untuk masuk..Jadi, rumah yang ada siling pada waktu malam rasa panas..kalau yang takde siling pulak rasa macam duduk kat cameron highland.. Macam rumah nenek aku la..Kalau malam , nak tidur memang kene ade selimut,kelambu dan aku siap pakai stokin lagi.. huhuhu..macam orang bersalin pulak rasanya..
     Masa aku blajar kat MRSM pulak lagi advance  kepala otak diorang ni.. Ada sekali tu warden buat 'spotcheck' sampai kat atas siling warden naik.Ape kes ntah sampai atas siling nak naik..Nak skodeng budak mandi kot ...Apa yang diorang jumpa adalah tilam, kipas,lampu  dan sampah sikit.. Yang 'stylo' nye, budak tu buat wiring kipas sendirik kat atas siling tu..Mantap kot bagi budak yang berumur 16-17 tahun ni.. bukan senang nak buat wiring ni, silap wiring ,'blackout'...Rupanya, kat atas tu  tempat diorang lepak dan melepaskan rindu pada mak kat umah kot..umpama pungguk rindukan bulan..hehe..Tapi,  'founder' port tu tak diketahui sampai sekarang..Ajaib kepala otak yang Allah cipta ni.,hebat Allah taala.....

p/s: korang jangan tiru pulak, nanti jatuh karang.. biarlah luncai terjun dengan labunya..

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA



Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah -mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam - ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak- tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar -andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time kerja banyak..tetap maintain vogue walau kerja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak- terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.



 kesimpulannya, sifat mazmumah adalah sifat yang membawa padah pada diri." Kurangkan mazmumah, tingkatkan mahmudah."...hehe

wallpaper

assalamualaikum..
ni ade beberapa wallpaper yang pemandangan yang bagi aku menarik.. kalau minat download  je..
daripada letak gambar mengarut, baik letak gambar pemandangan..malaikat rahmat tak masuk ke rumah yang ada gambar benda hidup..lagi2 kalau gambar awek yang tak cun bairpun kat mata korang cun....hehe..kalau letak gambar orang rumah okey la jugak walaupun tak cun...hehe
caranya, korang klik kat gambar korang minat, pastu 'right' klik dan 'save as' atau 'download'..






p/s: aku tak tau ada ke tak pemandangan macam ni kat dunia ni.. photoshop kot..

Nasihat Hassan Basri pada seorang budak ..



       Dengan rambut terurai yang kusut masai, seorang gadis kecil berlari-lari sambil menangis 
mengikuti jenazah ayahnya yang diusung menuju tempat pemakaman.

       Melihat iring-iringan jenazah lalui depan rumahnya. Hasan Basri yang duduk di depan pintu bangkit dan menyertai dalam iring-iringan itu.

"Ayah, mengapa begitu singkat umurmu?'' ratap gadis kecil itu mengikuti iring-iringan itu.

      Hasan melihat keadaan gadis itu hatinya merasa terenyuh, perasaannya menjadi hiba. Takdir telah menentukan gadis sekecil itu harus kehilangan ayah, padahal  gadis seumurnya sangat memerlukan perlindungan dan bimbingan seorang ayah.

       Esok harinya, ketika Hasan kembali duduk di muka pintu seperti kemarin, gadis kecil itu melintas lagi. Gadis kecil itu berlari-lari kecil sambil meratap dan menangis menuju makam ayahnya. Hal itu membuat Hasan mengikutinya dari belakang. Ia ingin tahu apa yang akan diperbuat gadis kecil itu.

      Setiba di pemakaman, Hasan melihat gadis kecil itu memeluk makam ayahnya, pipinya diletakkan di atas timbunan tanah sambil meratap-ratap.

    Dari persembunyiannya Hasan selalu mengikuti apa yang dilakukan gadis kecil itu, dan ia mendengar apa yang diucapkannya.

      "Ayah,malam ini engkau terbaring sendirian dalam kegelapan kubur, tanpa lampu penerangan dan penghibur. Jika malam kemarin aku masih bisa menyalakan penerangan untukmu. Tapi sekarang siapakah yang menerangimu dan siapa pula yang menghiburmu?. Ayah, malam kemarin aku masih bisa menggelar tikar untuk alas tidurmu, tapi sekarang siapakah yang menggelarkan tikar untukmu?. Jika malam malam kemarin aku masih bisa memijati tangan dan kakimu, sekarang siapakah yang memijatimu?" terdengar memilukan ratap gadis kecil itu. Hasan yang mendengarkan dari tempat persembunyian menjadi terenyuh

     "Ayah, jika kemarin malam aku menyelimuti tubuhmu, tetapi sekarang siapakah yang menyelimutimu malam tadi," kembali terdengar suara gadis kecil itu di antara isak tangisnya."kemarin engkau masih bisa memanggilku ,dan aku menjawab untukmu, tetapi semalam siapa yang engkau panggil dan siapa pula yang menjawabmu?'.

    "Ayah, jika kemarin engkau minta makan dan aku yang melayani, apakah semalam kau minta makan ?, dan siapa pula yang melayanimu?. Dulu aku selalu memasak makanan untukmu, tetapi kelmarin siapa pula yang memasak untukmu?".

      Kerana tak tahan mendengar ratapan-ratapan mengharukan gadis kecil di atas makam ayahnya, Hasan Basri keluar dari tempat persembunyiannya dan mendekati gadis itu, tak terasa air matanya menitis jatuh kerana terharu.

     "Anakku, janganlah kau berkata seperti itu", kata Hasan Basri setelah berupaya menenangkan hati gadis kecil itu. "Seharusnya kau ucpakan kata-kata seperti ini: "Ayah, kau telah kukafani dengan kain kafan yang bagus, masihkah kau memakai kain kafan itu?.Dan kata orang soleh, bahawa kain kafan orang yang telah meninggal dunia ada yang diganti dengan kain kafan syurga dan ada pula  dari neraka. kain kafan mana yang ayah kenakan sekarang?".

     "Ayah, kemarin kemarin aku telah meletakkan tubuhmu yang segar bugar dalam kubur, masih bugarkah tubuhmu hari ini?"
Gadis kecil itu terus saja mendengar apa yang dicontohkan Hasan tanpa henti.

     "Ayah, orang-orang alim mengatakan bahwa semua hamba esok ditanya tentang imannya. Di antara mereka ada yang bisa menjawab, tetapi ada juga yang cuma membisu. Yang kufikirkan, apakah ayah bisa menjawab atau hanya membisu?".

     "Ayah, katanya bahawa kubur itu boleh jadi  luas atau sempit. Bagaimana kubur ayah sekarang?, bertambah luas atau bertambah sempit?. Dan kubur itu merupakan secuil taman dari syurga, tetapi bisa juga merupakan sebuah lubang dari neraka. Yang menjadi fikiranku, bagaimana kuburayah sekarang? . Taman syurga atau lubang neraka?".

    "Ayahku, katanya bahawa liang kubur itu bisa menghangati mayat dengan memeluknya seperti pelukan ibu pada anaknya, tapi bisa juga merupakan lilitan erat yang meremukkan tulang-tulang. Bagaimana keadaan tubuh ayah sekarang?. Adakah ayah dihimpit lubang kubur?".

    "Ayah, orang soleh mengatakan , orang yang dikebumikan itu ada yang menyesal, mengapa dulu semasa hidupnya tak memperbanyak amalan soleh,  menjadi penderhaka dan banyak bermaksiat. Apakah ayah termasuk yang menyesali kerena perbuatan maksiat atau menyesal karena sedikit melakukan amal soleh?".

    "Ayah, dulu setiap kali aku memanggilmu engkau selalu menjawab, tapi kini kau kupanggil-panggil tak lagi mahu menjawab. Kini engkau telah berpisah denganku, dan tak akan berjumpa sampai hari kiamat. Semoga Allah tak menghalangi perjumpaanku denganmu".

   Demikianlah beberapa nasihat Hasan Basri yang disampaikan pada gadis kecil itu dalam meratapi kematian ayahnya.

    "Sungguh baik nasihat bapak, aku sangat berterima kasih sekali," kata gadis kecil itu.
Kemudian Hasan Basri mengajak gadis itu pulang meninggalkan makam ayahnya.


THE END>>(^.^)..

p/s: korang tak menangis ke baca? kalau tak menagis, orang kata hati keras..hehe..kalau korang menagis macam bawah ni memang hati lmbut lagi...


aku silap rupanya..

         setiap manusia biasa melakukan kesalahan, begitu juga dengan diriku. Aku teringat jugak
kesalahan aku..tapi tak elok cerita benda yang dosa-dosa ni..yang biasa-biasa tak pe..hehe

-masa tadika sampai la berjanggut, mak aku suruh belajar rerajin supaya dapat nombor satu. Aku ingat nombor satu tu la orang yang pandai sekali, sebenarnya aku silap...,  rupanya nabi bagi tau,orang yang pandai sekali adalah orang yang mengingati mati dan buat persediaan untuk mati.

-masa sekolah rendah, aku tengok orang belajar taekwondo . Aku nak sangat belajar taekwondo, sampai aku skodeng apa diorang buat dalam dewan supaya aku jadi kuat dan boleh blasah korang..hehehe.. sebenarnya aku silap, rupanya orang yang kuat adalah orang yang dapat tahan marah...

-masa sekolah menengah, cikgu suruh skor 9A PMR, sebab  boleh masuk KISAS.aku ingat kat sana aku jadi budak baik dan beragama. Sebenarnya aku silap, rupanya hidayah Allah dimana-mana, dan Allah boleh hidayah kat siapa-siapa Dia suka biarpun banduan penjara..ooo..

-kat asrama, senior suka paw biskut, aku anggap siapa tak bagi dia la  kedekut. sebenarnya aku silap, rupanya orang yang kedekut adalah orang yang tak berselawat ke atas nabi bila nama baginda disebut...

-dulu ada syok kat sorang minah, sebab dia cantik ramai yang suka kat dia dan semua kata muka dia cantik,  rupanya aku silap, cantik tu terletak pada akhlak orangnya...huhuhu..

-masa dulu buli budak, supaya budak tu respek kat aku. sebenarnya aku silap.....,rupanya orang akan  hormat aku bila aku hormat orang lain dulu..

-dulu aku kawan dengan siapa-siapa aku suka tak kira la jahat atau baik, sebenarnya aku silap, rupanya kawan yang baik umpama penjual minyak wangi, biarpun tak bagi minyak wangi, tapi dapat bau wanginya,
dan kawan yang jahat umpama pembuat arang, biarpun kira tak kene arang, tapi kene asapnya.....

-dulu aku tak suka makan sayur, sebenarnya aku silap, sayur la banyak khasiat..hehe

-dulu aku ingat, untuk faham agama, kene la pergi belajar dengan ramai ustaz sebenarnya aku silap, rupanaya untuk faham agama  perlu  bersusah-payah sebab Allah bagi tau  "dan orang yang bermujahadah dalam agamaKu nescaya akanKu buka jalan-jalan hidayat"..


-dulu mak aku suapkan nasi kat aku..aku ingat  dia boleh suapkan  lagi sekarang.. sebenarnya aku silap, rupanya aku dah besar...huhu..patut la kene plangkung... adoii..

antara binatang yang besar,,

salam.. ni ada beberapa gambar binatang yang biasa kita tengok tapi size triple XL... kalau
semua binatang saiz macam ni, rasanya dah lama dah  manusia tak makan binatang,binatang pulak makan manusia...ngap2..hehehe
 seladang..


 kucing hutan..



 ular sawa.


arnab yang comel


 bukan kuda tapi anjing..


 ketam..


  lembu kot



muka tak bersalah dan tak comel  macam babi..hehe


besarkan makhluk ni? makan apa ntah..minum susu weight gain kot..geram pulak aku tengok, rasa nak tumbuk je makhluk bawah sekali ni... huhu

katak o katak..

        ni ada beberapa katak kat dunia, ada banyak lagi sebenarnya, tapi 'diorang' ni low-profile
punya katak...Kalau nak lebih, boleh la cari sendiri...hehe...Nama 'diorang' aku tak tau apatah lagi nama saintifik 'diorang', sebab diorang takde IC atau business card.. Manusia je yang bagi nama kat diorang, kalau tanya 'diorang' pun diorang tak tau nama 'diorang' apa...tapi jangan tanya pulak, nanti diorang kata  korang gila..malu plak nanti..
        ni kecik sekali...katak pisang kot...


 macam cencurut pun ada..tapi ni katak..


   macam pokemon ..



yang kat bawah ni spesis katak besar. .



tak takut ke dik??



 yang jenis style skit...




 dua-dua ni beracun, walaupun comel..
 spesis yang baru ditemui..


 ni smart skali..hebat Allah taala..






p/s:jangan mati katak sudah la..

jangan 6 jenis ni..

   Entri kali ni bukanlah nak kondem sape-sape... Cuma nak kongsi-kongsi sikit ilmu yang 
diperoleh. Untuk lelaki, jadikan ia panduan untuk memilih dan untuk perempuan, jadikan ia sempadan  untuk kelihatan lebih solehah dan lebih cool ..huhuhu..
         “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
 
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
 
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
 
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
 
Wanita Baraqah: ada dua makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
 
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

p/s: ada baiknya kalau ikut nasihat ulama' yang baik ni..hehehe..

antara sabar dan mengeluh..

Labels:

sape amik biskut  aku!!!          
      Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
 
          Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?" 
 
              Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
 
         Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
 
         Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

          
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

 
      Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
 
       Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


p/s: semoga kita tergolong dalam orang yang sabar...amin...hehe

soalan suka-suka

Aku tak reti nak cerita,..
Ada la masa petang tu… aku dan beberapa kawan lain nak pi makan ayam penyet.. jadi lepas order makanan masing-masing , kami pun tunggu le… dalam tempoh menunggu yang tak lama sangat, cuma cukup untuk aku pusing pakai 'kuda merah aku' dari shell tepi utm ke utm balik… member aku pun tanya la aku…

 “ aliph, ko rasa tu dah kawin ke belum..?"

" aku rasa dah la amir,, mungkin adik beradik kot.. huhuhu…erm…. amir, kalo ko tengah makan kan, tiba2 ada la couple ni gaduh dalam restoran,, pastu     pompuan tu simbah air kat balak dia…(tak kira la air ape, jus oren ke, cendol ke, teh tarik atau pun air suam..) … kalo ko jadi laki tu la kan, ko nak wat ape?"

" kalo aku rilek je… dengan macho nyer aku mengelap air yang disimbah, sambil senyum.. dan suruh pelayan kira harga makanan kat meja aku… eh,  meja sana sekali, ni skali… kat hujung tu skali…huhuhu.. "

" huhuhuhuhu….macho2…kalo aku,,aku simbah balik…hehhehe.."

" tak pe aliph.. biar kita rasa kalah, tapi kita dilihat menang… orang tak kan salahkan kita waktu    tu.. orang akan kata… ish2.., kesiannya dia, dapat   makwe camtu…hihihi"

" owh..camtu… tapi tak boleh kot… tengah geram masa tu.. "

" try la,,,, orang tak kan salahkan ko punyer,,, biar pun memang ko salah...hehehe"


 Tu la persoalan yang berlaku kat otak aku… kalo korang pulak macam mana??

 Moralnya: biarpun kira berasa kalah, tetapi hakikatnya kita menang… fikir-fikirkan lah…
satu hadith bagi tahu,orang yang menahan marah sedangkan dia mampu membalasnya, Allah swt akan membangkitkankannya dihadapan seluruh makluk di padang mahsyar, lalu Allah bertanya kepada orang  tersebut pilihlah mana-mana bidadari yang kamu suka... (^.^)..


kisah imam syafie bersama imam hanafi.


       Pada suatu hari Imam Syafie rah datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal. Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafie masuk ke bilik tidur yang telah disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga terbit fajar. 

        Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafie sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, “Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafie itu seorang ulama yang sangat alim. Sebaliknya apa yang saya perhatikan banyak perkara tidak mengambarkan ianya seorang yang benar-benar alim. Imam Ahmad amat terkejut mendengar perkataan anak permpuannya, lalu ianya bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku, mengapa kamu berkata demikian?” Anak perempuannya menjawab,” Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan kekurangannya, wahai ayah. Pertama, pada waktu dihidangkan makanan, ia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, ia tidak Solat Malam sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Suboh. Ketiga, Ia Solat Suboh tanpa berwudhuk.”

          Imam Ahmad bin Hambal memikirkan semua perkataan anaknya itu dan akhirnya supaya jelas persoalan anaknya itu, ianya menyampaikan semua alasan anak perempuannya itu kepada Imam Syafie. Bila mendengar semua itu, Imam Syafie tersenyum lalu ia berkata, “ Wahai Ahmad! sebabnya aku makan dengan lahap dan banyaknya di rumah kamu kerana aku tahu bahawa makanan di rumah kamu jelas halal dan baik. Aku tidak ragu dengan makanan itu sedikit pun, atas sebab itulah aku makan dengan lahap. Lagi pun aku amat memahami bahawa engkau seorang yang sangat pemurah. Makanan orang yang pemurah itu ubat dan makanan orang yang kedekut itu penyakit. Aku makan semalan bukan kerana untuk kenyang tetapi semata-mata untuk berubat dengan makananmu itu.”
       Perkara kedua yang menyebabkan aku tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seolah-olah aku melihat di hadapanku Kitabullah dan sunnah Rasulnya saw dan dengan izin Allah malam itu, aku dapat menyusun 72 masaalah feqah Islam sehingga aku tidak sempat Solat Malam. Perkara keempat yang menyebabkan aku tidak berwudhuk ketika Solat Suboh kerana aku Wallahhi ! . . . . pada malam itu aku tidak dapat tidur sekelip pun, sehingga aku Solat Suboh dengan wudhuk Solat Insya’.”

Targhib :

      Sebenarnya sebarang persoalan yang dilakukan oleh ulama tersimpul berbagai hikmah yang tidak boleh dilihat sebagai keburukan. Malah ulama tidak boleh kita mengumpat serta kata sesetengah ulama “Daging ulama adalah beracun”. Jika sesiapa mengumpat mereka memakan daging ulama yang beracun yang pasti akan memudaratkannya.
Ada mereka-mereka yang ke Nizamuddin melihat ulama-ulama (elders) di sana dengan pandangan keburukan. Namun begitu akhirnya jelas kepada mereka kesilapan sangkaan mereka.

      Sekitar tahun 80an ramai saudara-saudara dari Negara Arab yang berkunjung ke Nizamuddin, India untuk melihat dengan lebih dekat ulama-ulama Jemaah Tabligh di sana. Ada salah seorang ahli jemaah dari Saudi bila sampai di Markaz Masjid Banglowali, Nizamuddin langsung merasa jijik dan hina apa lagi bila terdapat orang-orang miskin meminta sedekah di hadapan masjid. Kehinaan itu bertambah lagi bila melihat Amir Jemaah Tabligh yang ketiga Maulana I’namul Hassan dan beberapa lagi ulama memakan Sireh. Bila melihat semua ini, ia mencemoh dengan nada hina dengan mengatakan, “Adakah memakan sireh itu sebahagian dari Sunnah Nabi saw ?” dengan nada ketawa tak kala sampai ke bilik “foreigner”. Kebiasaan saudara Arab dari Saudi sesetengahnya berfahaman Salafi.

       Namun pada malam tersebut beliau bermimpi Nabi saw menyediakan balutan sireh dan diserahkan balutan sireh berkenaan kepada Maulana I’namul Hassan. Selepas dari itu ianya menyesal dan bertaubat dari sangkaan buruknya itu. Selepas dari itu ada sesetengah orang Arab yang memakan sireh. Penulis sendiri pernah bersama dengan Amir Negara Yamen yang mana penulis mendapati beliau memakan sireh seperti orang India. Ketawa sakan penulis melihatnya.

         Pernah juga berlaku perkara yang serupa kepada jemaah dari salah satu Negara Arab. Kerana kebiasaan saudara Arab kita khuruj di Pakistan serta kehebatan di dalam berdakwah. Malah banyak negara telah mereka kunjungi , namun tak kala sampai di Masjdi Banglowali, Nizamuddin (Ini adalah kerana sebahagian Negara Arab sukar untuk memasuki India kerana dikaitkan dengan Taliban) bila mendengar bayan ( Kuliah/ceramah) dari Maulana Umar Palampuri yang sememangnya cukup hebat dan memukaukan ramai saudara Arab. Sebahagianya mencemoh dengan mengatakan, “ cakap je hebat tapi hanya memerap kat masjid sahaja. Kalau hebat mengapa tidak khuruj ke seluroh dunia.” Namun sebelum habis bayan jawapan itu telah terjawab di dalam bayan yang sama. Kata Maulana sambil menangis tersedu-sedu ,” Saya sangat-sangat ingin khuruj ke seluroh dunia untuk menjalankan kerja yang mulia ini, namun apakan daya Hadratji (Amir Maulana ‘Inamul Hassan) telah memutuskan saya di sini.”

    Akhirnya baharulah saudara Arab kita menyesal dan memahami isi kedudukan sebenarnya. Ini adalah demi kerana kepentingan usaha dan manfaat kepada semua maka Maulana Umar diputuskan menjadi “Muqimin Nizamuddin”. 


p/s: haram buruk sangka sesama muslim, satu orang Islam lebih mulia dari seluruh orang kafir.
     Dengan belajar untuk baik sangka, Allah swt akan campakkan rasa sayang dalam hati sesama     manusia........      insyaallah..

50 sen je ke?

Suatu hari seorang budak sedang memanjat pokok rambutan berdekatan masjid..

tanpa seurat benang pun..

Tiba-tiba..Tok imam yang baru habis berwirid dan berzikir keluar untuk

pulang ke rumah ternampak budak tu..dan memanggilnya turun..

Dia pun bertanya pada budak tu.." Nak..kenapa tak pakai baju nie..?"

Budak menjawab "..saya nie orang miskin la pakcik..tak mampu nak beli pakaian"

tok imam pun bagi rm20 suruh beli pakaian dan makanan sekali..

Budak tu blah dan ucap terima kasih..

Sampai kat umah..dia bagitau ayahnyer..dia dapat rm20..

Ayahnyer pun pikir..("kalau anak aku rm20..kalau aku..?!")

ayah mendapat satu idea..

Petang esok ayahnya plak dah ready kat pokok rambutan tu..

Seperti biasa tok imam pun nak pulang dari masjid..dan ternampak orang tua

pulak yang ada kat atas..hanya mamakai kain pelekat tanpa memakai seluar

dalam..

Tok imam memanggil orang tu turun dan bagi 50 sen..

Ayah budak tu tergamam dan bengang sedikit.." Kenapa saya dapat 50sen jer..?"

"Budak ari tu..dapat rm20..!! Mana adil..!!"

Tok imam jawab.." Takper, gini..duit tu awak guna untuk cukur erk..dah "lebat sangat saya tengok..!!"

                                             gambar  kambing yang tiada kaitan .
  

p/s: sunnah pakai kain adalah berseluar didalam.. huhuhu

bahaya berseorangan

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil 'mencuci' yang kecil.
Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian 'mencuci' mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk'mencuci'haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,
sebagai dadah 'Dating' dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan 'mencuci' agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.

Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.


p/s:berhati-hatilah semua atas perkara ini.. 

kata hati seorang anak..

assalam.. korang mesti suka kan pada budak-budak ni.. lagi-lagi kalo ada anak sendiri. Tapi sesetengah orang suka buat anak, tapi tak suka anak. Ada orang pulak kahwin dah lama, tapi tak dapat anak. Bukan diorang takde skill tapi rezeki kan Allah yang beri. Hadith nabi saw bagi tau, rezeki akan mengejar tuannya sebagaimana maut mengejar tuannya. Usaha itu perintah Allah, dan kejayaan itu milik Allah. Ni ada la skit video kata-kata hati anak yang kene buang. Kreditkan kepada pencipta video tersebut dan layan...

video
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...