twitter rss

Ciri-ciri lelaki



Assalamualaikum, salam satu ummat.. Musim cuti ni ramai yang kawin. Lagi-lagi  bebudak yang baru lpas graduate. Ni ade beberapa ciri idaman  yang aku copy dari web Islamik yang mana ciri-ciri  ini ditulis oleh orang pompuan. Memang ciri-ciri yang boleh menyebabkan cirit bagi laki-laki.  Nasib baik aku lambat lagi..haha..
Kepada yang mengimpikan ciri-ciri  ni, aku cadangkan korang kurangkan la sikit ciri-ciri tu. Kesian  kat budak laki. Banyak sangat tu kak. Asbab pada permintaan yang tinggi, hasilnya matlamat tak sampai. Sape yang rugi nanti? Orang laki rilek je, cuma nak empat je ciri. Boleh rujuk sendiri..




Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas dan bersih.
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.









  1. wahh .. btl2 sempurna klu mcm ni
    hehe teringt ungkapan azimat "jgn mgharapkan kesetiaan, ummpama setianya zulaikha andai diri x sesempurna Hajar =)"

    ~ kesederhanaan kunci kebahagiaan ~
    peace ^_^ !!

  1. huhu lelaki yang baik hanya utk perempuan yg baik!! cewaah :P

  1. Character is like a tree and reputation like its shadow. The shadow is what we think of it, the tree is the real thing.
    so, agk-agknya part mana yg kena kurangkan cikit?

  1. Mawar berduit
    betul la tu,,

    fadhdeela
    betul jugak tu..


    kurangkan..
    1. lelaki yang cekap
    2. lelaki yang cerdik
    3. lelaki yang teguh jiwa..

    kerana tak ternilai air mata dengan permata, yang bisa memadamkan api neraka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...