twitter rss

kisah awak dan saya..

Awak, awak ingat tak dulu awak selalu dipanggil bodoh, saya lah yang buat awak pandai..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu sedih kene ejek bodoh, tp sayalah yang buat awak gembira.
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu dipulaukan rakan, tp syalah buat awak bahagia..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu merungut susah ,tapi saya yang bagi awak harta..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu gagal,tapi saya yang jadikan awak berjaya..
 Awak, awak ingat tak dulu awak selalu kelaparan sebab miskin, tapi saya yang bagi awak makanan..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu disuruh macam kuli, tapi saya bagi awak kedudukan..
Awak, awak ingat tak dulu awak selalu sunyi tak berawek,tapi saya bagi awak cinta dari seorang isteri..
Awak, sayalah yang selalu beri perhatian pada awak, cinta awak dan sayang awak..



bukan aku yg jatuh cinta,...







 Tapi bila saya bagi semua itu, awak makin lupa pada saya.,awak makin jauh dari saya, saya suruh awak tak buat pun,,.Walaupun begitu, saya tak berharap sikit pun pada awak, awak yang mengharap pada saya.. Lupakah awak, siapa saya..Saya lah tuhan awak..Allah swt..sombongnya awak.. Awak tak ingat ke saya pesan,
"katakanlah (Muhammad) jika kamu mencintai aku(Allah) ,ikutilah aku, Niscaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu" -ali-imran ayat 31-



p/s: kejayaan hanya dgn taat perintah Allah, ikut cara nabi saw..


maafla..entri macam salah dan jiwang2 berlendir sikit ..
  1. xpe..jiwang pun ok.. (",)

    Manusia sering lupa akan nikmat yang dikurniakan Allah.. T_T

    Manusia itu bila mereka miskin dan datang kepada Allah, maka aku merasa biasa2 sahaja..

    Tetapi manusia itu bila diberi kekayaan oleh Allah, tetapi mereka tetap datang kepada Allah, maka aku merasa betapa mereka sangat mulia di sisi Allah..

    Aku merasakan, betapa ujian kekayaan itu lebih sukar ditempuhi berbanding ujian kemiskinan..

  1. ~fuad ansari

    terima kasih atas nasihat..=)..

  1. Assalamualaikum tuan..
    bila baca entry ni..tiba2 teringat pula hadith nie..

    Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Allah Ta'ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (Hadits ditakhrij oleh Bukhari).

    Bertapa Allah cintakan hamba-hambaNya yang mencintai Dia :)

  1. extra khutbah yang ala jiwang

  1. khutbah bertajuk: saya sayang sayang,sayang sayang sayang?
    hehe..

  1. Sedih la entri ni..tp x dinafikan terselit banyak makna dan maksud yg mendalam jika difikirkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...