twitter rss

baiknya dia...



 sumber: halaqahonline
Sunnah Rasululluh saw ketika berbicara

Hassan ibnu Ali ra meriwayatkan….

Maksudnya:”Saya pernah bertanya kepada bapa saudara saya iaitu Hindun ibnu Abi Halah,yang sangat pandai mengambarkan sesuatu.Saya katakan kepadanya:

“Gambarkan kepadaku bagaimana Rasulullah saw berbicara!”

Hindun berkata:”Rasulullah saw adalah seorang yang sentiasa berfikir dan prihatin .Baginda lebih banyak diam dan berbicara apabila perlu sahaja.Setiap permulaan dan dipenghujung sebarang bicara baginda akan menyebut nama ALLAH SWT.

Ucapan baginda sangat padat ,detail dan jelas. Tidak pernah berlebihan ,tidak kasar dan tidak ada unsur unsur merendahkan orang lain .

Bagindaa sentiasa mensyukuri nikmat dan tidak pernah mencelanya.Beliau tidak pernah memuji mahupun mencela makanan.

Urusan dunia dan segala isi alam ini tidak pernah membuat baginda marah .Baginda tidak pernah berjuang atas dasar peribadi.

Ketika menunjukan sesuatu,baginda akan menggunakan seluruh tapak tangan nya . Ketika berbicara baginda sering mengunakan tangan untuk menjelaskan keadaan dengan cara memukul mukul tapak tangan kanan ke jempol tangan kiri .

Ketika marah baginda berpaling dan berbalik ke belakang, Ketika senang beliau menundukkan pandangan dan ketika gembira  baginda tertawa dan tertawa baginda adalah sebuah senyuman dan tidak mengeluarkan bunyi .Baginda tersenyum sambil menampakkan barisan gigi yang kelihatan seperti mutiara.”

(Riwayat Tirmidzi)

p/s:moga dapat amal dan sampaikan..
  1. Masyaallah...
    Takjubnya kita dengan peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang disanjungi..

    inilah idola yg sebenar-benarnya!!

  1. ~mariah..
    betul tu..Allah bg tau.. "Katakanlah(Muhammad saw), jikalau kamu cinta pada Allah, ikutilah aku, kamu akan dicintai Allah, Allah akan ampun dosa kamu dan Allah maha pengampun lg Maha penyanyang..".-ali imram:31-.
    belajar untuk pegang ayat ni elok2..(^_^).

  1. payahnya mencontohi peribadi rasulullah walopon tatkala bibir mendakwa cintakan baginda

  1. betul jugak puan cemomoi,,
    nabi bagi tahu pada sahabat mafhumnya, jika kamu cintai aku, kemiskinan seperti tetamu yang mengalir dihadapan rumahmu.. (saya lupa2 sikit)

  1. andai mampu mengawal diri, mencontohi peribadi yang mulia,
    manusia yang mudah lalai seperti saya, bagaimanakah........

  1. satu org yang belajar mnghafal walau satu muka alquran dgn sungguh2, kemudia dia mati, maka dia juga akan dibangkit bersama para hafizin..
    insyaallah..Allah kan maha penyayang..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...