Assalamualaikum… entry kali ni pasal idola la pulak… Biasanya aku selalu dengar orang
muslim cakap, saya punya idola adalah nabi saw..bagus la macam tu.. Betul dah tu..
jangan tukar-tukar lagi..
Kita tinggalkan pasal idola sebenar kita kejap.. Melalui pengalamanaku, kalau nak tahu siapa idola yang ada dalam hati kita, tengok la amalan dan perbuatan serta percakapan kita.. kalau hari-hari cakap pasal perempuan, maka perempuan lah.. kalau selalu ikut style artis, artis la.. kalau nabi sebagai idola, maka cara hidup nabi la..betul tak??
Kalau nak lihat baiknya seseorang tu pada pandangan Allah taala , adalah melalui cara mati seseorang tu… Kalau matinya keadaan baik, maka baiklah orang tersebut.. dan sebaliknya.. persoalan kat otak aku, ramai orang muslim suka pada artis.. Walhal kita pun tak tau macam mana mati seseorang artis itu..
Mungkin pada pandangan kita, dia nampak baik. Pada pandangan Allah siapa tahu.. Jadi dekat sini, aku nak tekankan, bahawa kurangkanlah kita suka sangat pada manusia yang belum mati lagi ni .. sebaliknya, jadikan lah orang yang telah mati sebagai satu cara untuk kita mati dalam redha Allah.. Kan ramai dah contoh orang-orang yang mati dalam keadaan baik ni.. Mati tengah solat, mati tengah keluar jalan Allah,mati syahid dan lain-lain.. Macam mana diorang boleh mati macam tu?? Siapa idola mereka?? Aku cakap untuk diri aku sebenarnya ...Aku pun ramai la jugak kenalan yang telah mati dalam keadaan baik ni,.. Aku pulak tak tau aku mati macam mana.. Doa la mati keadaan baik( husnul khatimah ) macam diaorang atau lebih baik dari diorang…
Jadi, untuk kita dapat cinta dari nabi yang beerti kita orang baik maka belajar la amalkan sunnah nabi.. Hadith bagi tau,
“Barang siapa yang amal sunnahku, bereerti dia kasih padaku..
Barang siapa yang kasih padaku, akan masuk syurga bersama aku..” –hadith-
Insyaallah kawan...Aku pun nak try belajar amal sunnah ni..Doakan la untuk aku untuk istiqomah amal sunnah.. Kalian orang yang baik, doa kalian makbul.. insyaallah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
idola ? yep ! setuju sgt ..
enta la, nurani pun tak pernah wujudnye idola setia, dulu kalau buat profil diri@biodata, mesti kosong kat part tu, tak pun tiru kawan sebelah..
tp yang nurani tahu, nurani nak jadi mcm abah dengan mak yang x putus bg semangat dalam semua keadaan..(maaf, terbanyak bicara)
p/s:mybe lps ni, tajuk 'idol' ni akan jadi entri di nuraniqissah pulak.. :D selamat berblogging .. chow, assalamualaikum..