twitter rss

kerja dan tak kerja..

Suatu malam, aku tengah bosan bukak buku sebab otak dah tepu..., main laptop pun takde 
ape kat laptop aku.. nak chatting, takde marka..hehe.. nak chatting ngan mak, mak pulak takde ym..
aku pun melangkahkan kakiku ke bilik member-member yang lebih kurang kepala otak sama macam aku...
Dari luar banyak selipar, dalam hati kata "mamat mana pulak ni pakai selipar kaler gini.." Aku pun masuk. Mula-mula aku wat muka tak bersalah, pastu duduk atas katil yang colourful tu..
Dengar la dorang citer ape..Lepas beberapa minit, aku dah tau sinopsis dan plot citer dorang..huhuhu..Tapi , cerita yang mula-mula ni aku takde pengalaman, tapi cerita yang kedua ni tak perlu pengalaman..Apa-apa pun boleh diimpikan dan dilakukan.. Aku pun menyampuk la apa lagi....hehe..i like menyampuk..=)


A: aku nak cari yang tak keje la B, senang sikit..
B:abis kalau yang nak keje, ko nak wat ape?                           
A:mula-mula, bagi la dia keje dulu..nnti dah kawin berhenti la..hehe
C:ak nak suh bini aku keje la..
B:ek eleh, tak keje la elok ..  ko ni pelik la C.. orang lain sume nak yang tak keje..ko plak lain
D:ntah..taste ko ni pelik betul..ak kata lawa, ko kata tak lawa,.
A:nnti kalo dia keje susah C, nnti dia balik, dia penat.. tak sempat nak masak , nak mesra-mesra.. malam tidor awal esok keje..
B:betul ooo.. kalau aku, tak suka kalau bini aku gi keje..
D: erm betul3..nnti kat tmpat keje, ntah sape ngorat dia.. karang dia sngkut kat org lain pulak..  baru tau..cemburu gila aku..
C:ala..diakan kerja, normal la..
D:normal ape, karang sangkut menyesal pulak ko..kan bagus walaupun jadi surirumah tapi berphD....
C: mak aku keje jugak, tp ok je,, masak sume ikut time..
D: aku cakap je.. nnti cakap lebih-lebih kene kat aku pulak.. ikut masing-masing kot..
     tpi better yg tak keje..depend masing-masing kot..hehe..

jaga anak kat pejabat..macam unifi..,mantap..!!
begitulah sedikit dialog kami, pandai-pandailah korang simpulkan..samaada ada yang mati kene tndang ke, ada yang menangis tak berlagu atau lain-lain..
sebenarnya, bagi aku banyak kelebihan isteri jadi surirumah ni..  korang boleh la google kelebihan wanita berbanding lelaki..insyaallah jumpa.. cerita diatas cuma berdasarkan harapan watak-watak tersebut.. tiada kena mengena dgn siapa-siapa,..kat bawah ni antara kelebihannya..banyak lagi..

  -"Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya".
-"Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa".
-"Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab."
-"Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi".
-hadith-
terdapat di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadhus Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat.

p/s: entri untuk memenuhkan post je.. keputusan ditangan masing-masing..jangan emosi pulak,..nama watak dirahsiakan..=)


  1. penulis blog ni lagi comel kot..hehe

  1. akak kalau boleh nak jadi surirumah... tapi suami minta tolong, akak tetap jaga anak sendiri, jaga kat opis... heheh...opis macam kindergarten.... dan alhamdulillah, suami menghargai.....

  1. alhamdulillah..moga jadi isteri yang taat dan solehah..^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...