twitter rss

50 sen je ke?

Suatu hari seorang budak sedang memanjat pokok rambutan berdekatan masjid..

tanpa seurat benang pun..

Tiba-tiba..Tok imam yang baru habis berwirid dan berzikir keluar untuk

pulang ke rumah ternampak budak tu..dan memanggilnya turun..

Dia pun bertanya pada budak tu.." Nak..kenapa tak pakai baju nie..?"

Budak menjawab "..saya nie orang miskin la pakcik..tak mampu nak beli pakaian"

tok imam pun bagi rm20 suruh beli pakaian dan makanan sekali..

Budak tu blah dan ucap terima kasih..

Sampai kat umah..dia bagitau ayahnyer..dia dapat rm20..

Ayahnyer pun pikir..("kalau anak aku rm20..kalau aku..?!")

ayah mendapat satu idea..

Petang esok ayahnya plak dah ready kat pokok rambutan tu..

Seperti biasa tok imam pun nak pulang dari masjid..dan ternampak orang tua

pulak yang ada kat atas..hanya mamakai kain pelekat tanpa memakai seluar

dalam..

Tok imam memanggil orang tu turun dan bagi 50 sen..

Ayah budak tu tergamam dan bengang sedikit.." Kenapa saya dapat 50sen jer..?"

"Budak ari tu..dapat rm20..!! Mana adil..!!"

Tok imam jawab.." Takper, gini..duit tu awak guna untuk cukur erk..dah "lebat sangat saya tengok..!!"

                                             gambar  kambing yang tiada kaitan .
  

p/s: sunnah pakai kain adalah berseluar didalam.. huhuhu

bahaya berseorangan

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil 'mencuci' yang kecil.
Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian 'mencuci' mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk'mencuci'haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,
sebagai dadah 'Dating' dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan 'mencuci' agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.

Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.


p/s:berhati-hatilah semua atas perkara ini.. 

kata hati seorang anak..

assalam.. korang mesti suka kan pada budak-budak ni.. lagi-lagi kalo ada anak sendiri. Tapi sesetengah orang suka buat anak, tapi tak suka anak. Ada orang pulak kahwin dah lama, tapi tak dapat anak. Bukan diorang takde skill tapi rezeki kan Allah yang beri. Hadith nabi saw bagi tau, rezeki akan mengejar tuannya sebagaimana maut mengejar tuannya. Usaha itu perintah Allah, dan kejayaan itu milik Allah. Ni ada la skit video kata-kata hati anak yang kene buang. Kreditkan kepada pencipta video tersebut dan layan...

kumis= tua?

        erm..korang mesti penah duk asrama kan? aku pun penah jugak.. mula2 aku masuk asrama, punya la seronok.
         Sebab masa sekolah rendah dulu, cikgu selalu suruh tulis karangan kebaikan bersekolah asrama berbanding sekolah harian. Jadi, memang dari sekolah rendah lagi, kepala otak ni dah disumbat dengan kebaikan duk asrama. 
         Masa hari pendaftaran, aku gi la naik letak nak letak beg-beg aku kat dorm. masa nak naik , nampak la brother2 ni duk lepak dalam surau.  Baru abis main bola la katakan..dah padang depan surau, surau la jadi port. Daripada takde orang nak guna, baik la guna untuk rehat2. Pastu aku bagi salam kat  sorang brother ni, aku budget dia ni form 5..sebab lebat juga kumis brother ni . Pastu aku gi la naik.. 
          Dah lama duk asrama, dan dah masak duk asrama, baru aku tau yang brother ni baru form 2..Haish.. tinggi betul expectation aku...Tapi ok la, belajar hormat orang yang lebih tua...yang tua pangil abang atau kakak,takde la kau aku.... Ni la kesan bila duk asrama, ada rasa respect sikit pada yang lebih  tua..
                Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”
~ Riwayat Abu Daud ~

                                          bersih tak sekolah aku? hehehe...
                                                       
ok la..lain kali pulak..

hikmah 5 jari..

Hikmah 5 Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

jari kelingking
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentu buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

jari manis
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

jari hantu
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

jari telunjuk
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

ibu jari
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.


renung-renungkan,..

8 perkara menghiasi 8 perkara



 
Abu Bakar r.a telah berkata maksudnya: Ada 8 perkara merupakan 
perhiasan bagi 8 perkara iaitu: 
 
1.Tidak meminta-minta adalah hiasan fakir. 

2.Meninggalkan perbuatan mengungkit-ungkit pemberian 
adalah hiasan amalan baik. 

3.Sabar adalah hiasan bala. 

4.Merendahkan diri /tawaduk adalah hiasan mereka yang 
menuntut ilmu. 

5.Lambat marah adalah hiasan ilmu. 

6.Banyak menangis adalah hiasan takut. 

7.Syukur adalah hiasan nikmat. 




8.Khusuk adalah hiasan solat. 
 
 

pemain bola dunia yang beragama Islam

sumber:blog peribadi rasulullah.wordpress
Dalam nama Allah yang Maha Penyayang
Player Frank Ribery 
.. Ribery .. . Atau pengganti Zidane disebut masuk Islam setelah isterinya, disertai dengan Algeria dan kemudian menukar namanya menjadi Bilal.
2-  Pemain Nicholas Anileka (Bilal)
3- Pemain Perancis Thierry Henry, yang membungkuk kepadanya dalam perlawanan terakhir dengan Barcelona

4- Kebangsaan Perancis Samir Nasri adalah pemain asal Arab

5- Eric Abidal, yang menyerah dan menukar namanya menjadi Bilal
6-  - Fred ... Muslim hanya di pasukan Samba, menurut beberapa sumber di semua orang ingin unik untuk membaca cahaya sebelum pergi ke tempat pertemuan apapun, dan Fred dilihat sujud setelah mencetak pasukan kebangsaan gol kedua di Australia, namun berita tentang masuk Islam tidak disahkan oleh sumber yang dipercayai dan semua yang mengatakan tentang penukaran ke Islam di beberapa website yang saya mengambil status rasmi atau media.

7- Pemain Mamadou Diarra

8 - Sevilla striker Pemain kewangan dan Freddie Kanoute
9- Pemain Seydou Keita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...