salam..
dunia kuch nahi, akhirat hamisha..
Enam pesanan khusus untuk wanita..
1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.
3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.
4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.

2
comments
Assalamualaikum , salam satu ummat..
~dimana akan ku cari ganti,
serupa denganmu,
tak sanggupku berpisah dan berhati patah,
keluh gelisah..~ haisshh.... menyanyi pulak mamat ni..
A: ko ni kenape? sedih semacam je..
B: mana ada, aku nyanyi je la.. sedap ape lagu tu, lagu raihan nyanyi..
A: habis kenape ko nyanyi lagu tu? lagu lain kan ada lagi ..selalunya nyanyi lagu 'qalbi nadak'.. katanya lirik lagu qalbi nadak tu seronok sangat..hari tu punya la jiwang,..hari ni lagu sedih pulak..
B: alah.. tu pun nak kecoh.. weh..ni air milo suam , ambil la..
A: ok, letak situ dulu,.nanti aku ambik..bro, tolong buka page untuk daftar OSHA jap, aku nak daftar..
B: jap.. nah, guna la laptop aku.. duduklah..
A: thanks..
B: elok-elok sikit, nanti tumpah air tu..
prangg!! bunyi kole besi terbalik..
B: wowowow..perghhh....ko ni.. aku dah cakap tadi, habis baju pagoda aku ni.. warna koko dah..
A: sorry.. aku tersiku tadi..nanti aku basuh baju ko.. kain basah ada? aku nak lap milo ni..
B: takpela, nnti aku cari ..ko guna la laptop tu dulu..
A: ok..ni yang sayang ko lebih ni.. hehe..
B: erm..betul kata cicak..cakcakcak(sambil geleng kepala),..baju putih bila kene kotor sikit je,
mudah je nampak.. macam tu la, kalau orang yang baik,
tiba-tiba dia wat jahat, selama mana kebaikan yang dia buat, orang dah tak pandang dah..
orang akan pandang kejahatan yang dia.. sampai bila? aku pun tak tau..
A:alah..baju hitam pun sama jugak, kalau ada tompok putih dekat baju hitam tu,
orang akan pandang kat tompok putih tu jugak..kontra warna kan..
B:betul tu, sama la dengan orang yang jahat tiba-tiba dia wat baik, orang akan pandang kebaikan dia..
apa orang akan kata" dia ni jahat tapi baik jugak" , tapi kalo orang baik, buat jahat, orang akan kata "
dia ni macam baik, rupanya jahat "..
A: hmmm..untunglah kalau orang jahat buat baik, dan rugi lah sangat-sangat orang baik buat jahat..
B:ermmmm...
tak lama kemudian, bunyi cengkerik kedengaran mematikan perbualan A dan B..

assalamualaikum dan salam satu ummat..
1 suasana berlaku di sebuah surau dalam kampus..
allahuakbar, allahuakbar ..lailahaillallah...
jemaah yang hadir ada yang sedang berlenggang , dan ada yang terus mencari saf pertama yang banyak fadhilat.. kelihatan imam kolej sedang melurut-lurut kain pelikatnya. Mungkin kain pelikat saiz XL, yang menyebabkan kelonggaran yang kerap.. mungkin kain pelikat tiada penyangkut untuk disangkut tali pinggang kulit berkepala crocodile.. tapi dengan kebiasaan , kemahiran dan kecekapan imam memakai kain pelikat, masalah dapat diselesaikan..
sedang imam selesai masalah kain pelikat, seseorang lelaki yang jarang kelihatan meluru ke sejadah imam.. mungkin kolej lain..
"lurus dan rapatkan saf"
imam terkebil-kebil melihat jawatan yang disandang telah dirampas.. ada jelingan yang berbara disitu , agak tajam.. tapi pasrah..
selang beberapa lama kemudian salam diberi, dan lelaki tadi mewiridkan beberapa zikir dan berdoa..
makmum mengaminkan dan bersalam dengan jemaah berhampiran..solat jemaah selesai.
lelaki tadi menunaikan solat sunnat.. sambil diperhatikan oleh seorang budak hingusan yang bersandar didinding.. lelaki tadi menjeling ke arah budak itu.. budak itu perasan dan cuba memerhatikan kembali..
selang beberapa saat kemudian, pemerhatian budak itu disambut dengan jelingan oleh lelaki yang sedang solat itu..
budak itu membalas. "peace" sambil sengih dan diangkat dua jari ke arah lelaki itu..
hmmm...

kita rasa kita dah kuat tapi orang lain lagi kuat
kita rasa kita lah paling banyak masalah tapi orang lain lagi bnyak masalah
kita rasa gedeber nya kita, tapi orang lain lagi gedeber
kita sibuk tengok buruk orang lain, rupanya kita pun buruk jugak
kita rasa kita lah susah rupanya orang lain lagi susah
yang patut kita buat,
1-orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan sabar
2- ada masalah, mengadu dekat Allah. selain dari Allah tak leh wat ape2..makhluk kuch nahi
3-belajar kasih sayang pada sume orang, muliakan alim ulama , hormat orang tua dan sayang kanak2..
4-belajar untuk baik sangka pada sume orang.
5-belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada.Insyaallah tak lama, Allah tambah ..
Musim pekse memang waktunya sekarang bagi kebanyakan ipt di seluruh Malaysia. Aku pun sama la jugak kene amik peperiksaan. Penting sangat ke pekse ni ? Penting la bai..
Bila umur meningkat, maka peperiksaan atau ujian makin susah , makin kualiti , makin berasap kepala , makin bnyak masa diperlukan untuk ulangkaji ye dak? bila peperiksaan yang kualiti makin tinggi maka kesan dari kejayaan atau kegagalan dalam pekse tersebut pun makin besar . Dulu masa amik upsr, rasa macam senang je periksa akhir tahun sekolah randah. Bila dah masuk sekolah menengah, rasa senang je UPSR tu.. rugi plak tak skor.. Begitu jugak dgn spm, rasa senang je PMR.. dan seterusnya smpai lah korang pekse bahagian professional, specialize atau sebagainya dalam bidang masing-masing, pekse yang lepas-lepas rasa senang je..ye dok?
Bila berjaya dalam pekse, kesannya ada rasa gembira, dapat tawaran masuk institusi, tawaran bekerja di syarikat tertentu yang masyhur , dapat biasiswa dan sebagainya.. Tp bila gagal, rasa menyesal tu memang confirm la.. pastu ada rasa macam nak duk sorang-sorang dan nangis puas-puas ye dak? benda yang lagha baru la mula perasan, tp waktu lepas tak perasan pulak benda tu lagha ye dak? ada jugak yang rasa nak delete fesbuk, nak potong line internet, nak jual lptop dan sebagainya yang menyumbang kepada perkara lagha..(aku pun tak delete lg ni..huhu..masih rasa manis)
tapi perasan itu sume la nikmat sebenarnya, rasa bersyukur mula datang. dapat masuk ipt pun dah alhamdulillah la kan? orang lain PMR pun tak lepas, tak dapat masuk ipt ..keje pun tak menentu nak minta anak orang pun susah.
ada satu waktu, aku praktikal kat kilang. ramai orang melayu yang memang kat ic tulis beragama islam.. kebanyakan mereka ni operator pengeluaran dan yang bawah-bawahan.. tp tu tak penting bahagian posisi tu.. tapi yang sedih, ramai yang tinggal semayang. walhal sanggup untuk overtime bila disuruh manager , tp tak le sanggup untuk tunai perintah Allah.. mereka salah faham ke? Dapat Allah, dapat segala-galanya, hilang Allah , hilang segala-galanya. dan Allah adalah lebih baik dari segala-galanya. Sepatutnya mau ada sifat-sifat orang beriman. Orang beriman ni gembira bila dapat taat perintah Allah, ikut cara nabi saw. Biarlah kene buang kerja, dipulaukan orang , dicemuh asalkan hidup menggembirakan Allah dan rasul. kan3??
balik cite pekse,macam kehidupan jugak, makin besar iman, makin tinggi ujian. Darjat pun makin tinggi kalau berjaya.. Macam pekse akademik la, darjat yg lepas upsr tak sama ngan yang lepas spm.. Ujian Allah diberi mngikut iman seseorang.. Soklan kejuruteraan tak di beri kepada budak darjah enam.. dan tujuannya untuk naikkan darjat seseorang, yang lepas, darjat naik la skit..
Berbalik pada cerita gagal dalam pekse,tapi kegagalan tu sume kecik punya hal je sis & bro. Benda besar tu alam akhirat.. Berjaya dalam akhirat, berjaya selama-lamanya. Sampai bila? sampai bila-bila.. Bayangkan bila gagal di akhirat, gagal selama-lamanya, sedih selama-lamanya, seksa selamanya, menangis selamanya, menyesal dan lain-lain yang menyedihkan ye dak? rugi kan ? Bila keadaan tu datang , mula la berkata
"wahai tuhan kami, kami telah lihat, kami telah dengar , pulangkanlah kami , kami nak melakukan amal soleh. Sesungguhnya kami telah yakin"
tp dah tak bleh dah waktu tu.. tak dapat byngkan keadaannya. keadaan yang penuh kedahagaan.
Minta air untuk hilang dahaga, tp diberi air jus nanas nanah dan darah. Tak hilang dahaga pun, bahkan makin azab. Diberi buah zaqqum , telah je gugur kulit sebab azab.. nauzubillah..
Keadaan sebaliknya bagi yang berjaya, sekurang -kurangnya 70 puluh bidadari.^^, comel tu bai, mata mereka macam jeli dan bulat, manja , lemah lembut dan lain-lain..Nikmat-nikmat lain yang tak pernah terbayang dimata dan terlintas di hati.. Satu kaki persegi di syurga, lebih bernila dari dunia dan seisinya..
Jadi kene berubah dan minta Allah ubah diri supaya dalam ketaatan dan menyukakan Allah. Supaya dengan itu, Allah kesiankan kita, rahmati kita dan masukkan dalam syurga.. doa kene nangis, risau diri dan umat..minta hidayat.. insyaAllah ea sume...
suatu petang di kedai makan..
"makan ape? minum?"
" nasi goreng daging masak merah satu, nasi goreng ayam masam manis satu. Pastu teh 'O' ais dan sirap ais
sementara menunggu menu sampai..
A: "aku rasa ko kawin dulu la Mat"
B: "aisshh, mana ade, ko dulu la.. ko dah ada calon, ak takde lagi"
A:"aku boleh tolong carikan untuk ko.."
B:"mana bleh..., nnti ko kebas, taste ko ngan ak kan lebih kurang"
A:"takdenya..takkan la cmtu.."
B:"ak nak lambat skit la.. nak pakai superbike..hehe"
A:"rempit apenya lagi..?"
B:"ustaz kata, moto bleh naik selalu, bini ada hari tak leh naik.."
A:"hahaha.. kentut la lu..nmpak pompuan pun dah kelam kabut."
"hehe.. pompuan ni bahaya bai, muka memang nampk tak cun dari jauh.. cuba duk sebelah ko, bleh 'cramp' ko nanti.. aisshh.!. wali pun karam, ni kan pulak kuali macam aku.."
"tu la ko kene kawin awal, 'cramp' ngan bini tak pe ..., bleh bergurau senda, cubit-cubit , kejar-kejar.."
"kalau aku lempang je yang aku reti ..lutut pun ok gak...hihi"
"kejam sehh kau , mesti ko tak sanggup pnya, lagi-lagi kalau kene ngan 'taste' "
"aku gurau je la.. ko cite lebih-lebih, terbayang plak aku.. erm, kalau kene ngan taste memang terbaik la.. kene yang dengar cakap,kalau suruh dia angguk je.. terbaik!"
"tu la untung Mat, gi shopping naik moto pun takpe, seronok je.. bila nak balik, bawak barang banyak bleh suruh dia pegangkan, bukan dia kisah pun , tak demand bnyak, tak banyak ragam.. dia pun faham"
"betul jugak tu.. cakap macam ni.. "honey, barang banyak ni. boleh pegangkan, abang nak bawak moto. honey ada lesen moto? tak de kan? kalau macam tu, biar abang bawak motor, letak barang dalam raga sikit, yang lebih honey pegang . boleh ? kalau dia kata ada lesen, cakap macam ni plak.."kalau ada lesen, honey bawak la moto tu, abang duk belakang, pastu barang pun honey bawak." "abis, abang bawak ape? " "abang tak biasa la naik moto pegang barang,biasa pegan handle je..erm.. abang pegang honey je la gitu..^.^"
"haha, tinggi imaginasi ko .. , mesti dia tarik muka punya, waktu tu rasa nak cubit pipi tu..kawin la Mat apalagi"
"aigoo.~! ada jodoh , ada la tu.. tak yah risau.. bahagia kan datang dari Allah, bukan nya siti,aisyah, bini , mak, moto atau harta yang bagi bahagia. Kawin pun niat untuk ikut sunnah nabi saw"
"betul la tu Mat, lg satu, orang kata tambah kepak sebelah lagi la Mat"
"ye la, nanti la aku pikir,tp ko la kawin dulu.."
"dah...Mat, baca doa makan.."
Ramai yang suka jadi imam, dan kurang ramai yang suka jadi bilal. I don't know why.. Ramai yang bangga
mendapat menantu, suami, abang dan sebagainya imam, tp kurang pula yang berbangga dapat suami , menantu dan lain jadi bilal.
Dengan kata lain,
"aku inginkan suami yang menjadi imam kepada diriku dan anak-anakku" pelik pulak kalau bunyi camni
"aku inginkan suami yang menjadi bilal kepada diriku dan anak-anakku"
Bunyi panggilan imam nampak macam popular sikit berbanding bilal ,ye dak? Bunyi imam macam banyak ilmu sikit dari bilal, banyak menghafal dan sebagainya tapi itu bukanlah kenyataan sebenarnya .buktinya wujudnya realiti televisyen imam muda dan tak ada pulak nak wujudkan bilal muda.
Rasa macam kalau jadi imam, mesti bacaan sedap(boleh makan?), merdu mendayu-dayu. Dalam sembahyang ada yang terlintas ,
"uishh..sedapnya dia mengaji, macam sheikh saad al-ghamidi la.."
kalau bilal pulak,
"ni mesti tiru azan mekah ni, ingat sama la tu.. waklu lah sama..."
Ramai jugak tak puas hati kalau tak dapat jadi imam, dalam hati,
" ek ele mamat ni, ntah mana-mana datang main jadi imam , baca dah la tak sedap , bukan muka orang sini plak tu.. baru sekali datang surau nak kerek, tak tau adab ke dia ni?.. bg kaki kang baru tau hakikat bau kaki cagu"
tapi tak ramai cemburu kalau tak dapat jadi bilal, dalam hati,
" fuhhh.. lega, dah ada org azan, hihi..bleh la jadi imam lpas ni. ..yeay!"
bila dapat jadi imam, dalam hati akan rasa ,
"memang layak la aku jadi imam , bleh dapat jawatan tetap lepas ni"
tapi bila imam jadi bilal ada yang berasa,
"lepas ni, kene lewat sikit, baru boleh jadi imam, datang awal kene azan plak nnti"
jarang sekali dilihat orang yang selalu jadi imam akan azan , tapi orang yang selalu jadi bilal jarang pulak nak jadi imam kalau imam takde. Tanda seseorang itu merasa dia layak jadi imam adalah dia yang selalu jadi imam tanpa diberi peluang pada orang lain.
bila sudah iqamat, imam tak naik lagi, dalam hati , ramai yang rasa layak jadi imam. Tak perlu dijemput pasti sudah ada yang naik jadi imam. berlainan pula dengan bilal, perlu dijemput dicuit dan sebagainya supaya azan. Selalunya, orang yang benar-benar alim dan layak jadi imam dengan tawadu' tunduk agar tidak dipilih untuk jadi imam.Adakah dengan kurang menjadi imam dapat mendidik hati dari sifat-sifat buruk?
Di kolej ku ada seorang hafiz al-quran, tapi bila aku cuit dia supaya jadi imam, dia akan menolak tawaran itu. aku pun tak faham. Jauhlah sangat jika dibandingkan dengan orang yang mengaji pun tak berapa betul tajwid untuk menjadi imam.
Rasanya tak pernah mendengar hadis yang menjanjikan apa-apa mengenai kelebihan menjadi imam solat ni. Tetapi mengenai tanggunjawab atas imam atau pemimpin ada la didengar. Antara kelebihan menjadi bilal pula
Daripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berdoa untuk yang berdiri di saf pertama. Para muazzin pula akan diampunkan sebanyak mana suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakansolat bersamanya”. (H.R Al-Nasai).Kelebihan ini untuk mereka yang melakukan dengan ikhlas. Menjadi bilal bergaji dan imam bergaji lain le pulak ceritanya,tapi siapa yang tahu hati manusia dan aku dua-dua bukan, aku cuma pengkritik je. . Allah yang mengetahui niat baik buruk seseorang. wallahua'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)