twitter rss

pak imam dan pak bilal



Ramai yang suka jadi imam, dan kurang ramai yang suka jadi bilal. I don't know why.. Ramai yang bangga
mendapat menantu, suami, abang dan sebagainya imam, tp kurang pula yang berbangga  dapat suami , menantu  dan lain jadi bilal.
Dengan kata lain,

"aku inginkan suami yang menjadi imam kepada diriku dan anak-anakku" pelik pulak kalau bunyi camni

"aku inginkan suami yang menjadi bilal kepada diriku dan anak-anakku"

Bunyi panggilan  imam nampak macam popular sikit berbanding bilal ,ye dak? Bunyi imam macam banyak ilmu sikit dari bilal, banyak menghafal dan sebagainya tapi itu bukanlah kenyataan sebenarnya .buktinya wujudnya realiti televisyen imam muda dan tak ada pulak nak wujudkan bilal muda.

Rasa macam kalau jadi imam, mesti bacaan sedap(boleh makan?), merdu mendayu-dayu. Dalam sembahyang ada yang terlintas ,

"uishh..sedapnya dia mengaji, macam sheikh saad al-ghamidi la.."

kalau bilal pulak,

"ni mesti tiru azan mekah ni, ingat sama  la tu.. waklu lah sama..."

Ramai jugak tak puas hati kalau tak dapat jadi imam, dalam hati,

" ek ele mamat ni, ntah mana-mana datang main jadi imam , baca dah la tak sedap , bukan muka orang sini plak tu.. baru sekali datang surau nak kerek, tak tau adab ke dia ni?.. bg kaki kang baru tau hakikat bau kaki cagu"

tapi tak ramai cemburu kalau tak dapat jadi bilal, dalam hati,

" fuhhh.. lega, dah ada org azan, hihi..bleh la jadi imam lpas ni. ..yeay!"

bila dapat jadi imam, dalam hati akan rasa ,
"memang layak la aku jadi imam , bleh dapat jawatan tetap lepas ni"

tapi bila imam  jadi bilal ada yang berasa,

"lepas ni, kene lewat sikit, baru boleh jadi imam, datang awal kene azan plak nnti"

jarang sekali dilihat orang yang selalu jadi imam akan azan , tapi orang yang selalu jadi bilal jarang pulak nak jadi imam kalau imam takde. Tanda seseorang itu merasa dia layak jadi imam adalah dia yang selalu jadi imam tanpa diberi peluang pada orang lain.


bila sudah iqamat, imam tak  naik lagi, dalam hati , ramai yang  rasa layak jadi imam. Tak perlu dijemput pasti sudah ada yang naik jadi imam. berlainan pula  dengan bilal, perlu dijemput dicuit dan sebagainya supaya azan. Selalunya, orang yang benar-benar alim dan layak jadi imam dengan tawadu' tunduk agar tidak dipilih untuk jadi imam.Adakah dengan kurang menjadi imam dapat mendidik hati dari sifat-sifat buruk?

Di kolej ku ada seorang hafiz al-quran, tapi bila aku cuit dia supaya jadi imam, dia akan menolak tawaran itu. aku pun tak faham. Jauhlah sangat  jika dibandingkan dengan orang yang mengaji pun tak berapa betul tajwid untuk menjadi imam.


 Rasanya  tak pernah mendengar hadis yang menjanjikan apa-apa mengenai kelebihan menjadi imam solat ni. Tetapi mengenai tanggunjawab atas imam atau pemimpin ada la didengar. Antara kelebihan menjadi bilal pula


Daripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berdoa untuk yang berdiri di saf pertama. Para muazzin pula akan diampunkan sebanyak mana suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakansolat bersamanya”. (H.R Al-Nasai).
Kelebihan ini untuk mereka yang melakukan dengan ikhlas.  Menjadi bilal bergaji dan imam bergaji lain le pulak ceritanya,tapi siapa yang tahu hati  manusia dan aku dua-dua bukan, aku cuma pengkritik je. . Allah yang mengetahui niat baik buruk seseorang. wallahua'lam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...